BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 18 November 2012

Ligamnt ku koyak

Salam,

Hai Readers. untuk pembaca yang setia jelah. Sory anis dah lama tak update. Sibuk dan anis tak sihat. Awak, saya rindu dekat awak. Awak tak rindu dekat saya, saya piat awak. (Bestnya kalau awak masih di sisi saya). Tengok couple always together bincang problem and solve problem. Rindu masa zaman kita dulu. Dah setahun pun awak takda dekat sisi saya. Tapi, Insyallah saya kuat. dan saya akan usaha untuk untuk kuat.

Awak, awak nak tahu tak. minggu lepas saya keep sakit tangan. Saya buat tak tahu je. just tuam, makan panadol extand and sapu minyak panas je. Tapi, entah lah makin lama makin saya tak boleh tidur sebab sakit sangat tangan ni. tangan kanan pulak tu.
ni kes hari jumaat hari tu lah saya pegi main badminton. 

tapi, saya main kejap je pun. bukan main sungguh -sungguh pun.
hari ahad tu saya dah tak tahan. saya mengadu dekat mama. mama suruh indepndnt. pegi check nama felo yang bertugas. felo lelaki. hari ahad. awak rasa dia nak hantar tak saya pegi klinik ke or pegi hospital hari ahad? tak!! dan takkan!! di suruh tungg hari isnin pegi klinik dalam.
saya dah tak boleh tahan. keluar air mata nak tahan sakit.





nasib baik classmate perents datang. so, mintak tolong dia hantar ke klinik luar. thanx Shahirah and family. Pegi klinik lar, dia bagi ubat makan, ubat sapu and sau suntikkan. ha? suntikkan? yes!! suntikkan di PUNGGUNG. ulang balik. suntik di PUNGGUNG. damn!! sakit! 



dalam beberapa hari tu balik putra mama ambik. firstly saya terus pegi poliklinik dekat presint 2. ALONE. kene lah berdikari, dah bole jadi mak orangkan. bila doktor check.. dia kata terus ke hospital ye..wad emegency. huh? wad emergency? bole terberak dengar. doktor kata takut patah or tisu koyak. jantung nak pecah dah. dgn tangan berbalut,

dari wad emergency ke tempat x-ray. dan keputusanya.......

tidak patah..
tisu mungkin tak koyak..
cuma ligmnt koyal. 
what??? ligmnt?? yes!! ligmnt koyak. 
so, dia bagi ubat sebeban. 3 month jangan buat kerja berat. kesian :(



paling tak suka nombor ni. tengok tu. jauh kan? ni nombor nak ambik ubat. 
macam ni ceritanya. farmasi sebelah genie. so, lpas ambik nombor aku perlu kan kerusi. nak tampung tangan berbalut ni memang tak lah kalau sambil berdiri. dah lah chair kat farmasi penuh. sampai org berdiri. so, dgn slumber aku duduk kat tempat ginie. mula-mula tak perasan. bila pandang kiri kanan, asal org keliling aku ni mengandung? dan tbe2 akk sebelah ni tny. dah berapa minggu? haha.. style! aku kata.. tak..tak.. saya tak mengandung. kawen pun belum. saya perlukan kerusi nak tunggu ubat. smapai turn aku ambik ubat. bro tu panggil. puan, ni ubat puan. sedey!! puan?? 
 










harap maklum. tulah salah 1 sebab dah lama tak update. bukan setakat sebuk study, tangan ku :(







al fatehah buatmu
(ahmad zahinuddin)

Sunday, 16 September 2012

terharu dan terkejut

salam,

hai pembaca. anis sangat seronok sangat. semalam anis buat makan-makan. sory tak ajak. adik yang buat jamuan. so, mama paksa balik untuk tolong dia lagi pun ni mungkin last anis balik before exam. so, anis keraskan hati jugak lah balik. kesian mama kalau kena buat kerja soran-sorang. nak harapkan si cik kak pemalas tu baik tak payah jelah. jadi..berapa minggu tu anis call lah ibu (mak arwah). sembang-sembang dengan dia masa 4 sept hari 1 tahun arwah meninggal tu. 

sedih jugak. kami sembang dalam menangis. dia rindu anak dia, anis rindu buah hati anis. hish! macam-macah hal. penat jugak anis nak pujuk ibu sampai dia ok. anis pun jemput sekali dia datang rumah anis 15 sept. dia cakap ayahnya kerja hari sabtu. so, takpalah kalau macam tu sebab anis last balik tu je. kalau nak datang yang anis ada kena tunggu lain hari lah.

haha btw, nak tau tak masa anis call ibu tu. ibu siap doakan lagi 5 tahun anis. wah!! ibu.. mau masin mulut tu. nak zahin juga boleh tak ibu? please? i miss zahin.

ok, semalam punya cerita. anis bukan main sibuk lah tolong mama kat dapur. tiba-tiba si alyn (adik arwah msg) buat ape tu? aik, balik pulak budak ni. msg punya msg. tiba-tiba dia kata yang dia dekat kajang nak datang rumah? what?! seronok sangat. terharu.

anis siap jemput dia lg dekat tepi jalan. nak tau,ibu bawak 1 plastik ketupat palas dengan 1 piuk rendang. rendang tu sedap. ayah yang masak katanya. seronok sangat mereka nak datang rumah anis. walaupun rumah anis kecik dan tak cantik.

ibu tengok dinding rumah saya yang awak pernah cat dulu. sian ibu. sedih muka dia.
tapi saya sangat seronok.korek rahsia punya korek. baru tahu actly ibu dah plan lama nak datang rumah. dari anis jemput tu. tu yang sampai ayah masak tu.
ayah sanggup cuti sebab nak datang rumah anis. terharu ok.lama juga famly awak kat rumah saya. ibu, taknak masuk meminang ke? meh masuk meminang untuk zahin meh (gatal!). dalam pukul 6 setengah baru dia balik.
thank datang. jangan serik tau. datang lagi.


seronok sangat.
ok.. see u

al-fatehah buatmu
ahmad zahinuddin



Monday, 3 September 2012

1 year a go.. the weapon of word bye

salam,

akhirnya anis update juga untuk coretan 1 tahun pemergian arwah Ahmad Zahinuddin bin Patah Raji.

pertemuan terakhir anis dan arwah zahin. sebelum dia balik rumah dan sebelum dia meninggal. ini lah topik yang kami pernah bualkan. macam dah tau je.

anis: awak, bole saya tanya sikit?

zahin: nak tanya apa? tanyalah. banyak pun boleh.

anis: kalau saya mati dulu. saya nak awak selalu datang kubur saya. saya nak awak doakan saya, baca yassin, jangan lupa siram kubur saya dan tabur pakai bunga wangi-wangi tao. awak, jangan pernah berhenti doakan saya tao. dan awak, saya nak jadi salah seorang bidadari awak kat sana.

zahin: sayang, awak sakit ke? ada sakit yang kronik? kenapa cakap macam ni?

anis: sebab saya tak sanggup nak hadapi kalau awak pergi dulu. saya tak sekuat awak.

zahin: insyallah, kalau jodoh kita kuat adalah. kita tawakal je. dah, jangan cakap bukan-bukan. semua tu kuasa tuhan.

anis: ok awak.

(the enddddd)

ok, sekarang apa sudah jadi? kuat kah anis?

Alhamdulillah anis semakin kuat. Ramai orang kata anis ni tabah dan kuat semangat. Entah, nak tak nak anis kene kuat.
kalau tak kuat, mau jadi half gila.

awak, jangan risau saya dah makin kuat sebab saya tau awak sentiasa bagi dorongan pada saya. saya tak nampak awak. awak je nampak saya. thanks a lot awak.

awak, sekarang saya dah tau kenapa awak paling pantang bila saya cakap bye pada awak. awak sangat tak suka kalau saya cakap bye. satu hari tu awak pernah menangis bila saya saya cakap bye tak pun saya lambai pada awak. awak, awak dah ada rasa ke?
awak, kata word bye tu nak tinggalkan. nak berpisah. ye!itu memamng maksudnya. tapi, not for anis and zahin.
jadi, setiap kali kami  nak akhirkan perbualan kami cuma cakap assalamualaikum sahaja. lambai pon tak boleh.
awak, padan muka saya kan? saya kadang-kadang cakap juga bye kat awak. nak menyakat awak. kan dah betul-betul awak tinggalkan saya.dah saya taknak cakap bye dah.

awak!! saya dah semakin kuat. kenangan awak dan semangat awak ada dalam diri saya. walaupun selepas awak pergi, macam-macam dugaan saya hadapi. doakan saya awak.






al-fatehah buat mu
ahmad zahinuddin

Friday, 24 August 2012

6 syawal bertemu 6 syawal

salam,

SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin.

Setiap yang hidup itu pasti akan mati. itulah lumrah kehidupan. kita as muslim berpegang pada qada' dan qadar. yang ianya sudah tertulis pada luthmahfuz. kehidupan, jodoh, kematian. semuanya di situ.

1 Syawal, jejakan kaki ku di perkuburan mu. bunga rampai untuk di taburkan di pusaramu sudah siap saya hiriskan bersama wangian bunga segar. pagi syawal itu jejakan kami ke perkuburan atuk, nenek dan sedara mara.

kemudian, jejakan ku ke pusara mu. hati ini tenang. perasaan sedih itu hilang entah kemana. jiwa meronta-ronta hendak keluar dari lepasan pintu kereta. kasut di sarung tanpa melihat selanjut, bunga tadi di capai. 
Alhamdulillah saya masih ada kuderat untuk bertemu awak walaupun saya hanya dapat melihat batu ninsan sabagai tanda yang awak pernah wujud dalam hidup saya. saya tahu awak nampak saya, saya je yang tak nampak awak. Hati ini mula sebak bila tangan dapat mengapai batu ninsan itu. Air mata, jangan kau lemah disini. ini bukan tempatnya. Syahdu. Tidak dapat ditahan banjiran air mata. cubaan  untuk ku selindung gagal. Kaku. Mulutku tiada henti melafazkan ayat-ayat mulia itu. 

Duhai tuhan, sekiranya aku diberi satu lagi peluang. Izinkan ku bersamanya walaupun hanya sebentar.
Duhai tuhan, mekipun aku buta tidak nampak dirinya. Biarlah yang dia sentiasa nampak yang aku sentiasa menyayanginya.
Duhai tuhan, sungguh pun hati ini susah untuk berkata-kata. Khabarkan lah padanya yang aku sangat merinduinya walaupun sedetik masaku ini.
Duhai tuhan, titipkan salam dan rindu ini padanya. Biarpun dia tidak meningati dan merinduiku. Kerana cintaku ini masih untuknya.

Tuhan, jika benar dia bukan jodoh ku, Pertemukanku dengan orang yang sebaik dan semulianya. Mungkin, kesedihan ini dapat ditutup sedikit demi sedikit. Semoga, masih ada orang yang semulia dia yang dapat mengetuk pintu hatiku ini yang sudah kembali gersang.


hari ini 6 syawal. genap pemergiannya 1 tahun. 









(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Tuesday, 14 August 2012

STOP! letak wallpaper gambar arwah

Salam,

yes! tu yang anis kena terima. Hari tu, before balik. Mama bukak phone anis. masa itu nak change hp. hp ada problem. so, bila mama tengok wallpaper anis still gambar anis dangan zahin. mama kata "tukarlah, dia dah lama takda. jangan dikenang macam tu, kesian dia. sampai bila? takkan tak nak kawen? takkan tak nak anak?"

betul kata mama. parents always right. dah nak setahun. anis masih menunggu zahin yang sudah pasti takkan tiba. 

kadang-kadang bila im alone or baru balik keluar dengan member. mama akan tanya. "adajumpa pakwe baru tak? dah ada penganti?" masa tu air mata rasa macam nak jadi air terjun dekat lata kijang. 

anis bukan apa. masih belum sedia untuk meletakkan seseorang di tempat arwah zahin. 

anis, awak kena kuat.



al-fatehah buatmu
ahmad zahinuddin

detikan rindu zahin

salam,
hampir berakhirnya ramadhan. bulan yang sangat mulia. ke mana princess zahin? kenapa sudah lama tak mengupdate blog? bukan tidak sudi menghantar kiriman pada mu wahai si penenang hati. kesibukan anis untuk belajar dan terus mencapai cita-cita semakin kuat dan semakin kental. sungguh ianya tidak tercoret di dalam blog, doa untuk mu sentiasa mengiringimu setiap solatku dan setiap detik yang ku kenang tentang diri mu.

Ramadhan sudah nak berakhir. Syawal mula memanggil. Ini lah detik yang paling tidak boleh saya lupakan. kalau dalam bulan kalender lama lagi genap setahun awak tinggalkan saya. tapi, mengikut bulan islam, masanya hampir tiba. pejam celik pejam celik sudah hampir setahun awak tinggalkan saya dengan tergantung. apa status saya sekarang? janda? solo? 

kalau ustaz azhar kata, jika lamaran itu sudah ada dan di sambut dengan persetujuaan. dikira bertunang dari islam. adatnya masih belum.

kenangan demi kenangan yang saya cuba untuk lupakan tapi, masih tetap kekal dalam ingatan
masihkah awak ingat tentang kita cat rumah sama-sama dan beli boder rumah? 
masih awak ingat kita pegi seremban cari tudung saya, sampai awak tertido-tido temankan saya. awak tak pernah kata bosan. sedangkan awak dah sangat bosan temankan saya. 
masihkah awak ingat kita ke nilai mencari frame gambar? sampai kedai pengantin pun kita masuk. siap berangan-berangan sekali.
masihkah awak ingat saat awak datang ke rumah saya? dengan awak bawa mertabak dan goreng pisang. ye! masa tu juga saya tahu awak peminat setia mertabak dan goreng pisang.
masihkah awak ingat kita buat air bandung sama-sama? awak kata pada saya, ini satu experiment.
masihkah awak ingat tentang kita balik pukul 3 pagi? kita shopping baju raya di jalan TAR bersama.
masihkah awak ingat yang awak nak baju raya sama warna dengan saya? awak nak match dengan saya. habis 1 jalan TAR dan masjid India kita cari. last-last ke butik juga. 
masihkah awak ingat, pagi-pagi raya kita dah skype kita nak tayang baju kita? nak tunjuk sama dan kita bermaafan sebelum sembahyang raya.
masihkah awak ingat setiap mana kita pegi raya, kita kan bagi tau kita dekat rumah sapa? sampai antara kita pening sedara-mara.

awak, tolonglah ingat segala kenangan ini. saya merayu pada awak. saya tahu awak nampak dan awak boleh baca apa yang saya coret ni.

Ya Tuhan ku, izinkan aku beraya di sampingnya lagi.

Tahun lepas kita raya sama-sama. Tahun ni, saya terpaksa beraya di kubur awak dulu. Saya janji saya datang. Awak  tunggu saya ya. Awak jangan pegi man-mana tau. Saya bawakan surah yassin dan al-fatehah untuk awak.




al-fatehah buat mu
ahmad zahinuddin

Wednesday, 13 June 2012

Dengar dan menangis

Salam,

anis tak nak cakap banyak-banyak pun kali ni.
yang anis mampu cakap, anis dengar dua lagu ni, anis sebak sebab anis di tempat itu..




gambar akhir si penenang hati anis dapat masa hari last dia. pagi tu kami skype,dan anis curi-curi snap snap pic dia. muka tension kot.. sory ye, tak dapat nak kongsi gambar tu.

and the second song. is...


saya nak nangis banyak-banyak..

(al fatehah buat ahmad zahinuddin)

Tuesday, 29 May 2012

one step a head -_+

salam,

just nak bersyukur, Alhamdulillah. 
First, anis masih hidup pada hari ini. anis ingat anis dah tak jumpa dah hari ni. dengan batuk teruk, demam, seleseme, athma, SUSPEK DENGGI?, jantung laju semacam bagai orang belari, nafas tak bole tinggi.
hish!! anis ni asik sakit je. pegi duduk jelah kot hospital tu. senang, sakit je tidur wad. sihat, jaga wad.

next,
nak besyukur, 
result PSPM 2 anis alhamdulillah,
nak kata teruk, mungkin ada yang lagi teruk. nak kata bagus, ramai kut yang lagi bagus. so, alhamdulillah lah tuhan nak anis terus dan tidak putus asa untuk menuntut ilmunya.
so, bagi yang berjaya, CONGRATZ! bagi yang kurang berjaya, keep it up.. mungkin tuhan xnak bagi kamu rezeki di situ. tuhan nak bagi kamu rezeki yang lebih baik di tempat lain. sabar, dan cuba cari rezeki yang tuhan nak bagi tu. jangan hanya tunggu rezeki turun dari langit.

apa pun yang kita buat, kena ONE STEP A HEAD. biarlah orang kata ni kita ni mengelabah ke, kelam ke, bajet nak buat dulu, berangan lebih ke.. apa-apa jelah yang sama maksud dengan benda tu semua.
bak kata ayah anis, jangan dah nak berak, baru nak gali lubang. bunyi dia macam tak senonoh je. tapi, betul kata-kata orang tua tu. 

kalau orang tua nasihat tu, betul lah apa dia cakap. jangan lah nak cuba malas nak ambik port. semua tu ada betulnya.

thnx kawan-kawan doakan anis.



zahin.ahmad saya sakit rindu awak...
btw, thanx awak doakan saya


(al fatehah buat ahmad zahinuddin)

Sunday, 20 May 2012

Hadirnya diri mu itu membawa seribu pengertian

Salam,

Ye, Hadirnya diri mu itu membawa seribu pengertian dalam hidup ini. Perubahan yang ketara dilakukan dengan sekelip mata ibarat satu kejutan halilintar di depan ku ini. Adakah ini satu samaran syaitan ataupun malaikat? Jika tidak, mungkin kiriman dari Allah. Dirimu itu buat ku yang jahil di sisi Allah itu. Episode sedih bagi setiap helaian muka blog. Sehingga membasahi pipi pembaca-pembaca. Terasa kejam apabila membiarkan hati pembaca itu terguris kerana kisah ku yang lara.

Dari yang jahil, mula berilmu. Dari yang tidak berjilbab, mula menyarung hijab. Dari yang kolot tentang qiamullail, mula mencari sejauh mana kehebatan qiamullail. Adakah ini dari positif ke negatif? Atau ia sebaliknya?

Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan dan mengirimkan si penenang hati ku sebentar buat makhluk mu yang jahil ini. Telah terbuka satu alam baru buat ku. Sudah kelihatan sinar nya. Walaupun ia nya masih kelam.

Wahai penenang diri ku, mungkin diri mu tidak tahu. Bahawa kau telah berjaya mengegarkan hidup ini bagi mengubah kejahilan hidupku. Kau ibarat satu pancaran sinar yang mengubah segala kehidupan. Mungkin kehadiran mu sudah tiada lagi tapi, yang ku harapkan perubahan tu akan tetap dan tanpa berubah  kembali kepada jalan yang asal. 

Mungkin Allah mahu menyedarkan makhluknya. Maka, dia menghantar diri mu untuk sementara bagi ku bagi mengubah segalanya. Mengapa kiriman mu itu tidak berterusan? Mungkin ianya akan bakal menjadi pembimbing yang setia. 





 ye.. awak ibarat pelangi petang itu




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Saturday, 12 May 2012

terima hakikat

salam,


entry kali ni takda nak berjiwang-jiwang atau pun nak menagih air mata. ini sekadar luahan.
siapa yang sudi membaca, di persilakan. siapa yang rasa macam mengarut lebih jelah anis ni. dipersilakan untuk exit blog ni. terima kasih daun keladi.  

anis nak kongsi, tadi masa anis cari-cari fail sijil nak masukkan sijil dari matrikulasi dan mencari sijil spm. tiba-tiba anis terbuka fail ayah, bila anis selak sampai belakang. anis perasan banyaknya ayah buat paper cutter. tapi, tentang apa? bila tengok tajuk, rasa macam sebak sangat. "3 beradik maut dalam kemalangan" ini tragedi 4 Sep 2011. kenapa ayah simpan benda-benda ni? kenapa ayah buat macam ni? bukan 1 keratan sahaja. tapi, banyak keratan tentang benda tu. rasa macam ayah beli semua paper tapi, takda lah paper cina dan india. rasa sangat musykil kenapa ayah simpan benda ni? ayah nak buat apa ye? mungkin ayah takut anis tak dapat terima yang arwah dah takda. atau ayah mungkin nak tunjuk pada anak-anak anis nanti. atau pun ayah nak tunjuk pada bakal suami anis.

ayah, you are my everything after mama,
ayah sangat berubah lepas awak tinggalkan saya wahai  penenang hati. 


awak dan pembaca yang sudi membaca,
hati anis sakit bila tengok orang buat tak endah dengan ambulan. sedangkan ambulan tu dah buka siren, hon pun dah. tolong lah ke tepi. kenapa degil sangat ha? ingat hebat sangat ke kereta korang tu? bukan nak marah apa, cuma sakit hati. tau tak ambulan tu tengah kecemasan, dalam tu ada pesakit. tah ada pesakit atau pun nak pegi ambil pesakit. ni antara hidup dan mati tau tak nyawa orang? actually, korang lah pembunuh. ye, pembunuh. nak anis ulang lagi? pembunuh. kalau korang tak ke tepi, sampai bila ambulan tu nak sampai hospital? tersepit dengan kereta korang dan hati korang yang ego tu? 

bila terfikir balik tentang tregedi tu,
takkan hanya tersepit di jari kaki sahaja boleh mati? memang lah tu kuasa tuhan dan qada' dan qadar.. tapi, bila tengok sikap manusia macam ni, mungkin ni salah satu sebab penenang jiwa anis tak dapat hidup lagi. anda-anda ni kejamkan? anda telah membunuh orang. membunuh seorang dokter. dan menghancurkan hati anis. so, silalah ketepi atau bagi laluan. himpitlah kereta tu sikit. tolong jangan pentingkan diri sendiri. ingat orang dalam tu, tah mak korang ke, family korang ke. korang bukan tau. percaya lah, kalau sikap ego korang ni terus menerus macam tu, tak mustahil korang boleh bunuh family korang dengan rasa tak bersalah. fikir-fikirkan lah.

ok, berbalik kepada tajuk. 
anis kene kuat. zahin sentiasa ada dengan anis. anis je tak nampak dia. dia nampak anis. malah, lagi istimewa. manakan tak istimewa, mungkin, masuk tandas pun dia ada sekali (bole ke awak? hehe malu kita). apa yang anis buat semua zahin teman. tak payah pakai skype. hebat kan zahin sekarang? dulu anis murung. tiba-tiba rasa macam wow!

 past will be past, you that still a life, must to survive

selamat malam sayang. saya rindu awak wink! ;) jangan sedih-sedih ye, nanti saya datang jadi salah seorang pemaisuri awak.


(al-fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Friday, 4 May 2012

tangisan itu memanggil lagi

salam,

sudah jauh mentari itu meninggalkan diri. mengapa anis masih belum memejamkan mata? langit di luar umpama memahami kesakitan dan kesedihan yang anis rasakan rindu pada Arwah Ahmad Zahinuddin itu semakin membuak-buak. inikan lagi cuti sem yang sebulan lebih ini. kalau lah awak ada, mesti saya tak sakit kebosanan macam ni. kalau dulu rutin saya hanya marah pada datin skype sebab tak tayangkan muka awak. sekarang ni, semuanya dah tiada. dulu, saya sangat menantikan cuti. boleh kita merayap berdua date. tapi sekarang life saya akan duduk sorang-sorang dan diam-diam dalam rumah. bukan kereta takda, bukan kawan-kawan takda. tapi, saya lebih inginkan bersendirian. rutin harian mengemas, membasuh, menyidai dan memasak sudah di hujung jari. siap kerja tak saya tidur, saya on9. rutin di ulang-ulang, kalau boleh saya tak nak keluar rumah. dan kadang-kadang saja menyibukkan diripada hujung minggu. rasanya dah malas nak menyibukkan diri dengan kanak-kanak lagi. cukup sekadar mamatikan telefon.

pernah beberapakali si teruna-teruna di luar sana cuba mengetuk kembali pintu hati ini. bukan anis sombong mahu pun kejam. tapi, anis sendiri tak tahu mengapa dengan sendirinya hati ini akan menolak. wahai hati, sampi bila engkau mahu berkelakuan seperti ini? terimalah yang Zahin dah tiada. tinggal Roh nya sahaja.

malam ini, mata yang selalu ku lelapkan awal tak mampu untuk terus lelap. malahan, air mata mengalir mencurah terus ke bantal. mengapa air mata ini turun? bayangan awak bermain dalam kotak fikiran saya. sedang asyik bayangan penenag hati ku disitu, tiba-tiba teringat kisah perepuan itu. ya, perempuan yang pernah menyakitkan hati saya tu. kata pemberiannya. perempuan yang cuba mengambil awak dan menagih kasih awak walaupun awak dah tiada. semakin hari, saya umpama orang gila. jiwa kosong dan kehilangan arah. 

mungkin ibu awak tak rasa apa yang saya rasa. sememangnya ibu awak kehilang 3 anaknya sekali. tapi, dia sudah kebiasaan melihat anaknya tiada depan matanya. tapi, saya tak. awak ada kat rumah ke, takda ke sama. sebab we always call, texting and skypeing. awak, lagi saya balik. saya lagi tekanan. saya lagi murung, berbanding saya dekat kolej dan sibuk untuk belajar.

awak, saya nak awak tau yang saya tengah tekanan sangat-sangat bila awak takda. saya rindu pada penenang hati saya. tolong pulangkan kembali penenang hati saya. I NEED YOU MY DEAR!!



Monday, 30 April 2012

happy birthday sayang..

salam, 

hari ni hari terakhir bulan 4.. kenapa anis lambat sangat nak post pasal birthday? anis tak celebrate ke? 
awak, kali ni saya sambut birthday tak macam saya sambut dengan awak wahai penenang jiwa. 19 tahun, susah betul untuk saya hadapi tarikh keramat bagi menjangkau umur yang hampir 2 dekat itu. 13 April hari jadi ku, 17 April peperiksaan akhir semester bermula. sehingga saya sendiri hampir terlupa tarikh lahir tu atas kesibukkan belajar. siapa sahaja yang mengingat tarikh lahir saya melainkan penenang jiwa ku dan keluarga  sendiri. sahabat? hanya segelintir sahaja.

beberapa hari sebelum hari jadi ku, classmate dah buat prank. teruk juga kena bantai. masih ada yang mengingati tarikh keramat itu. slepas itu, sajambak bunga mawar ku terima depan mata ku sehingga senyum ku terukir. siapa yang bagi bunga tu? awak ke wahai penenang jiwa? bf baru ke?

dan kemudian, esok nya harijadiku. malam tu saya dah berselubung dengan selimut takut di prank lagi. dalam selimut saya menangis dengan sendiri bagai tanpa sebab. detikan jam mula menunjuk pukul 12 dan tepat 13 April. satu persatu pesanan ringkas ucapan selamat hari jadi dari rakan-rakan umpama air. wall di FB pun mula memenuhi dengan ucapan selamat hari jadi. mana awak? mana ucapan dari awak wahai penenang hati? awak kan bf saya? sepatutnya awak adalah orang paling excited. mana awak? mana sprise dari awak? awak nak gurau dengan saya ey? saya nak hadiah dari awak. free call dari maxis pun saya tak tau nak buat apa. alangkah indahnya kalau awak ada.

titisan air mata yang ditakung itu mula menitis dengan perlahan dan lama kelamaan ianya semakin laju tanpa pengawasan. hati ini memberontak inginkan kehadiranmu. kepenatan menangis itu sehingga tertidur dengan sendirinya. jam seawal 3 pagi sudah ku bingkas dari tidur dan air wuduk mula ku usap pada diri. dengan berhasrat untuk berqiamullail dan berharap saya dapat jumpa awak. tenang juga jiwa ini walaupun saya tak dapat jumpa awak, saya tau itulah saatnya yang saya paling hampir dengan awak wahai penenang jiwaku.

masih ku tunggu sebaris ucapan selamat hari jadi dari awak, hadiah dari awak dan kejutan istimewa dari awak. ada ke? mungkin..
selepas magrib, saya memberatkan badan di katil. satu pesanan ringkas masuk. dari My AHMAD.. ha? awak massege saya? Happy Birthday Sayang!! gile.. saya baca banyak kali.. automatik jari ni menekan call. hmm adik awak yang angkat. nak je mulut ni bertanya angah ada? angah mana? nak cakap dengan angah bole? selepas itu, hp di past kepada ibu. ibu pun wish! terharu sangat-sangat. terubat jugak rindu. suprise kot. 
inilah birthday saya tanpa awak.. :(


action..tatao nak kne prank

siap pos lagi

amik! dah kene

bunga ini

cantikkan?

 :)










 
                    ni kawan bagi




(al fatehah buat ahmad zahinuddin)

Monday, 9 April 2012

tak sanggup untuk hadapinya

salam,

maafkan ku wahai penenang jiwa. besar sungguh kesilapan ku. 2 tarikh penting terlepas sebegitu sahaja. bukan diri ini tidak mengetahui tarikh itu, bukan diri inu buat-buat lupa terhadap tarikh itu. entah perasan entah tidak. kemana naluri kekuatan tarikh pada diri ini yang di pupuk sejak azali lagi? mengapa hilang sebegitu sahaja. adakah tuhan sangat menyayangi anis sampai tarikh yang penting untuk arwah zahin pun anis boleh melupainya. dasyatnya ingatan anis.

ingin ku dakap, tapi tangan tak sampai. ingin ku capai, tapi hajat tak sampai.

 permulaan yang penuh tragis. wahai si penenang jiwa yang mulia. hendak ku khabarkan padamu. tapi, biar ku pujuk hatiku dahulu. tidak sampai seminggu lagi tarikh penting buat ku dan diri mu akan muncul. tak sanggup ku hadapi bersendirian menyambut tarikh kelahiranku sendiri. pabila ku kenang sejenak, teringat jua di pelusuk minda ini bait-bait memori 13 April 2011. kejutan demi kejutan. sanggupkah untuk diri ku menghadapinya seorang diri? atau bersama teman-teman tanpa kehadiran dirimu? ataupun melupakan segala kewujudan dirimu?

kehadiran dirimu hanya sementara sahaja,
pertemuan kita hanya sekelip mata.

wahai penenang jiwa, doakan diri ini untuk kuat menempuhi segala ujian dunia dan akhirat dari illahi serta doakan diri ini untuk berjaya dan terus berjaya menghadapi PSPM yang bakal dihadapi.









(al-fatehah buatmu arwah ahmad zahinuddin)





Wednesday, 4 April 2012

maafkan, bukanku tak sudi

salam,

maafkanku terlebih awal lagi ku susun sepuluh jari pada mu. tidak untuk ku berpelakuan seperti itu, tidak juga untuk ku merancang mengeluarkan ayat sebegitu biadap. maafkan ku, bukan ku tidak sudi mengenali diri mu. tetapi itulah kata hati yang paling jujur yang dapat ku keluarkan dari mulut ini.




 pernah beberapa kali sang mantan itu cuba mengetuk pintu hati ini semula. maafkan ku wahai sang mantan yang segak bergaya. bukan kerana diri mu tidak cukup sempurna atau tidak cukup ilmu untuk mengetuk pintu hati ini. bukan juga kamu tidak cukup syarat buat si pemilik hati ini. 



kunci pintu hati ini telah dimiliki dan dan dikebumikan sekali. biarlah pintu hati ini kekal usang di pinggiran. wahai sang mantan, bukan ku tidak mahu menganali diri mu dengan lebih dekat. tapi diri ini takut tersilap langkah tercuri hati mu. pintu hati ini tertutup rapat untuk diri mu mencuri isi hati ini. kuncinya tiada pada ku. sudah ku bilang dari awal lagi, kuncinya tiada padaku.

mungkin terlalu awal untuk ku mencari pengganti penenag jiwaku.
untuk terakhir waktunya, biarlah kunci itu kekal dan setia pada si pemilik liang lahad yang telah di diami sejak 4 september 2011.

mungkin, satu hari nanti mana tahu ada si putera yang gagah yang mampu menggegar pintu hati ini sehingga terbukanya kembali. doakan ye wahai pembaca yang setia.




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)




Kerana hadirnya diriku di sisi mu

salam,

maafkan ku sedetik pun diri ini tidak berniat untuk meyakitkan hatimu itu kerana ini sekadar luahan hati seoarang perintih yang sangat merindui dirimu dan bukannya secebis suratan yang ingin di sampaikan padamu wahai kekasihku. 

tatkala dua mimpi indah datang di tidurku atas kehadiranmu itu. indahnya malam itu, pabila merasakan kehadiran diri mu itu disisi ku. alangkah indahnya lagi apabila perkara sedemikian rupa benar-benar berlaku. pasti jiwa ini semakin tenang dan mulut ini kerap melahirkan senyuman yang paling istimewa buat mu wahai penenang jiwaku.

hati ini, diri ini semakin hayal dengan cinta mu dan jiwa mu yang telah engkau berikan kepada ku dahulu.

 wahai tuhan ku, wahai penenang jiwaku, kau sahaja yang mampu menguatkan semangat ini kembali. 

tepian usang itu makin ku hampiri bagi menenagkan jiwa yang semakin memberontak menginginkan kehadiranmu. helaian diari peninggalan peristiwamu mulai diselak tanpa membaca sebaris ayat. sudah ku hafal tiap-tiap baris ayat itu. malangnya buku yang pernah kita sandarkan untuk menjadi sebuah hantaran itu tergantung ceritanya apabila pemergianmu yang tanpa ku duga hanya secepat satu kedipan mata. 

satu kata-kata terlintas difikiranku dan diri ini merasakan pernah disuarakan pada mu semasa nadimu masih berdenyut.

PEREMPUAN BAIK HANYA UNTUK LELAKI BAIK. 
SELALU ANDA MELIHAT LELAKI HENSEM DENGAN PEREMPUAN TAK BERAPA NAK CANTIK.  
PEREMPUAN CANTIK DENGAN LELAKI TAK HENSEM.
DAN JARANG SEKALI UNTUK MELIHAT..ADA MEMANG ADA TAPI JARANG. PEREMPUAN CANTIK DENGAN LELAKI HENSEM ATAU LELAKI TAK HENSEM DANGAN PEREMPUAN TAK CANTIK.

tergerak hati ini untuk bertanya pada mu mengapa kita bersama? sedangkan saya tak cantik dan awak tak hensem. 

 segala jodoh dan kertetapan itu ditangan tuhan. masih teringat memori itu dalam kebenakkan otak ku ini. sang penenang jiwa pernah berkata padaku, aku memilih kamu karana kecantikkan mu kerana kecantikan itu akan menjadikan aku sebagai pemangkin untuk aku terus berjaya dan mendapatkanmu. itulah matlamatku. dirmu itulah sebagai motivasi ini. disebalik kecantikan mu itu ada keindahan yang mungkin orang lain tidak mengetahuinya.

terlitas difikiran ini pada satu perkara yang mungkin dianggap satu kebodohan.
pernah sekali itu aku memujuk si penenang jiwa untuk pergi ke interview biasiswa. mengapa perlu diri ini memujuk? mengapa dia tidak mahu untuk pergi sendiri? biasiswakan susah nak dapat? diri berkata buat interview betul-betul dan dengan jayanya seperti mana awak inginkan saya. sekiranya awak berniat ingin berkahwin dengan saya, siapkan wang hataran 50ribu. kalau tidak, jangan sesekali untuk cuba berangan menghampiri rumah saya.

itulah semangat yang sering saya berikan pada awak sehingga awak berjaya sambung belajar medic di mesir dengan bantuanh biasiswa JPA.

pernak sekali soalan yang diri ini sendiri tidak tahu untuk menjawabnya. 
awak nak saya pilih yang mana satu? engineering di UiTM? Medic di Mesir? Matrik di Johor? saya minat engineering dan saya taknak tinggalkan awak. Dengan kuat hati, mulut terdetik untuk berkata. jika kamu memilih kerjayamu sebagai seorang engineer, kelak kamu akan hanya membantu orang lain dan negara. jika kamu memilih kerjaya mu sebagai seorang dokter, terpancarlah kecintaanmu terhadap diriku tatakala kamu menjaga diri ku, menjaga diri mu, keluarga dan orang lain dengan ilmu mu. tidak kah kamu ingin perasaan mengubat si jantung hati kamu dengan usahamu sendiri? tidak kah kamu ingin membalas jasa ibu dan keluargamu dengan ilmu yang telah mereka berikan? 

jadilah pemangkin semangat untuk kejayaan penenang hatimu bukan sekadar mengambil cintanya yang berakhir dengan kekecewaan. jadikanlahh ianya satu motivasi kepada diri untuk terus maju..



penenang jiwaku, ingatlah bahawa diri ini tidak pernah putus merindui diri mu..
sekian, buat penenag hati ku





(al fatehah buat ahmad zahinuddin)


Wednesday, 28 March 2012

aku terima nikahnya 2..

salam,


second entry untuk hari ni.
mulut ini bertanya pada dude.


anis: kenapa tuhan bagi anis dugaan yang berat? kenapa anis tak ikut zahin je? 
dude marah anis.


dude: semuanya tuhan dah rancang. jangan jadi pengalah. zahin tak suka kalau dia tahu anis cakap macam ni. 


dude: kalau anis ikut zahin, mesti anis tak dapat capaikan cita-cita zahin, mesti anis asik nak bebelkan zahin, mesti tiada siapa-siapa yang ingatkan dia dan sayangkan dia hari-hari. dan mesti tiada siapa yang nak doakan untuk zahin macam anis buat selalu. 


dude: tengok sekarang awak adalah perempuan yang kuat. awak kenal famly zahin. kalau dulu, awak ada kenal? tegok, awak kenal dan baik dengan adik zahin. kan dude dah kata, semua yang berlaku ni ada hikmahnya. dan yang paling baik, anis dah memahami dengan apa itu qiamullail yang zahin selalu suruh buat.
see!!! tuhan tu maha kaya..


anis: ok dude apa-apa pun saya setia. dude, anis tak mampu nak jadi macam myza (blogger). dia pun macam anis jugak. baru-baru ni dia dah bertunang. 2010 razin meniggal, 2012 dia dah bertunang. anis tak mampu macam tu..

blognnya

untuk awak



Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu





dude: dan satu lagi. tolong ingat ni sampai bila-bila. setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah dia. dan setiap apa yang tuhan ambil, pasti dia akan beri yang terbaik untuk anis. so, zahin nak anis dapat yang terbaik. dia nak tengok anis happy. tolong kenang jasa dia

anis: ok dude. thanx




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Happy Birthday Handsome Boy!!

salam, 


Happy Belated Birthday ADIK!!!


ARMIN RAFIQIN BIN MOHAMED NORAZMAN

 Kesian birthday boy ni. sambut birthday dekat hospital.. 27.03 dia operation gigi dia, 28 birthday dia.
alhamdulillah operation semua dengan jayanya. sian dia muka sembam, tak bole bercakap, tulang belakang dia masuk tiub, makan  pun nestum je.

so, untuk birthday dia request dekat dokter nak makan maggie. poning kepalo dokter tu. than, dia suruh pembantu perubatan tu tukar dokumen dia. dia tak nak kat papan dokumen tu umur 8 tahun. dia nak 9 tahun. dia kata, semalam birthday kita lah. pening kepala semua orang dengan permintaan dia.



sebelum kena operate

lepas keluar OT masih dalam bius

habis operate..dah sedar



muka dia sembam dan tak boleh bercakap

HAPPY BIRTHDAY ADIK!




(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Tuesday, 27 March 2012

aku terima nikahnya..

salam,


awak..awak..awak..
awak dengar lah ni. saya tension ni. saya baru lepas excident pagi tadi. mana tak nye, dah berapa zaman saya tak peggang staring. paling-paling kalau balik pun mama and ayah bawak. dengan armin nak operation and dengan saya pulak excident. that is my second excident. kenapa saya tak mati je? awak first excident awak ok je. sama lah macam saya. tapi second excident awak terus tinggalkan saya lama-lama dan untuk selamanya.  kenapa second excident saya tak dapat ikut awak?


awak,
tadi saya ada bukak tv arab. dan ada pulak cerita melayu dekat situ. tajuk dia AKU TERIMA NIKAHNYA. tajuk sangat nak gebang.
isi cerita dia macam ni.


sarina seorang perempuan yang cantik. lepas dia putus dengan kekasihnya yang curang, hati dia terus tertutup untuk perempuan lain. sampai seorang lelaki yang sangat baik, pandai dan perfect lah dikatakan telah membuka hati dia kembali. bila dia nak kahwin.. masa dia tunggu pengantin lelaki untuk nikah, pengantin lelaki tu mati sebab kejar peragut. sampai pengsan-pengsan dia dapat berita.
(macam hampir sama macam kisah saya je)










kesiankan dia awak? seorang ustazah tu kata pada dia.
kita ni tak boleh salah kan tuhan dengan apa yang berlaku. tuhan ni tahu makhluk dia. kanapa kita di duga? sebab dia tahu dan dia pilih orang. dia tahu kita boleh hadapi dugaan tu. tu sebab dia bagi dekat kita. dia tahu kita mampu hadapi dugaan tu bagi penghapusan segal dosa kita. tuhan tu sekadar nak duga kita. dia nak tengok kita ni masih teguh pada dia bila di beri dugaan macam tu atau kita berpaling pada dia. so, kita kena kuat. kuat untuk pergi jauh. jodoh tu di tangan tuhan. tuhan amik 1, mungkin dia kan bagi seribu untuk kita.tuhan tu maha kaya dan maha adil mungkin ini kita nampak satu dugaan, tapi pada dasarnya dia nak bagi yang lebih mulia. dia nak awak buat persiapan dekat sana untuk saya. siapa tahu lepas ni saya pulak.






awak, armin dah selamat operate dalam pukul 12 dia masuk operation theater, pkul 6 dia keluar. alhamdulillah semuanya selamat. saya call ibu awak semalam. dia doakan yang terbaik and dia wish congrats! sbb saya menang i-DICA. kan saya banyak tanya ibu awak pasal benda tu. thanx semua.








(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

Monday, 26 March 2012

Taman Hati

Salam,




Taman hati yang telah lama dibujurkan itu
Jangan ada sesiapa yang cuba menyapanya
Biarkan, biarkan daun-daun kering itu
Pasrah menanggung panas mentari dan debuan kelam
Mana tahu ia bisa jadi baja
Untuk pohon-pohon kembang lain tegak subur
Kemudian wajib pula teguh menunggu keputusan.


Taman hati yang berseri itu
Tidak tercapai bak langit nan biru
kiranya bunga liar ini menumpang teduh
Adakah dianggap penceroboh?
jika kehadiranku tidak disenangi
Biarlah ku layu terbiar menyepi
Mungkin ini waktunya ku undur diri
Tempatku bukan disini


Taman hati itu semakin berseri-seri 
Bunga nan satu kembang mewangi
Namun kehadirannya seolah membunuh
Siapakah rumput untuk tumpang berlabuh?
Tatkala pohon berduri lingkar merapati
Matinya sang rumput tiada yang peduli
Namun, lupakah kau wahai si kumbang?
Taman yang tidak berlalang adalah taman yang gersang


Taman hati yang dahulunya berseri dikelilingi bunga mewangi
Kini semakin kering, semakin layu, semakin mati


Tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan
Tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis
Dan apabila bah melanda, rosaklah segalanya..
Namun, mungkinkah pelangi kembali berseri disebalik
Gunung yang sunyi?




p/s: nota-nota yang pernah saya hantar pada awak


(al fatehah buatmu ahmad zahinuddin)

energy save

jenguk-jenguk