BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 9 April 2012

tak sanggup untuk hadapinya

salam,

maafkan ku wahai penenang jiwa. besar sungguh kesilapan ku. 2 tarikh penting terlepas sebegitu sahaja. bukan diri ini tidak mengetahui tarikh itu, bukan diri inu buat-buat lupa terhadap tarikh itu. entah perasan entah tidak. kemana naluri kekuatan tarikh pada diri ini yang di pupuk sejak azali lagi? mengapa hilang sebegitu sahaja. adakah tuhan sangat menyayangi anis sampai tarikh yang penting untuk arwah zahin pun anis boleh melupainya. dasyatnya ingatan anis.

ingin ku dakap, tapi tangan tak sampai. ingin ku capai, tapi hajat tak sampai.

 permulaan yang penuh tragis. wahai si penenang jiwa yang mulia. hendak ku khabarkan padamu. tapi, biar ku pujuk hatiku dahulu. tidak sampai seminggu lagi tarikh penting buat ku dan diri mu akan muncul. tak sanggup ku hadapi bersendirian menyambut tarikh kelahiranku sendiri. pabila ku kenang sejenak, teringat jua di pelusuk minda ini bait-bait memori 13 April 2011. kejutan demi kejutan. sanggupkah untuk diri ku menghadapinya seorang diri? atau bersama teman-teman tanpa kehadiran dirimu? ataupun melupakan segala kewujudan dirimu?

kehadiran dirimu hanya sementara sahaja,
pertemuan kita hanya sekelip mata.

wahai penenang jiwa, doakan diri ini untuk kuat menempuhi segala ujian dunia dan akhirat dari illahi serta doakan diri ini untuk berjaya dan terus berjaya menghadapi PSPM yang bakal dihadapi.









(al-fatehah buatmu arwah ahmad zahinuddin)





0 comments:

energy save

jenguk-jenguk