BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 9 December 2011

happy birthday sayang

salam,

bismillahirahmannirahim..anis, kuat kan diri untuk menulis sebuah entry yang sangat istimewa pada hari ni.


10/12/2011
salam sayang buat mu arwah ahmad zahinuddin. selamat hari jadi sayang wahai encik buah hati ku. sungguh kaku dan sejuk jari ini untuk mencoret sebuah entry pada hari ini bagi menahan air mata yang sedang menunggu masa untuk menitis.

susah benar mata ini untuk tidur malam tadi kerana tidak sanggup untuk membukanya pada tarikh keramat ini. kiraan 10 hingga 1 sudah di bibir malam tadi. genap jam 12 mulut ini terkeluar pada 1 ayat 'Selamat Ulang Tahun yang ke 18 sayang'. air mata ini mula menitis dan dada ini sakit menahan sebak. dimanakah sayang saya? hari jadi, kenapa saya tidak menelifon awak dan wish awak? kerana, yang akan mengangkat ganggangan fon awak itu bukan lah awak yang bernama buah hati saya, tetapi adik perempuan awak.

jam telah saya kuncikan bagi mengejut mata ini. seawal 4 pagi nyaringan jam sudah berbunyi. badan yang masih ingin melekat pada tilam ini saya cuba untuk bingkaskan. kesejukan air wuduk itu mula menyerap pada setiap roma ini. tikar sembahyang mula saya kibaskan dan telekung mula saya sarungkan.
solat hajat pembuka pagi ini. pagi yang penuh bermakna. senaskah surah yassin dan sekalung doa yang dipenuhi rasa cinta yang membuak-buak ini saya hadiahkan untuk encik buah hati saya.




hanya saya je yang mampu


hanya untuk awak

inilah hadiah yang saya mampu bagi



air mata ini mengalir lagi. sebak mengenangkan kenangan hari jadi saya yang awak sambutkan pada 13/04/2011. awak, hanya saya yang sanggup menghadiahkan pasangan saya pada hari jadinya dengan surah yassin dan doa. inilah hadiah yang paling bermakna dan tiada siapa yang pernah menghadihkan serbagini kepada kekasihnya pada hari jadi. saya harap, awak terima dengan gembira.

awak, masihkah awak ingat tentang kenangan kita? kenangan hari jadi saya? apabila saya duduk di stesyen bas keseorangan untuk menyambut birthday saya, tiba-tiba awak datang didepan saya dan menjemput saya. saya rasa macam sebuah magik show. bila masa awak bertolak dari johor? bukan jauh ke? ini suprise bukan?! im in heavent. hari yang penuh dengan keseronokkan. bear yang memegang I LOVE U dan kad yang tercoret U are the One and Only membuatkan taman hati ini dipenuhi dengan bunga.

terima kasih awak. maafkan saya, saya tak dapat memberikan awak hadiah yang istimewa macam awak pernah berikan pada saya itu. yang saya mampu hanya mendokan awak dan menghadiakan surah yassin. saya tak dapat datang mengejutkan awak macam awak bagi pada saya itu yang saya mampu datang di tikar sejadah.

awak, masihkah awak ingat soalan awak pada saya? BOLEHKAH SAYA MENYAMBUT BIRTHDAY SAYA PADA TAHUN INI DENGAN AWAK? dan dengan pantas saya menyjawab BOLEH AWAK. awak bertanya lagi, BOLEHKAH AWAK MENCERIKAN HARI JADI SAYA MACAM SAYA CERIAKAN HARI JADI AWAK? dengan segera saya berkata BOLEH SAYANG. maafkan saya awak. saya tak dapat capaikan apa yang awak nak. hari jadi awak dipenuhi dengan rasa sedih dan diiringi dengan air mata.

awak, tatkala pipi ini sudah dikeringi dengan lirikan air mata. tangan ini mencapai lappy. skpe mula menjelma di skrin. satu noti di skype tertera pada skrin yang menulis 'today is zahin.ahmad birthday'. sebak nye hati ini. air mata yang tadi puas saya keringkan kini mengalir semula. awak, kata kan pada saya yang awak sedang menunggu saya dah awak sedang memandang saya. katakan awak..katakan dengan tenang. awak, menggigil jari ini untuk menekan keyboard.


sebak tengok benda ni

kita makan sama-sama ye.. saya order dgn nama awak

awak, pada hari yang sungguh bermakna ini berikan lah saya satu kejutan. semoga saya lebih kuat. awak, semoga roh awak dicucuri rahmat dan awak berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

untuk selamanya..


SELAMAT HARI JADI SAYANG
-AL FATEHAH BUAT
MU AHMAD ZAHINUDDIN-

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk