BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 29 May 2012

one step a head -_+

salam,

just nak bersyukur, Alhamdulillah. 
First, anis masih hidup pada hari ini. anis ingat anis dah tak jumpa dah hari ni. dengan batuk teruk, demam, seleseme, athma, SUSPEK DENGGI?, jantung laju semacam bagai orang belari, nafas tak bole tinggi.
hish!! anis ni asik sakit je. pegi duduk jelah kot hospital tu. senang, sakit je tidur wad. sihat, jaga wad.

next,
nak besyukur, 
result PSPM 2 anis alhamdulillah,
nak kata teruk, mungkin ada yang lagi teruk. nak kata bagus, ramai kut yang lagi bagus. so, alhamdulillah lah tuhan nak anis terus dan tidak putus asa untuk menuntut ilmunya.
so, bagi yang berjaya, CONGRATZ! bagi yang kurang berjaya, keep it up.. mungkin tuhan xnak bagi kamu rezeki di situ. tuhan nak bagi kamu rezeki yang lebih baik di tempat lain. sabar, dan cuba cari rezeki yang tuhan nak bagi tu. jangan hanya tunggu rezeki turun dari langit.

apa pun yang kita buat, kena ONE STEP A HEAD. biarlah orang kata ni kita ni mengelabah ke, kelam ke, bajet nak buat dulu, berangan lebih ke.. apa-apa jelah yang sama maksud dengan benda tu semua.
bak kata ayah anis, jangan dah nak berak, baru nak gali lubang. bunyi dia macam tak senonoh je. tapi, betul kata-kata orang tua tu. 

kalau orang tua nasihat tu, betul lah apa dia cakap. jangan lah nak cuba malas nak ambik port. semua tu ada betulnya.

thnx kawan-kawan doakan anis.



zahin.ahmad saya sakit rindu awak...
btw, thanx awak doakan saya


(al fatehah buat ahmad zahinuddin)

Sunday, 20 May 2012

Hadirnya diri mu itu membawa seribu pengertian

Salam,

Ye, Hadirnya diri mu itu membawa seribu pengertian dalam hidup ini. Perubahan yang ketara dilakukan dengan sekelip mata ibarat satu kejutan halilintar di depan ku ini. Adakah ini satu samaran syaitan ataupun malaikat? Jika tidak, mungkin kiriman dari Allah. Dirimu itu buat ku yang jahil di sisi Allah itu. Episode sedih bagi setiap helaian muka blog. Sehingga membasahi pipi pembaca-pembaca. Terasa kejam apabila membiarkan hati pembaca itu terguris kerana kisah ku yang lara.

Dari yang jahil, mula berilmu. Dari yang tidak berjilbab, mula menyarung hijab. Dari yang kolot tentang qiamullail, mula mencari sejauh mana kehebatan qiamullail. Adakah ini dari positif ke negatif? Atau ia sebaliknya?

Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan dan mengirimkan si penenang hati ku sebentar buat makhluk mu yang jahil ini. Telah terbuka satu alam baru buat ku. Sudah kelihatan sinar nya. Walaupun ia nya masih kelam.

Wahai penenang diri ku, mungkin diri mu tidak tahu. Bahawa kau telah berjaya mengegarkan hidup ini bagi mengubah kejahilan hidupku. Kau ibarat satu pancaran sinar yang mengubah segala kehidupan. Mungkin kehadiran mu sudah tiada lagi tapi, yang ku harapkan perubahan tu akan tetap dan tanpa berubah  kembali kepada jalan yang asal. 

Mungkin Allah mahu menyedarkan makhluknya. Maka, dia menghantar diri mu untuk sementara bagi ku bagi mengubah segalanya. Mengapa kiriman mu itu tidak berterusan? Mungkin ianya akan bakal menjadi pembimbing yang setia. 





 ye.. awak ibarat pelangi petang itu




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Saturday, 12 May 2012

terima hakikat

salam,


entry kali ni takda nak berjiwang-jiwang atau pun nak menagih air mata. ini sekadar luahan.
siapa yang sudi membaca, di persilakan. siapa yang rasa macam mengarut lebih jelah anis ni. dipersilakan untuk exit blog ni. terima kasih daun keladi.  

anis nak kongsi, tadi masa anis cari-cari fail sijil nak masukkan sijil dari matrikulasi dan mencari sijil spm. tiba-tiba anis terbuka fail ayah, bila anis selak sampai belakang. anis perasan banyaknya ayah buat paper cutter. tapi, tentang apa? bila tengok tajuk, rasa macam sebak sangat. "3 beradik maut dalam kemalangan" ini tragedi 4 Sep 2011. kenapa ayah simpan benda-benda ni? kenapa ayah buat macam ni? bukan 1 keratan sahaja. tapi, banyak keratan tentang benda tu. rasa macam ayah beli semua paper tapi, takda lah paper cina dan india. rasa sangat musykil kenapa ayah simpan benda ni? ayah nak buat apa ye? mungkin ayah takut anis tak dapat terima yang arwah dah takda. atau ayah mungkin nak tunjuk pada anak-anak anis nanti. atau pun ayah nak tunjuk pada bakal suami anis.

ayah, you are my everything after mama,
ayah sangat berubah lepas awak tinggalkan saya wahai  penenang hati. 


awak dan pembaca yang sudi membaca,
hati anis sakit bila tengok orang buat tak endah dengan ambulan. sedangkan ambulan tu dah buka siren, hon pun dah. tolong lah ke tepi. kenapa degil sangat ha? ingat hebat sangat ke kereta korang tu? bukan nak marah apa, cuma sakit hati. tau tak ambulan tu tengah kecemasan, dalam tu ada pesakit. tah ada pesakit atau pun nak pegi ambil pesakit. ni antara hidup dan mati tau tak nyawa orang? actually, korang lah pembunuh. ye, pembunuh. nak anis ulang lagi? pembunuh. kalau korang tak ke tepi, sampai bila ambulan tu nak sampai hospital? tersepit dengan kereta korang dan hati korang yang ego tu? 

bila terfikir balik tentang tregedi tu,
takkan hanya tersepit di jari kaki sahaja boleh mati? memang lah tu kuasa tuhan dan qada' dan qadar.. tapi, bila tengok sikap manusia macam ni, mungkin ni salah satu sebab penenang jiwa anis tak dapat hidup lagi. anda-anda ni kejamkan? anda telah membunuh orang. membunuh seorang dokter. dan menghancurkan hati anis. so, silalah ketepi atau bagi laluan. himpitlah kereta tu sikit. tolong jangan pentingkan diri sendiri. ingat orang dalam tu, tah mak korang ke, family korang ke. korang bukan tau. percaya lah, kalau sikap ego korang ni terus menerus macam tu, tak mustahil korang boleh bunuh family korang dengan rasa tak bersalah. fikir-fikirkan lah.

ok, berbalik kepada tajuk. 
anis kene kuat. zahin sentiasa ada dengan anis. anis je tak nampak dia. dia nampak anis. malah, lagi istimewa. manakan tak istimewa, mungkin, masuk tandas pun dia ada sekali (bole ke awak? hehe malu kita). apa yang anis buat semua zahin teman. tak payah pakai skype. hebat kan zahin sekarang? dulu anis murung. tiba-tiba rasa macam wow!

 past will be past, you that still a life, must to survive

selamat malam sayang. saya rindu awak wink! ;) jangan sedih-sedih ye, nanti saya datang jadi salah seorang pemaisuri awak.


(al-fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Friday, 4 May 2012

tangisan itu memanggil lagi

salam,

sudah jauh mentari itu meninggalkan diri. mengapa anis masih belum memejamkan mata? langit di luar umpama memahami kesakitan dan kesedihan yang anis rasakan rindu pada Arwah Ahmad Zahinuddin itu semakin membuak-buak. inikan lagi cuti sem yang sebulan lebih ini. kalau lah awak ada, mesti saya tak sakit kebosanan macam ni. kalau dulu rutin saya hanya marah pada datin skype sebab tak tayangkan muka awak. sekarang ni, semuanya dah tiada. dulu, saya sangat menantikan cuti. boleh kita merayap berdua date. tapi sekarang life saya akan duduk sorang-sorang dan diam-diam dalam rumah. bukan kereta takda, bukan kawan-kawan takda. tapi, saya lebih inginkan bersendirian. rutin harian mengemas, membasuh, menyidai dan memasak sudah di hujung jari. siap kerja tak saya tidur, saya on9. rutin di ulang-ulang, kalau boleh saya tak nak keluar rumah. dan kadang-kadang saja menyibukkan diripada hujung minggu. rasanya dah malas nak menyibukkan diri dengan kanak-kanak lagi. cukup sekadar mamatikan telefon.

pernah beberapakali si teruna-teruna di luar sana cuba mengetuk kembali pintu hati ini. bukan anis sombong mahu pun kejam. tapi, anis sendiri tak tahu mengapa dengan sendirinya hati ini akan menolak. wahai hati, sampi bila engkau mahu berkelakuan seperti ini? terimalah yang Zahin dah tiada. tinggal Roh nya sahaja.

malam ini, mata yang selalu ku lelapkan awal tak mampu untuk terus lelap. malahan, air mata mengalir mencurah terus ke bantal. mengapa air mata ini turun? bayangan awak bermain dalam kotak fikiran saya. sedang asyik bayangan penenag hati ku disitu, tiba-tiba teringat kisah perepuan itu. ya, perempuan yang pernah menyakitkan hati saya tu. kata pemberiannya. perempuan yang cuba mengambil awak dan menagih kasih awak walaupun awak dah tiada. semakin hari, saya umpama orang gila. jiwa kosong dan kehilangan arah. 

mungkin ibu awak tak rasa apa yang saya rasa. sememangnya ibu awak kehilang 3 anaknya sekali. tapi, dia sudah kebiasaan melihat anaknya tiada depan matanya. tapi, saya tak. awak ada kat rumah ke, takda ke sama. sebab we always call, texting and skypeing. awak, lagi saya balik. saya lagi tekanan. saya lagi murung, berbanding saya dekat kolej dan sibuk untuk belajar.

awak, saya nak awak tau yang saya tengah tekanan sangat-sangat bila awak takda. saya rindu pada penenang hati saya. tolong pulangkan kembali penenang hati saya. I NEED YOU MY DEAR!!



energy save

jenguk-jenguk