BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 January 2012

setiap detik merindui mu

salam,




sekejap entry sedih, sekejap entry happy, sekejap entry happy sangat-sangat and the end keluar balik entry sedih.


kenapa saya sedemikian rupa? dah macam orang tak betul. ye, saya tak betul mana. constant dan meningkat nya tiada. yang ada cuma meningkat dan menurun. terjunam je masih belum di temui.


awak, gambaran saya sangat terserlah bukan? mungkin saya boleh menutup kesedihan itu dengan kegembiraan. tapi, kenangan akan jadi kenangan. apa yang sudah pergi, akan terbayang di fikiran walaupun sesaat.


saya boleh menatap gambar awak. di telifon, di dalam dompet, pada kat matrik, mahu pun di sekeliling  bilik dan di atas meja belajar. tapi, saya tak boleh mendegar perkataan mesir, chairo, medic, JPA, saya tak boleh tengok page salam perantauan dan saya tak boleh tengok gambar kawan-kawan awak di mesir.


bukan saya tak nampak, geram atau pun tak suka. saya akan cekak pinggang dan akan genggam baju saya kuat. kepala saya akan automatik tunduk dan air mata ini akan di suruh-suruh untuk bertakung di kelopak mata.


awak, saya tak sekejam yang macam awak sangkakan. hidup mesti di teruskan. kadang-kadang saya bersyukur sebab awak tak pergi. kalau awak pergi, mesti saya akan lagi risau dengan keadaan awak dekat sana. makan minum awak, semuanya lah.terutamanya orang sekeliling awak. awak pernah cakap, awak tak hensem. tapi, saya tao awak hebat. orang zaman sekarang dah tak berapa pandang pada rupa. awak boleh tengok sendiri, dulu awak bawak kereta pegi kampus. ada je manusia (manusia ke?) yang try untuk flirt awak. 




JPA, Chairo, Mesir, medic.. AGHHH!!! semuanya dah habis. awak, tolong katakan pada saya yang benda tu tak pernah wujud. salam perantauan, awak nak sangat-sangat masuk dalam tu. dan awak pernah kata pada saya. 'nanti awak carik tao salam perantauan saya dan baca. ada benda saya nak tulis' kenapa saya masih ingat bait-bait kata itu? 






ape tu? itu semua document awak. saya kan PA awak. ye, saya yang bersemangat nak awak belajar dekat sana. awak taknak pun. awak kata dekat kan senang. awak boleh tengok saya selalu. tapi, awak lagi kenal sayang awak kan? awak akan buat sebaik mungkin untuk sayang awak. saya tau tu awak. permintaan saya, awak dah capaikan. capai ke? macam mana permintaan saya nak awak jadi pemilik tulang rusuk ini?


awak, masih kah awak ingat tentang temuduga JPA terpaksa yang saya buat? awak masih ingat ayat ni? 'kalau awak sayang saya, awak pergi dan buat sungguh-sungguh temuduga tu sampai dapat' 
ye awak, itu cita-cita saya. bukan cita-cita awak. 
awak selalu cakap macam tu pada saya. sebab saya yang nak awak jadik dokter untuk rawat saya.




awak, hidup ini tak semudah yang macam yang selalu awak cakap pada saya. awak selalu mengajak saya berfikir untuk lebih jauh supaya saya dapat lebih matang untuk tempuhi dugaan di hadapan. 


tapi, apa yang awak mahukan itu yang tercapai. awak tak nak ke mesir. awak nak saya selalu jumpa awak. ye, awak tak ke mesir. tapi, kenapa awak kesana? awak pergi menghadap tuhan. kenapa awak tak membawa saya sekali? apa salah saya pada awak? teruk sangat ke diri ini pada awak? adakah awak sudah merancang semua ini? merancang untuk melihat gerak geri saya dari jauh.


awak, awak merancang ke semua ni? tidak bukan? ini semua kuasa tuhan. saya tau tuhan lagi sayang kan awak. awak tak pergi jauh supaya saya dapat tengok awak selalu. saya dapat jumpa awak dalam mimpi. saya dapat dekati awak dalam solat. saya dapat menghadiahkan awak dalam setiap al fatehah dan yassin saya. saya dapat tenung muka awak hari-hari, tiap masa dan tiap saat. 


tapi, kalau awak masih hidup? mungkin saya ter amat sangat tak dapat jumpa awak, dapat bagi hadiah untuk awak, dapat dekati awak. yang saya cuma dapat bercakap, dengar dan tengok awak hari-hari. awak kan lagi kenal sayang awak. 




orang selalu kata, yang pergi tetap pergi. jangan sedih, sebab tuhan bukan tak nak awak untuk saya. tuhan nak bagi lebih lagi untuk saya. awak, awak kena tahu wujudnya awak pun saya dah bersyukur sebab banyak telah mengubah hidup saya. apatah lagi bila kehilangan awak yang serta merta macam ni. kadang-kadang saya kata hidup ni tidak adil. tapi, apa yang saya mampu buat? 




orang juga selalu barkata, cinta itu buta. tak awak, cinta itu ajaib. sekarang, saya dah tau apa itu cinta dan apa itu suka. suka tak semisti wujudnya cinta walau dipaksa. tapi, cinta akan lahirnya suka tanpa dipaksa mahupun di duga.




mungkin saya ada jumpa yang muka iras-iras awak. mungkin saya ada jumpa yang sama nama dengan nama awak. tapi, tak mungkin saya jumpa yang sehebat awak.




awak, saya rasa awak dah tau. tapi saya nak awak sentiasa tau dan sentiasa ingat. saya dah jatuh cinta pada awak. awak, setiap detik dan setiap saat saya akan dan tetap merindui mu ahmad zahinuddin. saya harap, awak dapat rasakan apa yang saya rasakan.


terima kasih awak kerana telah mewarnakan hari-hari saya selama ini.












(al-fatehah buat mu ahmad zahinuddin)

Tuesday, 24 January 2012

rompakkan hari jadi

salam,




helo..helo..helo..


awak..awak.. jom hari ni kita nak share something...






apekah? apekah?? apekah???






just nak wish... kepada budak-budak, akak budak dan abang budak yang lahir bulan 1...




5 jan - Azlin Zafirah binti Patah Raji
12 jan - Ahmad Zaiddin bin Patah Raji
15 jan - Muhammad Isamuddin bin Ahmad Ritzney
18 jan - Nur Amira Haziqah binti Paimin
24 jan (hari ini) - Ahmad Zakwan bin Patah Raji
29 jan - Nurul Izatie binti Kamarul Zaman




happy BIRTHDAY anda semua!!!








birthday boy and girl nya ialah.. (sorry gambar curik)


alyn


zaid


isa


kak mira

abang zakwan


zaty


aik? awak nye mana? birthday awak lambat lagi lah sayang.. 
so, happy birthday anda-anda yang dah tua.. 





ni hadiah nye.. amik lah sorang satu.. copy... and paste kat desktop. hari-hari tengok ye...




ok.. tu je nak cerita. happy birthday you all from kami








DR.AHMAD ZAHINUDDIN BIN PATAH RAJI
& AMALINA RAIHANIS BINTI MOHAMED NORAZMAN



dicoret oleh zahin.ahmad






(al-fatehah buat diriku ahmad zahinuddin)   



 (hope betul2 dapat awak yg tulis T_T rindu sama awak)

Saturday, 21 January 2012

pidato.. tak hebat

salam,


awak..awak..
saya nak cerita ni..
meh lah duduk sini dengar saya cerita. saya nak bagi tahu hari tu ada orang paksa saya. ye awak! dia paksa saya. dia suruh saya masuk pidato.

awak, saya dah cakap yang saya tak nak. tapi dia suruh jugak. coz saya bekas budak debat.debat je awak. masalhnye pidato dengan debat tu lain. saya ni dahlah penakut. dah nama saya kena naik dekatlecture.pidato open pulak tu. katanya pengarah sume ada. takut saya.
at the end pengarah tak da. saya kena clap jahat ada lah. 


teks yg lunyai

tulisan sangat buruk

tengok!! sangat hncus punya teks

supporter

thanx anda2

anis g merayap sebab takut











(al-fatehah buat ahmad zahinuddin)

T1T2

salam,




story-story. tak da nak story sangat. nak letak pic je. sbb saya smile dengan meraka. thanks meraka yang banyak bagi semangat bila awak takda.




pink itu cumel



              BB baru sampai.. BB pacak missing in place






       ni kaki kudin lpas main badmintan dgn saya n syera.. haha taklah.. lpas main futsal.



       anis pidato teruk.. bluekkk!!!





ceria!!

       untung lah dapat peluk-peluk




                                                   
                                weeeee!!




sue berpenampilan baru


                              tada!!


kesian~~ kne tunggu 6 bulan

si kaki 4 yang sangat aktv mula kan post..
















(al-fatehah buat ahmad zahinuddin)

sayang, dah empat bulan dah...

salam,






awak,
saya mintak maaf sebab selalu nye tiap kali 7 haribulan saya akan post entry tentang annvsry  kita. tapi ini tak. saya lambat nak post. saya simpan dulu dalam draf.


awak,
dah 4 bulan awak tinggalkan saya. annvsry kita pun saya akan sambut sorang-sorang. awak, walaupun awak dah takda. saya still massage nombor awak. walaupun saya tao awak dah takda dan bukan awak yang balas. tapi saya bangga bila nama awak memenuhi ruang masgge saya.
biarlah orang kata saya perasan sendiri or apa pun. saya tetap milik awak sepenuhnya.


awak, 
walaupun awak dah takda. setiap kali saya on9, saya akan on skype. saya akan bukak skype untuk awak. saya nak awak tahu yang saya sedang tunggu awak. awak, last saya punya promise dan awak punya promise kan tunggu untuk nak skype. jadi, saya akan sentiasa tunggu awak on9 untuk kita skype.


awak, 
saya rindu nk video call dengan awak. nak tengok awak tidur dalam kepenatan. nak tengok awak buat assgmnt bagai nak pecah otak. nak tengok awak tension dan saya akan tenang kan awak. yang paling saya rindu saya nak tengok awak gelak yang tak nampak mata tu.


awak, 
awak tak rindu nak tengok saya nangis? meh tengok saya nangis hari-hari. awak, fb awak kena hack. saya tatao nak buat macam mana. saya dah cuba tanya orang. orang pun tatao. awak, walaupun fb awak kena hack. saya tetap post kat wall awak macam-macam. saya tao, awak takkan bagi respond. tapi, saya tak pernah give up nak post kat fb awak.


awak,
hari tu saya mimpikan awak. malam yang sama saya nangis sebab awak bagai nak gila. 2jam jugak saya nangis tanpa henti. tatao kenapa. macam di suruh-suruh untuk nangis. lepas tu saya mimpikan awak.mungkin saya terlampau rindukan awak kot. bangun-bangun saya terus cari yassin. mungkin saya dah lama tak bagi yassin pada awak dengan ikhlas kot. awak rindu saya macam saya rindu awak tak? awak dapat rasa tak apa yang saya rasa?


awak,
mungkin saya jumpa orang yang muka mirip awak. tapi saya takkan jumpa orang yang sama macam awak dari perangai, penampilan dan semuanya.


awak, 
saya sangat benci dengan soalan orang. apa status saya? awak, biarlah saya untuk awak sahaja. memang rasa mcam tak akan. tapi, kejamnya saya. awak pergi tak sampai 1 tahun saya dah cari lain. awak boleh tunggu saya 2 tahun. ni takkan awak pergi tak sampai brapa bulan saya dah buat pasal. 




awak, saya nak awak tahu yang saya tengah rindu awak sangat-sangat ni. awak dengar tak Ahmad Zahinuddin B. Patah Raji? happy annvsry buat ke 10 bulan.










(al-fatehah buat mu ahmad zahinuddin)









Tuesday, 10 January 2012

benda baru..

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Tuesday, 3 January 2012

jiwa kacau..

salam,


awak..awak..awak.. (dalam situasi mengelabah)


awak, macam ni saya nak cerita. saya ni dah tak senang duduk awak tao tak. pegi kelas pun asik gelisah je.saya fikirkan awak. eh! betul tu.. tapi, saya ni lagi runsing.


awak, dengar ni.. encik BB saya. saya lupa saya letak mana semalam.


semalam saya gopoh-gopoh pagi anjung dengan su, mirul n qudin. buat kerja dinamika sambil tu buat bio presentation yang tak siap.
hadoy, so saya siap bawak laptop and encik BB lah.


balik tu saya dah penat. otak saya fikir katil = tidur. awak macam tak tahu pulak, kalau saya dah ngantuk, memang saya tak ingat lah apa yang saya buat. dengan katil berkumbah, saya kemas-kemas katil, saya sembahyang dan saya terus tidur.


sebelum tidur saya tergerak hati nak cabut encik BB dan simpan lapy ni dalam locker. selalu saya akan letak encik BB sebelah saya bersama lapy, dompet and 2 ketul hp.


tah macam mana saya tergerak hati nak simpan. pagi nya, tiba-tiba saya cari encik BB tak da!!! mana saya letak? saya tak ingat. saya lupa. saya dah jadik nenek tua.


GOD!! habis semua barang saya selongkar. locker tu saya dah berkubang bak kata wawa. dah bersih saya buat boleh duduk dalam tu. awak, mana encik BB saya?


agak-agak lah sapa yang kalau nak rompak. encik BB saya tu dah nazak dah struktur dia.




mood sedih ni awak, cepat lah pujuk.




need encik BB..
*presentation BIO xsiap lagi..
*mao berpidato mnggu depan (isi tak cari lagi)




#first time pakai staffwifi kmpk (buat lapy tercinta)










(al-fatehah buat ahmad zahinuddin)

Monday, 2 January 2012

change

salam,




awak, sedih untuk menukar. tapi, ini hakikatnya. saya dah tak mampu utuk berselindung.


awak, masihkah awak ingat tentang cerita perkanalan kita?


awak sangat suka membaca blog saya sampai larut malam dan awak kata awak akan gelak kuat-kuat apabila membacanya. sampai ibu tertanya whats wrong with her son?


awak sangat suka header saya. saya nak tukar header tu dengan gambar memakai tudung, tapi acap kali saya ingin melakukan itu, saya teringat pesan ibu. jangan sesekali ubah apa yang dah terjadi. kalau gambar pada phone tu, biarkan sahaja.






awak, masih kah awak ingat awak buat blog dan sengaja untuk cari lagu yang sama agar saya boleh menggap itu satu jodoh dan kebetulan. sedangkan semuanya awak sudah merancang.






                                                      ini blog saya



                        ini encik buah hati punya






ha, cuba tengok lagu kat tepi tu. kan sama. saya dah kata. ni semua kerja awak. dia punya skin pun sama. semuanya awak rancang. hebat lah encik buah hati saya.




tapi awak, lagu itu saya terpaksa ubah. tak sesuai dengan apa yang saya alami sekarang. maafkan saya awak, saya terpaksa ubah supaya awak dapat tahu apa yang saya rasa sekarang ini.


kalau saya rindu nak sama dengan awak, saya ubah balik ye awak. awak jangan risau. saya kan lagi kenal sayang saya




*thanx cik syera yang banyak membantu.










(al- fatehah buat ahmad zahinuddin)

energy save

jenguk-jenguk