BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 12 May 2012

terima hakikat

salam,


entry kali ni takda nak berjiwang-jiwang atau pun nak menagih air mata. ini sekadar luahan.
siapa yang sudi membaca, di persilakan. siapa yang rasa macam mengarut lebih jelah anis ni. dipersilakan untuk exit blog ni. terima kasih daun keladi.  

anis nak kongsi, tadi masa anis cari-cari fail sijil nak masukkan sijil dari matrikulasi dan mencari sijil spm. tiba-tiba anis terbuka fail ayah, bila anis selak sampai belakang. anis perasan banyaknya ayah buat paper cutter. tapi, tentang apa? bila tengok tajuk, rasa macam sebak sangat. "3 beradik maut dalam kemalangan" ini tragedi 4 Sep 2011. kenapa ayah simpan benda-benda ni? kenapa ayah buat macam ni? bukan 1 keratan sahaja. tapi, banyak keratan tentang benda tu. rasa macam ayah beli semua paper tapi, takda lah paper cina dan india. rasa sangat musykil kenapa ayah simpan benda ni? ayah nak buat apa ye? mungkin ayah takut anis tak dapat terima yang arwah dah takda. atau ayah mungkin nak tunjuk pada anak-anak anis nanti. atau pun ayah nak tunjuk pada bakal suami anis.

ayah, you are my everything after mama,
ayah sangat berubah lepas awak tinggalkan saya wahai  penenang hati. 


awak dan pembaca yang sudi membaca,
hati anis sakit bila tengok orang buat tak endah dengan ambulan. sedangkan ambulan tu dah buka siren, hon pun dah. tolong lah ke tepi. kenapa degil sangat ha? ingat hebat sangat ke kereta korang tu? bukan nak marah apa, cuma sakit hati. tau tak ambulan tu tengah kecemasan, dalam tu ada pesakit. tah ada pesakit atau pun nak pegi ambil pesakit. ni antara hidup dan mati tau tak nyawa orang? actually, korang lah pembunuh. ye, pembunuh. nak anis ulang lagi? pembunuh. kalau korang tak ke tepi, sampai bila ambulan tu nak sampai hospital? tersepit dengan kereta korang dan hati korang yang ego tu? 

bila terfikir balik tentang tregedi tu,
takkan hanya tersepit di jari kaki sahaja boleh mati? memang lah tu kuasa tuhan dan qada' dan qadar.. tapi, bila tengok sikap manusia macam ni, mungkin ni salah satu sebab penenang jiwa anis tak dapat hidup lagi. anda-anda ni kejamkan? anda telah membunuh orang. membunuh seorang dokter. dan menghancurkan hati anis. so, silalah ketepi atau bagi laluan. himpitlah kereta tu sikit. tolong jangan pentingkan diri sendiri. ingat orang dalam tu, tah mak korang ke, family korang ke. korang bukan tau. percaya lah, kalau sikap ego korang ni terus menerus macam tu, tak mustahil korang boleh bunuh family korang dengan rasa tak bersalah. fikir-fikirkan lah.

ok, berbalik kepada tajuk. 
anis kene kuat. zahin sentiasa ada dengan anis. anis je tak nampak dia. dia nampak anis. malah, lagi istimewa. manakan tak istimewa, mungkin, masuk tandas pun dia ada sekali (bole ke awak? hehe malu kita). apa yang anis buat semua zahin teman. tak payah pakai skype. hebat kan zahin sekarang? dulu anis murung. tiba-tiba rasa macam wow!

 past will be past, you that still a life, must to survive

selamat malam sayang. saya rindu awak wink! ;) jangan sedih-sedih ye, nanti saya datang jadi salah seorang pemaisuri awak.


(al-fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk