BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 4 April 2012

maafkan, bukanku tak sudi

salam,

maafkanku terlebih awal lagi ku susun sepuluh jari pada mu. tidak untuk ku berpelakuan seperti itu, tidak juga untuk ku merancang mengeluarkan ayat sebegitu biadap. maafkan ku, bukan ku tidak sudi mengenali diri mu. tetapi itulah kata hati yang paling jujur yang dapat ku keluarkan dari mulut ini.




 pernah beberapa kali sang mantan itu cuba mengetuk pintu hati ini semula. maafkan ku wahai sang mantan yang segak bergaya. bukan kerana diri mu tidak cukup sempurna atau tidak cukup ilmu untuk mengetuk pintu hati ini. bukan juga kamu tidak cukup syarat buat si pemilik hati ini. 



kunci pintu hati ini telah dimiliki dan dan dikebumikan sekali. biarlah pintu hati ini kekal usang di pinggiran. wahai sang mantan, bukan ku tidak mahu menganali diri mu dengan lebih dekat. tapi diri ini takut tersilap langkah tercuri hati mu. pintu hati ini tertutup rapat untuk diri mu mencuri isi hati ini. kuncinya tiada pada ku. sudah ku bilang dari awal lagi, kuncinya tiada padaku.

mungkin terlalu awal untuk ku mencari pengganti penenag jiwaku.
untuk terakhir waktunya, biarlah kunci itu kekal dan setia pada si pemilik liang lahad yang telah di diami sejak 4 september 2011.

mungkin, satu hari nanti mana tahu ada si putera yang gagah yang mampu menggegar pintu hati ini sehingga terbukanya kembali. doakan ye wahai pembaca yang setia.




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)




0 comments:

energy save

jenguk-jenguk