BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 20 February 2012

sayang, dah 5 bulan...

salam,

dah lama jugak saya tak mencoret untuk awak. dah 5 bulan jugak awak tinggalkan saya macam tu sahaja tanpa memberi sebarang notis. terasa umpama habis madu sepah di buang. oh no! awak tak macam tu kan? awakkan sayang saya. mustahil awak akan buat saya macam tu. lain lah ada manusia yang takda tamadun tu menyebuk. (stop! tak baik gaduh2) 

sory kepada para pembaca yang sudi membaca dan sudi mengutuk. bukan anda, sapa yang makan cili tu terasa lah pedasnya. bukan apa, anis dah macam takda mood nak tulis. sebab, ahmad zahin bukan respond pun kalau anis tulis banyak-banyak. kalau dia respon macam dulu tu lain jugak. kadang-kadang rasa macam nak buang je / bloked kan blog yang usang ni. sebab macam takda function dah dalam hidup ni. tapi, bila teringat pasal permulaan kita di blog, saya rasa macam jangan buang blog ini!!! mungkin paling-paling saya akan private kan blog dan simpan untuk awak. boleh kan?

awak, awak.. saya nak cakap yang saya dah makin kuat. walaupun saya trauma gila dulu. takda lah dulu sangat. tak sampai setahun belum dulu. kalau dulu tiap kali sembahyang saya akan nangis-nangis, tiap kali nak tidur nangis, tengok hp nangis, tgok barang awak saya nangis. semua nak nangis. sekarang dah tak lagi. 
mana tak nye, ini yang selalu dalam doa saya. 'Ya Allah kuatkan semangat aku, berikan aku kekuataan. Ampunkan dosa Ahmad Zahinuddin, jauhkan nya dari azab api neraka dan jauhkan nya dari seksaan mu. terangkan kuburnya dan letakkan nya dalam kalangan orang-orang beriman. dan katakan pada hambamu itu, yang hambamu ini setiasa menyayangi nya.' ada lah lagi doa saya..mana boleh bagi tao semua. nanti tak ikhlas pulak. 

dan tiap habis solat, min 3 surah al-fatehah wajib untuk awak. tu baru lepas solat. belum tengok barang awak, pegang baju awak. pakai minyak wangi awak. dan bila nak menangis saya kan kata, kuat kan diri untuk awak. saya tahu zahin saya tak suka tengok orang menderita.  


jadi, saya akan usaha jadi perempuan yang kuat untuk awak. dan belajar dan terus belaja supaya jadik macam awak nak untuk saya. awak, saya dah jarang sakit sekarang. dengan ada nya my super mama.. hehe ubat yang mama bekalkan menimbun tu, saya dah jarang sakit. nak jadik macam ibu awak yang sangat-sangat tabah. tak nak lah jadik perempuan lembik. 


apa yang lelaki boleh buat kan saya nak buat dulu. so, aja...aja..fighting. awak, jangan merajuk tau kalau saya dah jarang update blog. saya sibuk lah sekarang ni. sangat sibuk. sekarang malam pun dah ada kelas. kalau saya ada masa saya akan tulis lagi untuk awak. bye awak. good night awak. sayang dan rindu awak. doakan saya dalam semua hal ye. hope apa yang saya rasa ni, awak pun akan rasa benda yang sama.












(al-fatehah buat ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk