BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 20 May 2012

Hadirnya diri mu itu membawa seribu pengertian

Salam,

Ye, Hadirnya diri mu itu membawa seribu pengertian dalam hidup ini. Perubahan yang ketara dilakukan dengan sekelip mata ibarat satu kejutan halilintar di depan ku ini. Adakah ini satu samaran syaitan ataupun malaikat? Jika tidak, mungkin kiriman dari Allah. Dirimu itu buat ku yang jahil di sisi Allah itu. Episode sedih bagi setiap helaian muka blog. Sehingga membasahi pipi pembaca-pembaca. Terasa kejam apabila membiarkan hati pembaca itu terguris kerana kisah ku yang lara.

Dari yang jahil, mula berilmu. Dari yang tidak berjilbab, mula menyarung hijab. Dari yang kolot tentang qiamullail, mula mencari sejauh mana kehebatan qiamullail. Adakah ini dari positif ke negatif? Atau ia sebaliknya?

Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan dan mengirimkan si penenang hati ku sebentar buat makhluk mu yang jahil ini. Telah terbuka satu alam baru buat ku. Sudah kelihatan sinar nya. Walaupun ia nya masih kelam.

Wahai penenang diri ku, mungkin diri mu tidak tahu. Bahawa kau telah berjaya mengegarkan hidup ini bagi mengubah kejahilan hidupku. Kau ibarat satu pancaran sinar yang mengubah segala kehidupan. Mungkin kehadiran mu sudah tiada lagi tapi, yang ku harapkan perubahan tu akan tetap dan tanpa berubah  kembali kepada jalan yang asal. 

Mungkin Allah mahu menyedarkan makhluknya. Maka, dia menghantar diri mu untuk sementara bagi ku bagi mengubah segalanya. Mengapa kiriman mu itu tidak berterusan? Mungkin ianya akan bakal menjadi pembimbing yang setia. 





 ye.. awak ibarat pelangi petang itu




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk