BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 14 August 2012

detikan rindu zahin

salam,
hampir berakhirnya ramadhan. bulan yang sangat mulia. ke mana princess zahin? kenapa sudah lama tak mengupdate blog? bukan tidak sudi menghantar kiriman pada mu wahai si penenang hati. kesibukan anis untuk belajar dan terus mencapai cita-cita semakin kuat dan semakin kental. sungguh ianya tidak tercoret di dalam blog, doa untuk mu sentiasa mengiringimu setiap solatku dan setiap detik yang ku kenang tentang diri mu.

Ramadhan sudah nak berakhir. Syawal mula memanggil. Ini lah detik yang paling tidak boleh saya lupakan. kalau dalam bulan kalender lama lagi genap setahun awak tinggalkan saya. tapi, mengikut bulan islam, masanya hampir tiba. pejam celik pejam celik sudah hampir setahun awak tinggalkan saya dengan tergantung. apa status saya sekarang? janda? solo? 

kalau ustaz azhar kata, jika lamaran itu sudah ada dan di sambut dengan persetujuaan. dikira bertunang dari islam. adatnya masih belum.

kenangan demi kenangan yang saya cuba untuk lupakan tapi, masih tetap kekal dalam ingatan
masihkah awak ingat tentang kita cat rumah sama-sama dan beli boder rumah? 
masih awak ingat kita pegi seremban cari tudung saya, sampai awak tertido-tido temankan saya. awak tak pernah kata bosan. sedangkan awak dah sangat bosan temankan saya. 
masihkah awak ingat kita ke nilai mencari frame gambar? sampai kedai pengantin pun kita masuk. siap berangan-berangan sekali.
masihkah awak ingat saat awak datang ke rumah saya? dengan awak bawa mertabak dan goreng pisang. ye! masa tu juga saya tahu awak peminat setia mertabak dan goreng pisang.
masihkah awak ingat kita buat air bandung sama-sama? awak kata pada saya, ini satu experiment.
masihkah awak ingat tentang kita balik pukul 3 pagi? kita shopping baju raya di jalan TAR bersama.
masihkah awak ingat yang awak nak baju raya sama warna dengan saya? awak nak match dengan saya. habis 1 jalan TAR dan masjid India kita cari. last-last ke butik juga. 
masihkah awak ingat, pagi-pagi raya kita dah skype kita nak tayang baju kita? nak tunjuk sama dan kita bermaafan sebelum sembahyang raya.
masihkah awak ingat setiap mana kita pegi raya, kita kan bagi tau kita dekat rumah sapa? sampai antara kita pening sedara-mara.

awak, tolonglah ingat segala kenangan ini. saya merayu pada awak. saya tahu awak nampak dan awak boleh baca apa yang saya coret ni.

Ya Tuhan ku, izinkan aku beraya di sampingnya lagi.

Tahun lepas kita raya sama-sama. Tahun ni, saya terpaksa beraya di kubur awak dulu. Saya janji saya datang. Awak  tunggu saya ya. Awak jangan pegi man-mana tau. Saya bawakan surah yassin dan al-fatehah untuk awak.




al-fatehah buat mu
ahmad zahinuddin

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk