BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 2 February 2012

surat untuk adik perempuan saya Amalia

salam,


awak, kita mintak satu entry sebagai surat untuk adik perempuan saya.




kehadapan adik perempuanku,


terima kasih kerana sudi jadi adik aku. kadang-kadang aku tertanya, kenapa perlu aku ada adik? tapi, kadang-kadang aku dapat rasakan bertapa best nya ada adik ni. dan aku sangat simpati terhadap kawan-kawan aku yang takda adik dan kalau ada abang and kakak pn macam perlu ke ada abang and kakak. apa guna mereka?


kau lah kawan aku sejak kecik. sebab kita ni bukan jenis main luar sangat. aku selalu jadik pelindung kau sebab aku kan kakak kau. tapi, kadang-kadang kau pulak yang jadik pelindung aku. kemana saja kita mesti jalan berdua. muka kita pun hampir sama sampai kadang-kadang orang ingatkan kembar dan kadang-kadang orang tak tahu nak bezakan mana kakak dan mana adik. muka kau maturated sangat. 


masalah kau, kau akan cerita kat aku. masalah aku pun aku akan cerita kat kau. semua tentang aku kau tau. dan semua tentang kau pun kau share kat aku. baju, kasut, tudung semua kita share. sampai tuala and deadorant pun kadang-kadang kita share. kita akan ngongek-ngongek borak sambil jalan kalau takda masa sampai kita selalu tertinggal jalan dari ibu and ayah. kadang-kadang ibu pun jelous tengok kita berdua borak.kita punya asyik borak sampai ke pagi kita berdekah-dekah gelak.


ibu suka beli baju kita sama-sama. kau suka pau aku suruh beli macam-macam. kau, bila pulak nak belikan aku. aku bangga ada adik macam kau. walaupun aku tak sepandai dan tak setaraf dengan kau, aku tau aku ada adik sehebat kau. kau banyak tau dan faham tentang aku dengan arwah. kau dapat rasakan apa yang aku rasa bila arwah dah tiada sebab tu kau boleh nangis sama-sama bila aku kata apek dah takda. apek dah meninggal. kau banyak coolkan aku. kau siap nyanyikan aku lagu 'apa pun yang terjadi~ kukan slalu ada untuk mu~ jangan lah kau bersedih~ coz evrything gone be ok~' kau memang angel aku pun.


kau lah kawan aku. kau lah musuh aku. kau adalah segalanya. kau masih ingat pasal aku marah kau bila kau kata kau nak keluar SESERI? kau tau tak, aku adalah manusia yang paling semangat bila tau kau dapat 8A PMR..sebb aku rasa tu lah kejayaan aku selama ni untuk ajar kau sampai pagi dan subuh-subuh sblum mula exam. bila kau dapat SESERI, kau ingat lagi tak yang aku simpan surat tu sebab aku bangga sangat yang adik aku terpilih masuk sekolah hebat macam tu. tu sebab aku sangat frust bila kau kata kau nak keluar. tapi aku tahu kenapa kau taknak stay kat situ. akak-akak kat situ tak sama dengan akak kau yang satu ni.




bila kau dah naik form 4 and form 5 dan bila aku dah sibuk dengan kolej, aku cemburu tengok orang hebat-hebat ajar kau. sebab aku tak hebat macam dia orang. aku mintak maaf, kalau aku hebat tak payah lah kau susah payah belajar dengan dia orang. setakat itu je aku mampu. tapi, aku perlu hapuskan cemburu aku untuk kejayaan kau. aku nak tengok adik aku sorang ni berjaya dan capai cita-cita kau untuk jadi doktor kanak-kanak. aku akan tumpang happy bila kau berjaya dan happy nanti.


semoga kau terus berusaha dan berjaya. aku sentiasa ada untuk support semangat kau yang selalu jatuh tu.




aku sayang kau amalia


muka hampir sama.















(al-fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk