BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 30 April 2012

happy birthday sayang..

salam, 

hari ni hari terakhir bulan 4.. kenapa anis lambat sangat nak post pasal birthday? anis tak celebrate ke? 
awak, kali ni saya sambut birthday tak macam saya sambut dengan awak wahai penenang jiwa. 19 tahun, susah betul untuk saya hadapi tarikh keramat bagi menjangkau umur yang hampir 2 dekat itu. 13 April hari jadi ku, 17 April peperiksaan akhir semester bermula. sehingga saya sendiri hampir terlupa tarikh lahir tu atas kesibukkan belajar. siapa sahaja yang mengingat tarikh lahir saya melainkan penenang jiwa ku dan keluarga  sendiri. sahabat? hanya segelintir sahaja.

beberapa hari sebelum hari jadi ku, classmate dah buat prank. teruk juga kena bantai. masih ada yang mengingati tarikh keramat itu. slepas itu, sajambak bunga mawar ku terima depan mata ku sehingga senyum ku terukir. siapa yang bagi bunga tu? awak ke wahai penenang jiwa? bf baru ke?

dan kemudian, esok nya harijadiku. malam tu saya dah berselubung dengan selimut takut di prank lagi. dalam selimut saya menangis dengan sendiri bagai tanpa sebab. detikan jam mula menunjuk pukul 12 dan tepat 13 April. satu persatu pesanan ringkas ucapan selamat hari jadi dari rakan-rakan umpama air. wall di FB pun mula memenuhi dengan ucapan selamat hari jadi. mana awak? mana ucapan dari awak wahai penenang hati? awak kan bf saya? sepatutnya awak adalah orang paling excited. mana awak? mana sprise dari awak? awak nak gurau dengan saya ey? saya nak hadiah dari awak. free call dari maxis pun saya tak tau nak buat apa. alangkah indahnya kalau awak ada.

titisan air mata yang ditakung itu mula menitis dengan perlahan dan lama kelamaan ianya semakin laju tanpa pengawasan. hati ini memberontak inginkan kehadiranmu. kepenatan menangis itu sehingga tertidur dengan sendirinya. jam seawal 3 pagi sudah ku bingkas dari tidur dan air wuduk mula ku usap pada diri. dengan berhasrat untuk berqiamullail dan berharap saya dapat jumpa awak. tenang juga jiwa ini walaupun saya tak dapat jumpa awak, saya tau itulah saatnya yang saya paling hampir dengan awak wahai penenang jiwaku.

masih ku tunggu sebaris ucapan selamat hari jadi dari awak, hadiah dari awak dan kejutan istimewa dari awak. ada ke? mungkin..
selepas magrib, saya memberatkan badan di katil. satu pesanan ringkas masuk. dari My AHMAD.. ha? awak massege saya? Happy Birthday Sayang!! gile.. saya baca banyak kali.. automatik jari ni menekan call. hmm adik awak yang angkat. nak je mulut ni bertanya angah ada? angah mana? nak cakap dengan angah bole? selepas itu, hp di past kepada ibu. ibu pun wish! terharu sangat-sangat. terubat jugak rindu. suprise kot. 
inilah birthday saya tanpa awak.. :(


action..tatao nak kne prank

siap pos lagi

amik! dah kene

bunga ini

cantikkan?

 :)










 
                    ni kawan bagi




(al fatehah buat ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk