BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 9 December 2011

angel saya adalah doktor saya

salam,


ye..ye.. esok birthday awak. saya tahu tu. seminggu dah saya buat persediaan. awak, pemilik darah AB ke A? sakit lagi...masa bio praktikum check saya darah A+. Tapi, masa hari tu check saya darah AB. macam ada kesilapan besar je dekat sini. AB kot,cuma Anti-B saya tak nak bergumpal je. awak, saya sakit lagi. tiap bulan saya sakit. dah tiga bulan awak tinggalkan saya. cuba awak check dua entry yang lain-lain bulan ni lepas awak tinggalkan saya. sini dan disini.


tengok, A+.. hari tu AB.. tu..tu..yang B tu dia mcam nak bergumpal jugak.. gumpalan yang dekat A dan D pun sangat lemah



kan? betul tak.. awak, 2 hari saya duduk bilik. bosan sangat-sangat. awak, dulu awaklah angel saya yang akan jaga saya. sekarang, angel saya dah tak da. awak, thanx ye. nanti saya pun akan jadik angel awak dekat syurga nanti. awak, save kan satu tempat untuk saya jadi angel awak. itu pun, jika awak masih ingatkan kewujudan saya dalam hidup awak. awak, telinga saya masih sakit. bengkak. kalau lah angel saya masih hidup. kerana angel saya adalah doktor saya.awak, saya sangat tak puas hati dengan layanan doktor disini. nanti dekat sana saya cerita. awak, datang lah doktor saya.


angel saya sedang menjaga saya yang  sakit



baju busuk jadik teman (bibir pucat)



kene makan ubat. nanti angel sedih




awak, result dah dapat. maafkan saya kerana result saya tak dapat nak banggakan awak. awak, bagi lah saya semangat saya balik, bagi lah saya kekutan saya balik. awak angel saya, datang lah untuk untuk berikan saya kekuatan. insyallah lepas ni saya akan buat sebaik mungkin supaya dapat membanggakan awak.

awak, esok birthday awak. 10/11/2011 genaplah awak 18. hay! kita dah sama umur.. kalau tak, awak adik dan saya kakak. comel je nak jadik adik. ye adik~. tak! awak adalah angel saya.
awak, nak sambut dengan awak bole birthday awak esok?
esok saya postkan ye hadiah awak dekat blog dan atas sejadah. suprise! so, entry esok adalah entry air mata.

awak, mulianya birthday awak. dulu awak kata, awak lahir 10/12/1993..dan menara yang di america tu kena langgar 11/12/1993 fuh! tarikh keramat. esok pun ada tarikh keramat lagi awak. 10/12/1993 pada 6 petang sampai 10 malam terjadinya gerhana bulan yang paling lama. last paling lama masa tahun 1957. wow! tarikh keramat lagi esok.

awak, macam mama saya kata. awak ni macam somthing yang amazing. kewujudan awak dalam hidup saya pun awak amazing. dalam famly saya pun amazing. awak masuk SAS pun amazing. awak hidup pun amazing. nama awak pun amazing. kematian awak pun amazing. kubur awak pun amazing. semuanya amazing. banyak sangat. dan awak selalu kata yang tu adalah magik. tak! itu adalah qada' dan qadar sayang.

awak, saya pun nak jadik amazing macam awak. ajarkan saya. datanglah ketika saya sedang solat dan datangla ketika saya sedang tidur my angel. ajarkan saya setiap langkahnya agar saya mengikut jejaknya.

awak, bak kata kawan saya yang hidup ini tak kan indah jika tiada masa lampau dan hidup ini tak kan indah jika masa lampau itu tidak dapat diubah dengan masa depan.

so, segala ajaran yang awak buat saya sedang mengikutnya. sungguh awal saya menidurkan mata, dan sungguh awal saya mengejutkan mata. memaksa diri untuk bangun seawal 4pagi untuk solat dan belajar.

awak, moga apa yang mahu saya sampaikan ini, sampai pada awak.







al-fatehah kepada ahmad zahinuddin

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk