BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 25 December 2011

kuatnya hati ini

salam,


sudah lama diri ini tidak menekan kekunci keyboard yang sangat banyak ini untuk mencoret sebuah entry kepada encik buah hati. atas akibat merajuk dengan encik buah hati di entry bawah. awak, saya dah ok dah. awak pujuk sayakan? thanx awak. walau pun saya tidak dapat mendengar suara awak dan walaupun saya tidak dapat melihat jasad awak, saya boleh rasa yang awak sedang memujuk hati ini.


thanx awak. 


betul kata awak. awak, saya kesian tengok perempuan macam tu yang hanya mengejar bayang-bayang sendiri dan bermain dengan perasaan sendiri. dia je yang sibuk cakap dekat blog dia nak kawen dengan awak. awak ada ke tulis kat blog awak? saya maksudkan publish. takda kan? tentang saya banyak lah. 


thanx awak banyak pujuk hati yang keras ini.

awak, tika diri ini hadir ke rumah, gambaran kewujudan awak bermain dalam kotak fikiran ini. awak, tatkala tangan ini memegang jemari tingkap dan mata ini menunggu ketibaan awak, hati ini mula sebak. kerana selama mana pun saya disitu, sudah pasti awak tidak akan hadir ke rumah saya lagi. air mata sekadar berlinang, susah untuk menitiskan kerana kekuatan, semangat dan roh awak berdamping di sisi saya untuk memberi setinggi galakkan.
awak, bisakah perkara lama berulang kembali?


awak, hamparan cahaya pagi mula menyimbah muka ini. selalu nya saya akan call awak jika awak lambat. sekarang saya perlu call siapa untuk pastikan awak sampai di hadapan saya?


tiap langkah yang saya huraikan di alamanda saya menyimpan sebak di dalam kekuatan. dahulu saya berjalan ke alamanda berpasangan, sekarang kesorangan. melihat setiap pasangan yang seronok dengan pasangannya dan saya hanya menunduk jalan dan tidak mahu memandang kiri mahu pun kanan. saya tidak mahu menangkap segala gambaran-gambaran ketika awak masih hidup dan masih boleh meneman saya. 


saya cuba mengalih pandangan dari kedai wafel itu. tapi tidak boleh. masih kah awak ingat tentang wafel, ice cream dan mashmallow kita? indah sungguh saat itu. tepian tasik jadik singgahan untuk makan wafel yang besar itu bersama. sambil berbincang pasal Q-Net awak. jika saat-saat ini dapat di ulang, pasti hidup ini akan lebih indah. 


dari jauh saya sudah melihat perkataan OLD TOWN WHITE COFFEE.. Ya Allah, terus saya mengalih hala tuju saya. disitu lah kali pertama saya berjumpa awak. awak, tolong bahagiakan diri ini ya.








(al-fatehah to ahmad zahinuddin)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk