BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 24 August 2012

6 syawal bertemu 6 syawal

salam,

SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin.

Setiap yang hidup itu pasti akan mati. itulah lumrah kehidupan. kita as muslim berpegang pada qada' dan qadar. yang ianya sudah tertulis pada luthmahfuz. kehidupan, jodoh, kematian. semuanya di situ.

1 Syawal, jejakan kaki ku di perkuburan mu. bunga rampai untuk di taburkan di pusaramu sudah siap saya hiriskan bersama wangian bunga segar. pagi syawal itu jejakan kami ke perkuburan atuk, nenek dan sedara mara.

kemudian, jejakan ku ke pusara mu. hati ini tenang. perasaan sedih itu hilang entah kemana. jiwa meronta-ronta hendak keluar dari lepasan pintu kereta. kasut di sarung tanpa melihat selanjut, bunga tadi di capai. 
Alhamdulillah saya masih ada kuderat untuk bertemu awak walaupun saya hanya dapat melihat batu ninsan sabagai tanda yang awak pernah wujud dalam hidup saya. saya tahu awak nampak saya, saya je yang tak nampak awak. Hati ini mula sebak bila tangan dapat mengapai batu ninsan itu. Air mata, jangan kau lemah disini. ini bukan tempatnya. Syahdu. Tidak dapat ditahan banjiran air mata. cubaan  untuk ku selindung gagal. Kaku. Mulutku tiada henti melafazkan ayat-ayat mulia itu. 

Duhai tuhan, sekiranya aku diberi satu lagi peluang. Izinkan ku bersamanya walaupun hanya sebentar.
Duhai tuhan, mekipun aku buta tidak nampak dirinya. Biarlah yang dia sentiasa nampak yang aku sentiasa menyayanginya.
Duhai tuhan, sungguh pun hati ini susah untuk berkata-kata. Khabarkan lah padanya yang aku sangat merinduinya walaupun sedetik masaku ini.
Duhai tuhan, titipkan salam dan rindu ini padanya. Biarpun dia tidak meningati dan merinduiku. Kerana cintaku ini masih untuknya.

Tuhan, jika benar dia bukan jodoh ku, Pertemukanku dengan orang yang sebaik dan semulianya. Mungkin, kesedihan ini dapat ditutup sedikit demi sedikit. Semoga, masih ada orang yang semulia dia yang dapat mengetuk pintu hatiku ini yang sudah kembali gersang.


hari ini 6 syawal. genap pemergiannya 1 tahun. 









(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Tuesday, 14 August 2012

STOP! letak wallpaper gambar arwah

Salam,

yes! tu yang anis kena terima. Hari tu, before balik. Mama bukak phone anis. masa itu nak change hp. hp ada problem. so, bila mama tengok wallpaper anis still gambar anis dangan zahin. mama kata "tukarlah, dia dah lama takda. jangan dikenang macam tu, kesian dia. sampai bila? takkan tak nak kawen? takkan tak nak anak?"

betul kata mama. parents always right. dah nak setahun. anis masih menunggu zahin yang sudah pasti takkan tiba. 

kadang-kadang bila im alone or baru balik keluar dengan member. mama akan tanya. "adajumpa pakwe baru tak? dah ada penganti?" masa tu air mata rasa macam nak jadi air terjun dekat lata kijang. 

anis bukan apa. masih belum sedia untuk meletakkan seseorang di tempat arwah zahin. 

anis, awak kena kuat.



al-fatehah buatmu
ahmad zahinuddin

detikan rindu zahin

salam,
hampir berakhirnya ramadhan. bulan yang sangat mulia. ke mana princess zahin? kenapa sudah lama tak mengupdate blog? bukan tidak sudi menghantar kiriman pada mu wahai si penenang hati. kesibukan anis untuk belajar dan terus mencapai cita-cita semakin kuat dan semakin kental. sungguh ianya tidak tercoret di dalam blog, doa untuk mu sentiasa mengiringimu setiap solatku dan setiap detik yang ku kenang tentang diri mu.

Ramadhan sudah nak berakhir. Syawal mula memanggil. Ini lah detik yang paling tidak boleh saya lupakan. kalau dalam bulan kalender lama lagi genap setahun awak tinggalkan saya. tapi, mengikut bulan islam, masanya hampir tiba. pejam celik pejam celik sudah hampir setahun awak tinggalkan saya dengan tergantung. apa status saya sekarang? janda? solo? 

kalau ustaz azhar kata, jika lamaran itu sudah ada dan di sambut dengan persetujuaan. dikira bertunang dari islam. adatnya masih belum.

kenangan demi kenangan yang saya cuba untuk lupakan tapi, masih tetap kekal dalam ingatan
masihkah awak ingat tentang kita cat rumah sama-sama dan beli boder rumah? 
masih awak ingat kita pegi seremban cari tudung saya, sampai awak tertido-tido temankan saya. awak tak pernah kata bosan. sedangkan awak dah sangat bosan temankan saya. 
masihkah awak ingat kita ke nilai mencari frame gambar? sampai kedai pengantin pun kita masuk. siap berangan-berangan sekali.
masihkah awak ingat saat awak datang ke rumah saya? dengan awak bawa mertabak dan goreng pisang. ye! masa tu juga saya tahu awak peminat setia mertabak dan goreng pisang.
masihkah awak ingat kita buat air bandung sama-sama? awak kata pada saya, ini satu experiment.
masihkah awak ingat tentang kita balik pukul 3 pagi? kita shopping baju raya di jalan TAR bersama.
masihkah awak ingat yang awak nak baju raya sama warna dengan saya? awak nak match dengan saya. habis 1 jalan TAR dan masjid India kita cari. last-last ke butik juga. 
masihkah awak ingat, pagi-pagi raya kita dah skype kita nak tayang baju kita? nak tunjuk sama dan kita bermaafan sebelum sembahyang raya.
masihkah awak ingat setiap mana kita pegi raya, kita kan bagi tau kita dekat rumah sapa? sampai antara kita pening sedara-mara.

awak, tolonglah ingat segala kenangan ini. saya merayu pada awak. saya tahu awak nampak dan awak boleh baca apa yang saya coret ni.

Ya Tuhan ku, izinkan aku beraya di sampingnya lagi.

Tahun lepas kita raya sama-sama. Tahun ni, saya terpaksa beraya di kubur awak dulu. Saya janji saya datang. Awak  tunggu saya ya. Awak jangan pegi man-mana tau. Saya bawakan surah yassin dan al-fatehah untuk awak.




al-fatehah buat mu
ahmad zahinuddin

energy save

jenguk-jenguk