BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 4 March 2012

sayang, dah 6 bulan dah..

salam,

awak maafkan saya. dah lama saya tak update blog dan bersembang dengan awak. saya sibuk. saya masuk game Bola baling. kalah la awak. 1-0. boleh lah dari 6-0. betul tak awak? lepas tu saya sibuk dengan projek inovasi. inovasi? ye awak. saya masuk inovasi I-Dica biology. nanti saya cerita dan saya letak gambar-gambar semua. sekarang ni biar rahsia dulu. coz bluetooh kat lappy ni tengah tak ok.

awak, saya rindu awak. rindu sangat-sangat. awak rindu saya tak? tak? sedih lah macam ni kalau saya je rindu awak sangat-sangat. awak tak rindu saya langsung. tak nak lah cakap macam ni. wink!

awak,dulu awak kata kat saya yang nanti bila awak kat mesir. masa kita berbeza. dalam 10 jam beza nya. bila saya siang, awak malam. dan bila awak malam saya siang. bila saya belajar, awak tidur dan bila saya tidur awak belajar. sampai awak kata awak nak beli satu lagi lappy. lappy dell yang tercinta hanya untuk makcik comel yang tercinta dan the new lappy for the new life in mesir. 


awak, tapi sekarang mana pegi lappy baru awak? jom skype. awak dah ade new life. mungkin life awak tu dah sampai mesir pon. saya nak tengok life awak boleh?


awak, dekat 4 hari saya tak tidur buat inovasi tu. dengan penuh harapan yang awak akan ada dan bantu saya jugak. awak tak kesian kat saya ke awak? laptop on je. awak kesian lah kat saya. paling-paling awak teman lah saya. awak, saya rindu gelak awak. rindu suara awak. boleh tak awak call saya kejap. saya rindu awak sangat ni. 

Ya Allah, berikan hamba mu ini lagi satu peluang untuk dia terus bangkit bagi meneruskan hidup dia tanpa orang yang dia cintai di sisi.


awak, kawan saya kata. dia ada baca buku kat lib. dia kata, kalau jodoh kita bukan di dunia, awak akan tunggu saya di akhirat. yeke awak? awak tunggu saya ke? tunggu tao. saya rindu awak sangat-sangat ni. saya seronok bila tengok orang bahagia. dan saya akan terkenang  saat kita bahagia dulu. how sweet it its..


awak, saya dah penat untuk bersabar. awak, lagi beberapa hari je lagi ni. awak ingat tak? tarikh penting ni. adakah saya perlu sambut sorang-sorang? tell me darling..







(al-fatehah buat mu ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk