BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 21 January 2012

sayang, dah empat bulan dah...

salam,






awak,
saya mintak maaf sebab selalu nye tiap kali 7 haribulan saya akan post entry tentang annvsry  kita. tapi ini tak. saya lambat nak post. saya simpan dulu dalam draf.


awak,
dah 4 bulan awak tinggalkan saya. annvsry kita pun saya akan sambut sorang-sorang. awak, walaupun awak dah takda. saya still massage nombor awak. walaupun saya tao awak dah takda dan bukan awak yang balas. tapi saya bangga bila nama awak memenuhi ruang masgge saya.
biarlah orang kata saya perasan sendiri or apa pun. saya tetap milik awak sepenuhnya.


awak, 
walaupun awak dah takda. setiap kali saya on9, saya akan on skype. saya akan bukak skype untuk awak. saya nak awak tahu yang saya sedang tunggu awak. awak, last saya punya promise dan awak punya promise kan tunggu untuk nak skype. jadi, saya akan sentiasa tunggu awak on9 untuk kita skype.


awak, 
saya rindu nk video call dengan awak. nak tengok awak tidur dalam kepenatan. nak tengok awak buat assgmnt bagai nak pecah otak. nak tengok awak tension dan saya akan tenang kan awak. yang paling saya rindu saya nak tengok awak gelak yang tak nampak mata tu.


awak, 
awak tak rindu nak tengok saya nangis? meh tengok saya nangis hari-hari. awak, fb awak kena hack. saya tatao nak buat macam mana. saya dah cuba tanya orang. orang pun tatao. awak, walaupun fb awak kena hack. saya tetap post kat wall awak macam-macam. saya tao, awak takkan bagi respond. tapi, saya tak pernah give up nak post kat fb awak.


awak,
hari tu saya mimpikan awak. malam yang sama saya nangis sebab awak bagai nak gila. 2jam jugak saya nangis tanpa henti. tatao kenapa. macam di suruh-suruh untuk nangis. lepas tu saya mimpikan awak.mungkin saya terlampau rindukan awak kot. bangun-bangun saya terus cari yassin. mungkin saya dah lama tak bagi yassin pada awak dengan ikhlas kot. awak rindu saya macam saya rindu awak tak? awak dapat rasa tak apa yang saya rasa?


awak,
mungkin saya jumpa orang yang muka mirip awak. tapi saya takkan jumpa orang yang sama macam awak dari perangai, penampilan dan semuanya.


awak, 
saya sangat benci dengan soalan orang. apa status saya? awak, biarlah saya untuk awak sahaja. memang rasa mcam tak akan. tapi, kejamnya saya. awak pergi tak sampai 1 tahun saya dah cari lain. awak boleh tunggu saya 2 tahun. ni takkan awak pergi tak sampai brapa bulan saya dah buat pasal. 




awak, saya nak awak tahu yang saya tengah rindu awak sangat-sangat ni. awak dengar tak Ahmad Zahinuddin B. Patah Raji? happy annvsry buat ke 10 bulan.










(al-fatehah buat mu ahmad zahinuddin)









0 comments:

energy save

jenguk-jenguk