BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 January 2012

setiap detik merindui mu

salam,




sekejap entry sedih, sekejap entry happy, sekejap entry happy sangat-sangat and the end keluar balik entry sedih.


kenapa saya sedemikian rupa? dah macam orang tak betul. ye, saya tak betul mana. constant dan meningkat nya tiada. yang ada cuma meningkat dan menurun. terjunam je masih belum di temui.


awak, gambaran saya sangat terserlah bukan? mungkin saya boleh menutup kesedihan itu dengan kegembiraan. tapi, kenangan akan jadi kenangan. apa yang sudah pergi, akan terbayang di fikiran walaupun sesaat.


saya boleh menatap gambar awak. di telifon, di dalam dompet, pada kat matrik, mahu pun di sekeliling  bilik dan di atas meja belajar. tapi, saya tak boleh mendegar perkataan mesir, chairo, medic, JPA, saya tak boleh tengok page salam perantauan dan saya tak boleh tengok gambar kawan-kawan awak di mesir.


bukan saya tak nampak, geram atau pun tak suka. saya akan cekak pinggang dan akan genggam baju saya kuat. kepala saya akan automatik tunduk dan air mata ini akan di suruh-suruh untuk bertakung di kelopak mata.


awak, saya tak sekejam yang macam awak sangkakan. hidup mesti di teruskan. kadang-kadang saya bersyukur sebab awak tak pergi. kalau awak pergi, mesti saya akan lagi risau dengan keadaan awak dekat sana. makan minum awak, semuanya lah.terutamanya orang sekeliling awak. awak pernah cakap, awak tak hensem. tapi, saya tao awak hebat. orang zaman sekarang dah tak berapa pandang pada rupa. awak boleh tengok sendiri, dulu awak bawak kereta pegi kampus. ada je manusia (manusia ke?) yang try untuk flirt awak. 




JPA, Chairo, Mesir, medic.. AGHHH!!! semuanya dah habis. awak, tolong katakan pada saya yang benda tu tak pernah wujud. salam perantauan, awak nak sangat-sangat masuk dalam tu. dan awak pernah kata pada saya. 'nanti awak carik tao salam perantauan saya dan baca. ada benda saya nak tulis' kenapa saya masih ingat bait-bait kata itu? 






ape tu? itu semua document awak. saya kan PA awak. ye, saya yang bersemangat nak awak belajar dekat sana. awak taknak pun. awak kata dekat kan senang. awak boleh tengok saya selalu. tapi, awak lagi kenal sayang awak kan? awak akan buat sebaik mungkin untuk sayang awak. saya tau tu awak. permintaan saya, awak dah capaikan. capai ke? macam mana permintaan saya nak awak jadi pemilik tulang rusuk ini?


awak, masih kah awak ingat tentang temuduga JPA terpaksa yang saya buat? awak masih ingat ayat ni? 'kalau awak sayang saya, awak pergi dan buat sungguh-sungguh temuduga tu sampai dapat' 
ye awak, itu cita-cita saya. bukan cita-cita awak. 
awak selalu cakap macam tu pada saya. sebab saya yang nak awak jadik dokter untuk rawat saya.




awak, hidup ini tak semudah yang macam yang selalu awak cakap pada saya. awak selalu mengajak saya berfikir untuk lebih jauh supaya saya dapat lebih matang untuk tempuhi dugaan di hadapan. 


tapi, apa yang awak mahukan itu yang tercapai. awak tak nak ke mesir. awak nak saya selalu jumpa awak. ye, awak tak ke mesir. tapi, kenapa awak kesana? awak pergi menghadap tuhan. kenapa awak tak membawa saya sekali? apa salah saya pada awak? teruk sangat ke diri ini pada awak? adakah awak sudah merancang semua ini? merancang untuk melihat gerak geri saya dari jauh.


awak, awak merancang ke semua ni? tidak bukan? ini semua kuasa tuhan. saya tau tuhan lagi sayang kan awak. awak tak pergi jauh supaya saya dapat tengok awak selalu. saya dapat jumpa awak dalam mimpi. saya dapat dekati awak dalam solat. saya dapat menghadiahkan awak dalam setiap al fatehah dan yassin saya. saya dapat tenung muka awak hari-hari, tiap masa dan tiap saat. 


tapi, kalau awak masih hidup? mungkin saya ter amat sangat tak dapat jumpa awak, dapat bagi hadiah untuk awak, dapat dekati awak. yang saya cuma dapat bercakap, dengar dan tengok awak hari-hari. awak kan lagi kenal sayang awak. 




orang selalu kata, yang pergi tetap pergi. jangan sedih, sebab tuhan bukan tak nak awak untuk saya. tuhan nak bagi lebih lagi untuk saya. awak, awak kena tahu wujudnya awak pun saya dah bersyukur sebab banyak telah mengubah hidup saya. apatah lagi bila kehilangan awak yang serta merta macam ni. kadang-kadang saya kata hidup ni tidak adil. tapi, apa yang saya mampu buat? 




orang juga selalu barkata, cinta itu buta. tak awak, cinta itu ajaib. sekarang, saya dah tau apa itu cinta dan apa itu suka. suka tak semisti wujudnya cinta walau dipaksa. tapi, cinta akan lahirnya suka tanpa dipaksa mahupun di duga.




mungkin saya ada jumpa yang muka iras-iras awak. mungkin saya ada jumpa yang sama nama dengan nama awak. tapi, tak mungkin saya jumpa yang sehebat awak.




awak, saya rasa awak dah tau. tapi saya nak awak sentiasa tau dan sentiasa ingat. saya dah jatuh cinta pada awak. awak, setiap detik dan setiap saat saya akan dan tetap merindui mu ahmad zahinuddin. saya harap, awak dapat rasakan apa yang saya rasakan.


terima kasih awak kerana telah mewarnakan hari-hari saya selama ini.












(al-fatehah buat mu ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk