BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 24 August 2012

6 syawal bertemu 6 syawal

salam,

SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin.

Setiap yang hidup itu pasti akan mati. itulah lumrah kehidupan. kita as muslim berpegang pada qada' dan qadar. yang ianya sudah tertulis pada luthmahfuz. kehidupan, jodoh, kematian. semuanya di situ.

1 Syawal, jejakan kaki ku di perkuburan mu. bunga rampai untuk di taburkan di pusaramu sudah siap saya hiriskan bersama wangian bunga segar. pagi syawal itu jejakan kami ke perkuburan atuk, nenek dan sedara mara.

kemudian, jejakan ku ke pusara mu. hati ini tenang. perasaan sedih itu hilang entah kemana. jiwa meronta-ronta hendak keluar dari lepasan pintu kereta. kasut di sarung tanpa melihat selanjut, bunga tadi di capai. 
Alhamdulillah saya masih ada kuderat untuk bertemu awak walaupun saya hanya dapat melihat batu ninsan sabagai tanda yang awak pernah wujud dalam hidup saya. saya tahu awak nampak saya, saya je yang tak nampak awak. Hati ini mula sebak bila tangan dapat mengapai batu ninsan itu. Air mata, jangan kau lemah disini. ini bukan tempatnya. Syahdu. Tidak dapat ditahan banjiran air mata. cubaan  untuk ku selindung gagal. Kaku. Mulutku tiada henti melafazkan ayat-ayat mulia itu. 

Duhai tuhan, sekiranya aku diberi satu lagi peluang. Izinkan ku bersamanya walaupun hanya sebentar.
Duhai tuhan, mekipun aku buta tidak nampak dirinya. Biarlah yang dia sentiasa nampak yang aku sentiasa menyayanginya.
Duhai tuhan, sungguh pun hati ini susah untuk berkata-kata. Khabarkan lah padanya yang aku sangat merinduinya walaupun sedetik masaku ini.
Duhai tuhan, titipkan salam dan rindu ini padanya. Biarpun dia tidak meningati dan merinduiku. Kerana cintaku ini masih untuknya.

Tuhan, jika benar dia bukan jodoh ku, Pertemukanku dengan orang yang sebaik dan semulianya. Mungkin, kesedihan ini dapat ditutup sedikit demi sedikit. Semoga, masih ada orang yang semulia dia yang dapat mengetuk pintu hatiku ini yang sudah kembali gersang.


hari ini 6 syawal. genap pemergiannya 1 tahun. 









(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk