BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 7 March 2012

happy anniversary ahmad zahinuddin ke 1 tahun

salam,

awak,
berat sungguh hati ini untuk melewati 7 Mac 2012. Takala mata ini di celikkan jam 3 pagi, pemilik hati ahmad zahinuddin ini mulai tercarik-carik kemana perginya kekasih hatinya. tangan yang menggenggam sejuta harapan ini mula meraba-raba, mencari telefon bimbit. jari ini menakan salah satu butang pada telefon dan berharap ada sesuatu yang istimewa pada hari ini. 

kuat betul naluri hati ini. bukan 1 notis panggilan tidak dijawab, bahkan 1 pesanan ringkas dari kekasih hati pun tiada. adakah awak telah melupakan tarikh keramat ini? atau awak sengaja tidak mahu mengingatinya? inikah yang dinamakan kekasih? saya cuba meneguhkan hati untuk keluar mengambil wuduk. masa yang paling mujarab untuk menenangkan hati dengan harapan yang suatu perkara yang istimewa berlaku pada hari ini.

jam mulai berdetik tepat pukul 6 pagi. bunyi telefon mulai kedengaran. bergegas tangan ini mengapai telefon bimbin, mana tahu kekasih hati ingin membuat kejutan. hampa lagi hati ini pabila tiada sebarang panggilan mahupun pesanan ringkas yang ada cuma paparan tentang peringatan 'Annyvsry with zahin ahmad 1 year'. kemana hilangnya kekasih hati saya?

awak, 
seharian cuba saya lupakan  tentang anniversary kita. tapi, mampu ke saya awak? awak yang lagi kenal saya. mampu ke saya awak? awak mungkin mampu. saya? pernah tak awak cuba memahami hati perempuan ini awak? hati saya ini. hati yang inginkan awak terutama pada tarikh-tarikh penting sebegini.

awak, 
kemampuan itu hanya dapat ditahan sampai tengah hari sahaja. titisan air mata yang tidak sengaja ini mulai berguguran. dengan menghadap cermin, mulut ini cuba untuk menyebut

 Happy anniversary sayang. buat yang ke 1 tahun. terima kasih kerana sudi menjadi kekasih hati saya dan 2 benda yang saya nak bagi tahu awak. 1, saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak dan 2, awak adalah segalanya untuk saya. You are my dear.


sambil di sambut dengan titisan air mata. 


awak, adakah ini telah di rancang? atau ini adalah 1 takdir dan dugaan buat saya?








awak, 
dah ya. jangan sedih-sedih baca nukilan saya ni. apa yang saya lakukan, saya kongsi pada awak. bukan saya nak buat awak sedih. tak elok sedih-sedihkan awak?

awak,
saya tahu awak nampak saya. saya je yang tak bolah nampak awak. awak boleh nampak saya nangis. tapi saya tak boleh. mana aci macam ni awak. adil please. kalau awak tak boleh nampak saya, macam mana naluri untuk berkata sebegitu boleh terjadik. betul tak? 

awak, 
selamat ulang tahun. perkenalan kita dah lama. tapi, declare nye baru setahun. baru setahun dah macam-macam dugaan kita harungi. lepas tu, saya harungi sorang-sorang bila awak takda. awak lah, tinggalkan saya sorang-sorang. awak kata saya kuat. saya boleh survive sendiri. mana boleh! kalau boleh survive sendiri, takda lah saya buat kolam takungan air mandi kat mata ni dan saya sakit hampir tiap bulan. sekarang, sapa lagi nakal? tak baik tau buat saya macam ni. 


awak, 
tunggu saya di akhirat ye awak. jemput saya ke pintu syurga. saya nak jadi salah seorang bidadari awak dekat sana tau. saya nak selalu berdamping dengan awak. kalau bukan jodoh kita dekat bumi ini, awak kena pastikan yang jodoh kita ada dekat akhirat sana. awak jangan risau ye, saya selalu doakan kesejahteraan awak. awak pun kena lah doakan saya dekat sana. baru adil. mana boleh saya bertepuk sebelah tangan je. awak, hadiah anniversary awak saya dah bagi pukul 3 pagi tadi dekat awak. saya punya mana? saya nak jugak.




awak, armin(adik saya)akan mengalami satu pembedahan bulan ni. awak doakan dia ye awak. saya risau sangat-sangat. semoga pembedahan dia berjaya.


awak, jaga diri elok-elok ye. saya tau keadaan awak ok. HAPPY ANNIVERSARY AHMAD ZAHINUDDIN.












(al-fatehah buat mu ahmad zahinuddin)



0 comments:

energy save

jenguk-jenguk