BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 30 April 2012

happy birthday sayang..

salam, 

hari ni hari terakhir bulan 4.. kenapa anis lambat sangat nak post pasal birthday? anis tak celebrate ke? 
awak, kali ni saya sambut birthday tak macam saya sambut dengan awak wahai penenang jiwa. 19 tahun, susah betul untuk saya hadapi tarikh keramat bagi menjangkau umur yang hampir 2 dekat itu. 13 April hari jadi ku, 17 April peperiksaan akhir semester bermula. sehingga saya sendiri hampir terlupa tarikh lahir tu atas kesibukkan belajar. siapa sahaja yang mengingat tarikh lahir saya melainkan penenang jiwa ku dan keluarga  sendiri. sahabat? hanya segelintir sahaja.

beberapa hari sebelum hari jadi ku, classmate dah buat prank. teruk juga kena bantai. masih ada yang mengingati tarikh keramat itu. slepas itu, sajambak bunga mawar ku terima depan mata ku sehingga senyum ku terukir. siapa yang bagi bunga tu? awak ke wahai penenang jiwa? bf baru ke?

dan kemudian, esok nya harijadiku. malam tu saya dah berselubung dengan selimut takut di prank lagi. dalam selimut saya menangis dengan sendiri bagai tanpa sebab. detikan jam mula menunjuk pukul 12 dan tepat 13 April. satu persatu pesanan ringkas ucapan selamat hari jadi dari rakan-rakan umpama air. wall di FB pun mula memenuhi dengan ucapan selamat hari jadi. mana awak? mana ucapan dari awak wahai penenang hati? awak kan bf saya? sepatutnya awak adalah orang paling excited. mana awak? mana sprise dari awak? awak nak gurau dengan saya ey? saya nak hadiah dari awak. free call dari maxis pun saya tak tau nak buat apa. alangkah indahnya kalau awak ada.

titisan air mata yang ditakung itu mula menitis dengan perlahan dan lama kelamaan ianya semakin laju tanpa pengawasan. hati ini memberontak inginkan kehadiranmu. kepenatan menangis itu sehingga tertidur dengan sendirinya. jam seawal 3 pagi sudah ku bingkas dari tidur dan air wuduk mula ku usap pada diri. dengan berhasrat untuk berqiamullail dan berharap saya dapat jumpa awak. tenang juga jiwa ini walaupun saya tak dapat jumpa awak, saya tau itulah saatnya yang saya paling hampir dengan awak wahai penenang jiwaku.

masih ku tunggu sebaris ucapan selamat hari jadi dari awak, hadiah dari awak dan kejutan istimewa dari awak. ada ke? mungkin..
selepas magrib, saya memberatkan badan di katil. satu pesanan ringkas masuk. dari My AHMAD.. ha? awak massege saya? Happy Birthday Sayang!! gile.. saya baca banyak kali.. automatik jari ni menekan call. hmm adik awak yang angkat. nak je mulut ni bertanya angah ada? angah mana? nak cakap dengan angah bole? selepas itu, hp di past kepada ibu. ibu pun wish! terharu sangat-sangat. terubat jugak rindu. suprise kot. 
inilah birthday saya tanpa awak.. :(


action..tatao nak kne prank

siap pos lagi

amik! dah kene

bunga ini

cantikkan?

 :)










 
                    ni kawan bagi




(al fatehah buat ahmad zahinuddin)

Monday, 9 April 2012

tak sanggup untuk hadapinya

salam,

maafkan ku wahai penenang jiwa. besar sungguh kesilapan ku. 2 tarikh penting terlepas sebegitu sahaja. bukan diri ini tidak mengetahui tarikh itu, bukan diri inu buat-buat lupa terhadap tarikh itu. entah perasan entah tidak. kemana naluri kekuatan tarikh pada diri ini yang di pupuk sejak azali lagi? mengapa hilang sebegitu sahaja. adakah tuhan sangat menyayangi anis sampai tarikh yang penting untuk arwah zahin pun anis boleh melupainya. dasyatnya ingatan anis.

ingin ku dakap, tapi tangan tak sampai. ingin ku capai, tapi hajat tak sampai.

 permulaan yang penuh tragis. wahai si penenang jiwa yang mulia. hendak ku khabarkan padamu. tapi, biar ku pujuk hatiku dahulu. tidak sampai seminggu lagi tarikh penting buat ku dan diri mu akan muncul. tak sanggup ku hadapi bersendirian menyambut tarikh kelahiranku sendiri. pabila ku kenang sejenak, teringat jua di pelusuk minda ini bait-bait memori 13 April 2011. kejutan demi kejutan. sanggupkah untuk diri ku menghadapinya seorang diri? atau bersama teman-teman tanpa kehadiran dirimu? ataupun melupakan segala kewujudan dirimu?

kehadiran dirimu hanya sementara sahaja,
pertemuan kita hanya sekelip mata.

wahai penenang jiwa, doakan diri ini untuk kuat menempuhi segala ujian dunia dan akhirat dari illahi serta doakan diri ini untuk berjaya dan terus berjaya menghadapi PSPM yang bakal dihadapi.









(al-fatehah buatmu arwah ahmad zahinuddin)





Wednesday, 4 April 2012

maafkan, bukanku tak sudi

salam,

maafkanku terlebih awal lagi ku susun sepuluh jari pada mu. tidak untuk ku berpelakuan seperti itu, tidak juga untuk ku merancang mengeluarkan ayat sebegitu biadap. maafkan ku, bukan ku tidak sudi mengenali diri mu. tetapi itulah kata hati yang paling jujur yang dapat ku keluarkan dari mulut ini.




 pernah beberapa kali sang mantan itu cuba mengetuk pintu hati ini semula. maafkan ku wahai sang mantan yang segak bergaya. bukan kerana diri mu tidak cukup sempurna atau tidak cukup ilmu untuk mengetuk pintu hati ini. bukan juga kamu tidak cukup syarat buat si pemilik hati ini. 



kunci pintu hati ini telah dimiliki dan dan dikebumikan sekali. biarlah pintu hati ini kekal usang di pinggiran. wahai sang mantan, bukan ku tidak mahu menganali diri mu dengan lebih dekat. tapi diri ini takut tersilap langkah tercuri hati mu. pintu hati ini tertutup rapat untuk diri mu mencuri isi hati ini. kuncinya tiada pada ku. sudah ku bilang dari awal lagi, kuncinya tiada padaku.

mungkin terlalu awal untuk ku mencari pengganti penenag jiwaku.
untuk terakhir waktunya, biarlah kunci itu kekal dan setia pada si pemilik liang lahad yang telah di diami sejak 4 september 2011.

mungkin, satu hari nanti mana tahu ada si putera yang gagah yang mampu menggegar pintu hati ini sehingga terbukanya kembali. doakan ye wahai pembaca yang setia.




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)




Kerana hadirnya diriku di sisi mu

salam,

maafkan ku sedetik pun diri ini tidak berniat untuk meyakitkan hatimu itu kerana ini sekadar luahan hati seoarang perintih yang sangat merindui dirimu dan bukannya secebis suratan yang ingin di sampaikan padamu wahai kekasihku. 

tatkala dua mimpi indah datang di tidurku atas kehadiranmu itu. indahnya malam itu, pabila merasakan kehadiran diri mu itu disisi ku. alangkah indahnya lagi apabila perkara sedemikian rupa benar-benar berlaku. pasti jiwa ini semakin tenang dan mulut ini kerap melahirkan senyuman yang paling istimewa buat mu wahai penenang jiwaku.

hati ini, diri ini semakin hayal dengan cinta mu dan jiwa mu yang telah engkau berikan kepada ku dahulu.

 wahai tuhan ku, wahai penenang jiwaku, kau sahaja yang mampu menguatkan semangat ini kembali. 

tepian usang itu makin ku hampiri bagi menenagkan jiwa yang semakin memberontak menginginkan kehadiranmu. helaian diari peninggalan peristiwamu mulai diselak tanpa membaca sebaris ayat. sudah ku hafal tiap-tiap baris ayat itu. malangnya buku yang pernah kita sandarkan untuk menjadi sebuah hantaran itu tergantung ceritanya apabila pemergianmu yang tanpa ku duga hanya secepat satu kedipan mata. 

satu kata-kata terlintas difikiranku dan diri ini merasakan pernah disuarakan pada mu semasa nadimu masih berdenyut.

PEREMPUAN BAIK HANYA UNTUK LELAKI BAIK. 
SELALU ANDA MELIHAT LELAKI HENSEM DENGAN PEREMPUAN TAK BERAPA NAK CANTIK.  
PEREMPUAN CANTIK DENGAN LELAKI TAK HENSEM.
DAN JARANG SEKALI UNTUK MELIHAT..ADA MEMANG ADA TAPI JARANG. PEREMPUAN CANTIK DENGAN LELAKI HENSEM ATAU LELAKI TAK HENSEM DANGAN PEREMPUAN TAK CANTIK.

tergerak hati ini untuk bertanya pada mu mengapa kita bersama? sedangkan saya tak cantik dan awak tak hensem. 

 segala jodoh dan kertetapan itu ditangan tuhan. masih teringat memori itu dalam kebenakkan otak ku ini. sang penenang jiwa pernah berkata padaku, aku memilih kamu karana kecantikkan mu kerana kecantikan itu akan menjadikan aku sebagai pemangkin untuk aku terus berjaya dan mendapatkanmu. itulah matlamatku. dirmu itulah sebagai motivasi ini. disebalik kecantikan mu itu ada keindahan yang mungkin orang lain tidak mengetahuinya.

terlitas difikiran ini pada satu perkara yang mungkin dianggap satu kebodohan.
pernah sekali itu aku memujuk si penenang jiwa untuk pergi ke interview biasiswa. mengapa perlu diri ini memujuk? mengapa dia tidak mahu untuk pergi sendiri? biasiswakan susah nak dapat? diri berkata buat interview betul-betul dan dengan jayanya seperti mana awak inginkan saya. sekiranya awak berniat ingin berkahwin dengan saya, siapkan wang hataran 50ribu. kalau tidak, jangan sesekali untuk cuba berangan menghampiri rumah saya.

itulah semangat yang sering saya berikan pada awak sehingga awak berjaya sambung belajar medic di mesir dengan bantuanh biasiswa JPA.

pernak sekali soalan yang diri ini sendiri tidak tahu untuk menjawabnya. 
awak nak saya pilih yang mana satu? engineering di UiTM? Medic di Mesir? Matrik di Johor? saya minat engineering dan saya taknak tinggalkan awak. Dengan kuat hati, mulut terdetik untuk berkata. jika kamu memilih kerjayamu sebagai seorang engineer, kelak kamu akan hanya membantu orang lain dan negara. jika kamu memilih kerjaya mu sebagai seorang dokter, terpancarlah kecintaanmu terhadap diriku tatakala kamu menjaga diri ku, menjaga diri mu, keluarga dan orang lain dengan ilmu mu. tidak kah kamu ingin perasaan mengubat si jantung hati kamu dengan usahamu sendiri? tidak kah kamu ingin membalas jasa ibu dan keluargamu dengan ilmu yang telah mereka berikan? 

jadilah pemangkin semangat untuk kejayaan penenang hatimu bukan sekadar mengambil cintanya yang berakhir dengan kekecewaan. jadikanlahh ianya satu motivasi kepada diri untuk terus maju..



penenang jiwaku, ingatlah bahawa diri ini tidak pernah putus merindui diri mu..
sekian, buat penenag hati ku





(al fatehah buat ahmad zahinuddin)


energy save

jenguk-jenguk