BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 29 December 2011

therapy..py

salam,




# anis dah hantar story book dan dah kena rejek pun
# anis dah hantar video dan dah kena rejek pun


*rasa macam tak berbaloi korbankan masa tidur dan di akhiri degan rejek shop..




mata ini makin lama makin mahu shut down. kesejukan yang menusuk didalam lecture hall dan mata muka sembam angkara tiap malam tidur pukul 4 pagi membuatkan hari-hari yang saya lalui semakin mendung dan tidak berjiwa.


bukan sengaja perlakuan itu dibuat, atas sebab kesibukan yang dihadapi untuk mengakhiri tahun 2011. tahun 2012 semakin mendatang. 


orang kata, tahun baru buka buku baru dan tutup buku lama. tapi, kalau saya nak buka dan tak nak tutup-tutup buku lama boleh tak awak? biar lah kenangan awak dengan saya di situ dan tiada siapa pun yang mampu untuk menutupnya walau sesaat pun. awak, saya kan kuat. awak yang kata tadi. awak, sekuat-kuat fizikal saya ini, hati ini ibarat taman bunga yang apabila badai melanda, musnah lah segalanya. sukar untuk bunga-bunga itu mekar sekian buat kalinya.


awak tajuk di atas ada saya menulis tentang therapy. ye awak, saya buat therapy. bukan therapy ikan yang gigit-gigit tu.
saya buat therapy memnyibukkan diri. saya buat bisness dah sekarang ni. dan, ye saya masuk lagi aktiviti lawan-lawan cakap.
saya nak sibukkan diri supaya setiap saat yang dipenuhi dengan kengan awak, dapat saya sisipkan.


awak, saya masih tercari-cari suatu benda yang hilang dan sudah lama saya tidak kelihatannya.ye awak, saya mencari kunci pintu hati ini. di manakah awak? di mana kunci itu? izinkan kah awak membuka pintu hati saya ini untuk orang lain memasuki dan menghuninya?


saya tahu kunci hati yang sudah lama awak miliki itu masih dalam gengaman awak. simpan lah wahai kekasih hati. rapatkan pintu hati ini. hiasikanlah hati ini. hunikanlah hati ini sepenuh jiwa awak. rawatilah robekan-robekan yang pernah saya buat. jagalah hati ini dengan sebaik mungkin agar hati ini sentiasa ingin mendekati dengan Allah














(al-fatehah buat ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk