BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 31 December 2011

stoooopppp!!! 2011!!

salam,


2011!!! hari ni hari terakhir untuk tahun 2011. kita dah tak akan jumpa 2011 lepas ni. please, i need someone that has magiction yang boleh frezz kan 2011. terlampau banyak kenangan yang tak boleh dan tak perlu saya lupakan tahun 2011. 


jika ia nya masih ingin kehadapan juga, tolong berhentikan kenangan saya. maka, berhentilah nafas ini. saya tak mampu untuk melihat tahun hadapan.


apabila orang lain bertanya bila arwah meninggal? saya akan menjawab 4 sept 2011? 2011? ya Allah! lama tu awak. tolong lah awak, saya ni manusia biasa yang tak tahu apa-apa. kenangan awak, ajaran awak banyak sangat-sangat. 


awak, ingat tak awak yang selalu ajak saya tahajud malam-malam. sebab saya selalu kata saya selalu migrane. dalam tahajud itu awak suruh berdoa. alhamdulillah awak, saya dah tak migrane macam selalu


awak, ingat tak awak pernah berkata pada saya. saya kan selalu jugak free hair. awak kata, boleh tak mahkota perempuan itu hanya untuk awak sahaja? tak salah kan? dan hari terakhir awak, awak hadiahkan saya tudung.


awak, awak ingat tak awak pernah berjanji dengan saya. jika kita bertunang nanti, awak nak bawak kedua ibu bapa awak, saya dan kedua ibu bapa saya ke mekah untuk umrah. awak nak ajak kami beristikharah di sana. 


awak, saya selalu kata yang kadang-kadang saya rasa takut dan rasa ada yang ekori saya. Dengan tenang awak mengajak saya membaca yassin. tenang sungguh hati saya memandang kalimah Allah itu awak. 


kenangan 2011 dengan awak.


-chat dengan awak
-confrnce dengan awak and kak nadia
-confrnce dengan awak and amin
-skpe dengan awak
-dating dengan awak
-lepak tepi tasik
-pg warta
-pg mines
-pg alamanda
-pg mydin
-pg hantar armin
-pg jalan-jalan dgn mekna
-pg hatar mama ke hospital
-pg merayap 1 putrajaya
-pg beli baju awak
-pg nilai
-pg kl
-pg seremban
-pg ice room
-pg bank
-makan ice cream macflurry strawberry (we love this)
-tengok wayang. (saya je tengok, awak tidur)


* ya Allah banyak sangat kenangan saya dengan awak. tolong, saya nak 2011 je boleh?


awak, saya tengok cerita ombak rindu.(tengok lepas download) lambat sikit tengok coz sibuk. awak, saya melalak.
awak, boleh tak lagu ombak rindu tu saya nak nyanyi untuk awak? boleh lah. saya nak nyanyi khas untuk awak.




awak, hari ni saya outing. ye, outing dengan roomate saya.
awak kenalkan roomate saya? kami tengok wayang cerita lawak.
untuk tutup kejap kenangan 2011. tapi kejap je awak, lepas tu saya ingat balik. macam mana ni?












tada!! kfc...



awak, saya pegi nangis dulu ye. selamat malam



(al fatehah buat ahmad zahinuddin)



Thursday, 29 December 2011

therapy..py

salam,




# anis dah hantar story book dan dah kena rejek pun
# anis dah hantar video dan dah kena rejek pun


*rasa macam tak berbaloi korbankan masa tidur dan di akhiri degan rejek shop..




mata ini makin lama makin mahu shut down. kesejukan yang menusuk didalam lecture hall dan mata muka sembam angkara tiap malam tidur pukul 4 pagi membuatkan hari-hari yang saya lalui semakin mendung dan tidak berjiwa.


bukan sengaja perlakuan itu dibuat, atas sebab kesibukan yang dihadapi untuk mengakhiri tahun 2011. tahun 2012 semakin mendatang. 


orang kata, tahun baru buka buku baru dan tutup buku lama. tapi, kalau saya nak buka dan tak nak tutup-tutup buku lama boleh tak awak? biar lah kenangan awak dengan saya di situ dan tiada siapa pun yang mampu untuk menutupnya walau sesaat pun. awak, saya kan kuat. awak yang kata tadi. awak, sekuat-kuat fizikal saya ini, hati ini ibarat taman bunga yang apabila badai melanda, musnah lah segalanya. sukar untuk bunga-bunga itu mekar sekian buat kalinya.


awak tajuk di atas ada saya menulis tentang therapy. ye awak, saya buat therapy. bukan therapy ikan yang gigit-gigit tu.
saya buat therapy memnyibukkan diri. saya buat bisness dah sekarang ni. dan, ye saya masuk lagi aktiviti lawan-lawan cakap.
saya nak sibukkan diri supaya setiap saat yang dipenuhi dengan kengan awak, dapat saya sisipkan.


awak, saya masih tercari-cari suatu benda yang hilang dan sudah lama saya tidak kelihatannya.ye awak, saya mencari kunci pintu hati ini. di manakah awak? di mana kunci itu? izinkan kah awak membuka pintu hati saya ini untuk orang lain memasuki dan menghuninya?


saya tahu kunci hati yang sudah lama awak miliki itu masih dalam gengaman awak. simpan lah wahai kekasih hati. rapatkan pintu hati ini. hiasikanlah hati ini. hunikanlah hati ini sepenuh jiwa awak. rawatilah robekan-robekan yang pernah saya buat. jagalah hati ini dengan sebaik mungkin agar hati ini sentiasa ingin mendekati dengan Allah














(al-fatehah buat ahmad zahinuddin)

Sunday, 25 December 2011

children story book for donation

salam,


(no jiwang-jiwang macam novel)




ye..ye.. anis tao ni entry yang kedua buat hari ini.
nak cerita sikit.. taktak banyak. anis masuk 1 pertandingan ni. pertandingan cari gula dalam tepung. eh! bukan! anis masuk pertandingan buat buku untuk kanak-kanak lah. ha! ni baru betul.


buku ni akan di donate kepada anak-anak yatim. yang ni yang anis nak. anis nak donate barang pada anak-anak yatim. tu je matlamat asalnya. hadiah? anis tatao sebab tu bukan tujuan sebenar. dalam sebulan je kami kena fikir pasal buat buku ni. lukisan mesti dari tangan no computer, picasa, adobe bagai-bagai ok.


ni kerja kumpulan, nak buat solo pun tak pe. tak marah nya makcik. minimum 1 kumpulan sorang, dah kalau takda orang sapa pulak nak buat buku tu. dan maximum 3 orang. so, anis ambil tengah-tengah. 2 orang!. yes! selamat, anis dengan sue yang buat.


ni lah buku yang dah 100% siap. dah tak boleh nak edit dah.









TADA!!











ahaha..siap ada gambar kami lagi...






so? so? comel tak? sue lukis, anis warna. wish me luck ok






tak lupa..
(al-fatehah to ahmad zahinuddin)

kuatnya hati ini

salam,


sudah lama diri ini tidak menekan kekunci keyboard yang sangat banyak ini untuk mencoret sebuah entry kepada encik buah hati. atas akibat merajuk dengan encik buah hati di entry bawah. awak, saya dah ok dah. awak pujuk sayakan? thanx awak. walau pun saya tidak dapat mendengar suara awak dan walaupun saya tidak dapat melihat jasad awak, saya boleh rasa yang awak sedang memujuk hati ini.


thanx awak. 


betul kata awak. awak, saya kesian tengok perempuan macam tu yang hanya mengejar bayang-bayang sendiri dan bermain dengan perasaan sendiri. dia je yang sibuk cakap dekat blog dia nak kawen dengan awak. awak ada ke tulis kat blog awak? saya maksudkan publish. takda kan? tentang saya banyak lah. 


thanx awak banyak pujuk hati yang keras ini.

awak, tika diri ini hadir ke rumah, gambaran kewujudan awak bermain dalam kotak fikiran ini. awak, tatkala tangan ini memegang jemari tingkap dan mata ini menunggu ketibaan awak, hati ini mula sebak. kerana selama mana pun saya disitu, sudah pasti awak tidak akan hadir ke rumah saya lagi. air mata sekadar berlinang, susah untuk menitiskan kerana kekuatan, semangat dan roh awak berdamping di sisi saya untuk memberi setinggi galakkan.
awak, bisakah perkara lama berulang kembali?


awak, hamparan cahaya pagi mula menyimbah muka ini. selalu nya saya akan call awak jika awak lambat. sekarang saya perlu call siapa untuk pastikan awak sampai di hadapan saya?


tiap langkah yang saya huraikan di alamanda saya menyimpan sebak di dalam kekuatan. dahulu saya berjalan ke alamanda berpasangan, sekarang kesorangan. melihat setiap pasangan yang seronok dengan pasangannya dan saya hanya menunduk jalan dan tidak mahu memandang kiri mahu pun kanan. saya tidak mahu menangkap segala gambaran-gambaran ketika awak masih hidup dan masih boleh meneman saya. 


saya cuba mengalih pandangan dari kedai wafel itu. tapi tidak boleh. masih kah awak ingat tentang wafel, ice cream dan mashmallow kita? indah sungguh saat itu. tepian tasik jadik singgahan untuk makan wafel yang besar itu bersama. sambil berbincang pasal Q-Net awak. jika saat-saat ini dapat di ulang, pasti hidup ini akan lebih indah. 


dari jauh saya sudah melihat perkataan OLD TOWN WHITE COFFEE.. Ya Allah, terus saya mengalih hala tuju saya. disitu lah kali pertama saya berjumpa awak. awak, tolong bahagiakan diri ini ya.








(al-fatehah to ahmad zahinuddin)

Friday, 16 December 2011

kalau betul, pergilah

salam,

awak, hati ni sakit. hati ni sedih. penat sudah pujuk diri ini untuk berhenti menangis. perlu ke suara ini di tinggikan untuk awak yang sudah tiada? perlu ke diri ini untuk memarahi awak yang sudah tinggalkan saya?

awak, salah ke ape yang hendak saya katakan? jujur kah awak selama dengan saya? awak, saya sangat memahami kejujuran awak. mengapa ada segelintir masyarakat diluar sana yang kejam awak? awak dah tiada. kenapa perlu mereka melibatkan awak? kejam nye mereka awak.

awak, saya yang patut dipersalahkan ke? awak pernah kata dahulu dan awak jugak pernah bertegang dengan saya LELAKI DAN PEREMPUAN TIADA ISTILLAH KAWAN BAIK. Mr. K pon cakap macam tu.. see.. awak punya blog.. pun awak tulis macam tu INI ok awak.. saya dengar kata-kata awak. dan saya percaya pada awak.

tapi, INI, lagi, lagi!! <-- apa ni? cantik? nak kawen? awak!! buat saya nangis. ade lagi <-- awak pergi lah tunggu dia dekat sana. awak kan nak kahwin dengan dia. apa ni awak? bagi tahu saya. kenapa dia macam ni? betul ke awak buat ni? awak pernah kata pada saya. awak tak suka perempuan ni, dia dah ada bf tapi suka mengesel dekat lelaki. tapi, kenapa dia kata yang awak kata awak sayang dia. awak, dia pun kata dia ade bf dan bf dia tau pasal awak, tapi? ape ni semua? apa tentang blog ni?

awak, saya pun dah kuat. saya lagi kenal awak. kenapa dia baru 3 bulan kenal awak dah buat perangai macam ni? siapa dia awak? istimewa sangat ke dia? kalau nak tulis blog tentang awak pun, 1 entry cukup lah.

kawan-kawan perempuan awak yang lain takda pun macam ni. kenapa dia macam ni? kenapa?????


awak, memang (mungkin) rupa kami sama.. tapi, hati kami lain-lain. awak, saya pernah cakap dulu pada awak. kalau awak ingin kan dia, pergilah. sedikit pun saya tidak kecil hati. tapi awak sendiri yang kata tak nak. kenapa perempuan ni over sangat? tolong, saya tak boleh terima.


dia try untuk jadi angel awak, masa awak tinggalkan saya. dia cuba cool down kan saya. manusia klu dah bertopengkan syaitan, tak boleh nak buat apa jugak. 
awak, dia hari tu dia hantar masge dekat saya mengarut-mengarut. saya marah dia pasal perangai dia. salah saya ke awak? hati saya ni sakit. dah ade bf pon, status dia tak habis-habis sedih bila awak takda. always initial zahin in my mind. ape tu awak? 
awak, saya sedih lah macam ni. betul ke apa yang saya baca dan dengar ni?

awak, u in need. banyak benda yang kita perlu bincangkan. awak, saya tak sehabat dia. tapi, kalau betul apa yang diperkatakan. go on. tolong jangan cedara kan hati ini lagi. sudah cukup tercedera dengan kehilangan awak.


awak, yang saya boleh bagi tahu pada awak. saya sangat kecewa. kalau betul apa yang diperkatakan di dalam keseluruhan blog dia tu. saya sedih awak.



awak, saya kan lagi kenal sayang saya. saya lagi percaya awak. (try to be cool)





* maaf saya tag blog anda. saya sangat geram dan sedih dengan perangai anda.


anis, ini hanya segelintir ujian allah. allah ingin kan kamu untuk lebih kuat.






(al-fatehah buat mu ahmad zahinuddin)

Friday, 9 December 2011

happy birthday sayang

salam,

bismillahirahmannirahim..anis, kuat kan diri untuk menulis sebuah entry yang sangat istimewa pada hari ni.


10/12/2011
salam sayang buat mu arwah ahmad zahinuddin. selamat hari jadi sayang wahai encik buah hati ku. sungguh kaku dan sejuk jari ini untuk mencoret sebuah entry pada hari ini bagi menahan air mata yang sedang menunggu masa untuk menitis.

susah benar mata ini untuk tidur malam tadi kerana tidak sanggup untuk membukanya pada tarikh keramat ini. kiraan 10 hingga 1 sudah di bibir malam tadi. genap jam 12 mulut ini terkeluar pada 1 ayat 'Selamat Ulang Tahun yang ke 18 sayang'. air mata ini mula menitis dan dada ini sakit menahan sebak. dimanakah sayang saya? hari jadi, kenapa saya tidak menelifon awak dan wish awak? kerana, yang akan mengangkat ganggangan fon awak itu bukan lah awak yang bernama buah hati saya, tetapi adik perempuan awak.

jam telah saya kuncikan bagi mengejut mata ini. seawal 4 pagi nyaringan jam sudah berbunyi. badan yang masih ingin melekat pada tilam ini saya cuba untuk bingkaskan. kesejukan air wuduk itu mula menyerap pada setiap roma ini. tikar sembahyang mula saya kibaskan dan telekung mula saya sarungkan.
solat hajat pembuka pagi ini. pagi yang penuh bermakna. senaskah surah yassin dan sekalung doa yang dipenuhi rasa cinta yang membuak-buak ini saya hadiahkan untuk encik buah hati saya.




hanya saya je yang mampu


hanya untuk awak

inilah hadiah yang saya mampu bagi



air mata ini mengalir lagi. sebak mengenangkan kenangan hari jadi saya yang awak sambutkan pada 13/04/2011. awak, hanya saya yang sanggup menghadiahkan pasangan saya pada hari jadinya dengan surah yassin dan doa. inilah hadiah yang paling bermakna dan tiada siapa yang pernah menghadihkan serbagini kepada kekasihnya pada hari jadi. saya harap, awak terima dengan gembira.

awak, masihkah awak ingat tentang kenangan kita? kenangan hari jadi saya? apabila saya duduk di stesyen bas keseorangan untuk menyambut birthday saya, tiba-tiba awak datang didepan saya dan menjemput saya. saya rasa macam sebuah magik show. bila masa awak bertolak dari johor? bukan jauh ke? ini suprise bukan?! im in heavent. hari yang penuh dengan keseronokkan. bear yang memegang I LOVE U dan kad yang tercoret U are the One and Only membuatkan taman hati ini dipenuhi dengan bunga.

terima kasih awak. maafkan saya, saya tak dapat memberikan awak hadiah yang istimewa macam awak pernah berikan pada saya itu. yang saya mampu hanya mendokan awak dan menghadiakan surah yassin. saya tak dapat datang mengejutkan awak macam awak bagi pada saya itu yang saya mampu datang di tikar sejadah.

awak, masihkah awak ingat soalan awak pada saya? BOLEHKAH SAYA MENYAMBUT BIRTHDAY SAYA PADA TAHUN INI DENGAN AWAK? dan dengan pantas saya menyjawab BOLEH AWAK. awak bertanya lagi, BOLEHKAH AWAK MENCERIKAN HARI JADI SAYA MACAM SAYA CERIAKAN HARI JADI AWAK? dengan segera saya berkata BOLEH SAYANG. maafkan saya awak. saya tak dapat capaikan apa yang awak nak. hari jadi awak dipenuhi dengan rasa sedih dan diiringi dengan air mata.

awak, tatkala pipi ini sudah dikeringi dengan lirikan air mata. tangan ini mencapai lappy. skpe mula menjelma di skrin. satu noti di skype tertera pada skrin yang menulis 'today is zahin.ahmad birthday'. sebak nye hati ini. air mata yang tadi puas saya keringkan kini mengalir semula. awak, kata kan pada saya yang awak sedang menunggu saya dah awak sedang memandang saya. katakan awak..katakan dengan tenang. awak, menggigil jari ini untuk menekan keyboard.


sebak tengok benda ni

kita makan sama-sama ye.. saya order dgn nama awak

awak, pada hari yang sungguh bermakna ini berikan lah saya satu kejutan. semoga saya lebih kuat. awak, semoga roh awak dicucuri rahmat dan awak berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

untuk selamanya..


SELAMAT HARI JADI SAYANG
-AL FATEHAH BUAT
MU AHMAD ZAHINUDDIN-

angel saya adalah doktor saya

salam,


ye..ye.. esok birthday awak. saya tahu tu. seminggu dah saya buat persediaan. awak, pemilik darah AB ke A? sakit lagi...masa bio praktikum check saya darah A+. Tapi, masa hari tu check saya darah AB. macam ada kesilapan besar je dekat sini. AB kot,cuma Anti-B saya tak nak bergumpal je. awak, saya sakit lagi. tiap bulan saya sakit. dah tiga bulan awak tinggalkan saya. cuba awak check dua entry yang lain-lain bulan ni lepas awak tinggalkan saya. sini dan disini.


tengok, A+.. hari tu AB.. tu..tu..yang B tu dia mcam nak bergumpal jugak.. gumpalan yang dekat A dan D pun sangat lemah



kan? betul tak.. awak, 2 hari saya duduk bilik. bosan sangat-sangat. awak, dulu awaklah angel saya yang akan jaga saya. sekarang, angel saya dah tak da. awak, thanx ye. nanti saya pun akan jadik angel awak dekat syurga nanti. awak, save kan satu tempat untuk saya jadi angel awak. itu pun, jika awak masih ingatkan kewujudan saya dalam hidup awak. awak, telinga saya masih sakit. bengkak. kalau lah angel saya masih hidup. kerana angel saya adalah doktor saya.awak, saya sangat tak puas hati dengan layanan doktor disini. nanti dekat sana saya cerita. awak, datang lah doktor saya.


angel saya sedang menjaga saya yang  sakit



baju busuk jadik teman (bibir pucat)



kene makan ubat. nanti angel sedih




awak, result dah dapat. maafkan saya kerana result saya tak dapat nak banggakan awak. awak, bagi lah saya semangat saya balik, bagi lah saya kekutan saya balik. awak angel saya, datang lah untuk untuk berikan saya kekuatan. insyallah lepas ni saya akan buat sebaik mungkin supaya dapat membanggakan awak.

awak, esok birthday awak. 10/11/2011 genaplah awak 18. hay! kita dah sama umur.. kalau tak, awak adik dan saya kakak. comel je nak jadik adik. ye adik~. tak! awak adalah angel saya.
awak, nak sambut dengan awak bole birthday awak esok?
esok saya postkan ye hadiah awak dekat blog dan atas sejadah. suprise! so, entry esok adalah entry air mata.

awak, mulianya birthday awak. dulu awak kata, awak lahir 10/12/1993..dan menara yang di america tu kena langgar 11/12/1993 fuh! tarikh keramat. esok pun ada tarikh keramat lagi awak. 10/12/1993 pada 6 petang sampai 10 malam terjadinya gerhana bulan yang paling lama. last paling lama masa tahun 1957. wow! tarikh keramat lagi esok.

awak, macam mama saya kata. awak ni macam somthing yang amazing. kewujudan awak dalam hidup saya pun awak amazing. dalam famly saya pun amazing. awak masuk SAS pun amazing. awak hidup pun amazing. nama awak pun amazing. kematian awak pun amazing. kubur awak pun amazing. semuanya amazing. banyak sangat. dan awak selalu kata yang tu adalah magik. tak! itu adalah qada' dan qadar sayang.

awak, saya pun nak jadik amazing macam awak. ajarkan saya. datanglah ketika saya sedang solat dan datangla ketika saya sedang tidur my angel. ajarkan saya setiap langkahnya agar saya mengikut jejaknya.

awak, bak kata kawan saya yang hidup ini tak kan indah jika tiada masa lampau dan hidup ini tak kan indah jika masa lampau itu tidak dapat diubah dengan masa depan.

so, segala ajaran yang awak buat saya sedang mengikutnya. sungguh awal saya menidurkan mata, dan sungguh awal saya mengejutkan mata. memaksa diri untuk bangun seawal 4pagi untuk solat dan belajar.

awak, moga apa yang mahu saya sampaikan ini, sampai pada awak.







al-fatehah kepada ahmad zahinuddin

Sunday, 4 December 2011

sayang, dah tiga bulan dah..

salam,

hari ni genap lah 3 bulan awak tinggalkan saya.
sekejap? tak.. dah lama sangat-sangat. saya rasakan bertapa seksa nye macam awak pernah cakap dekat saya. di tinggalkan selama 6 tahun itu sangat perit. ye awak, perit sangat-sangat. tapi, saya dapat rasa kan perit saya lain dari yang lain. sebab perit saya tak sama yang macam awak cuba jangka kan itu. perit saya tak dapat text awak, tak dapat call awak, tak dapat tengok muka awak dah. yang tinggal hanya makam awak dan kenangan-kenangan awak.

sudah menjadi lumrah, surah yassin tak pernah lekang selepas solat maghrib dan surah al-fatehah tak pernah lepas selepas waktu solat. tu saja yang saya dapat buat bagi tunjukkan sayang saya terhadap awak. moga roh awak di cucuri rahmat, kubur awak diterangi nur dan awak di tempatkan kepada orang yang beriman.

awak, penat sudah untuk saya menangih. sedang lagi di duga, yang pergi itu tak kan lagi kembali. Ya Rabbi kuatkan hambamu ini.. hambamu ini dalam kelemasan. dalam kelemahan.

awak, mata ni sakit, mata ni pedih bila ada yang menduga hati ini. awak, walaupun awak dah tiada, dia cuba menagih cinta awak. awak, dia tahu yang awak lagi sayang kan saya. kenapa perlu dia buat saya macam ni? awak, saya perlukan awak sekarang. banyak benda saya nak mengadu dan cerita pada awak. saya tak tahan untuk di duga.

awak, terima kasih.. inilah cinta mati awak. yang pernah awak kata pada saya tu.. iaitu cinta sampai mati. thanx awak. saya sangat hargainya..



(al-fatehah to ahmad zahinuddin)

Saturday, 3 December 2011

lagu untuk ku dan untuk mu

salam,

aik? asal anis rajin sangat menulis ni? sebab saya rindu awak lah encik buah hati saya.. encik ahmad zahinuddin. awak, saya rindu awak sangat-sangat.. saya cemburu tengok kawan-kawan saya texting, dating, calling with there boyfriend. yes! tu lah paling heavent buat age kita ni kan? saya pun nak juga bole? tapi, buah hati saya dah takda dekat bumi ni.tuhan lagi sayangkan dia dari diri ini.mungkin, cinta kami tidak sekuat cinta kamu semua. sayang yang saya limpahkan kepadanya tidak sehebat sayang tuhan kepada nya. jadi, sayangilah buah hati anda (termasuk fmly ye.. buah hati itu) selagi mereka masih bernafas, selagi anda boleh melihat jasad nye. jangan lah sesekali anda menyakikan hatinya, taburkan lah segala keindahan pada setiap sisipan masa nye, agar hari-hari nya akan sentiasa indah apabila anda di samping nya.
anda mungkin akan menyesal sangat-sangat bila anda jadi macam saya. apabila orang yang kita sayang dah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. yang kita mampu cuma menitiskan airmata, apabila melihat orang yang kita sayang dikafankan depan mata kita sendiri. hembusan nafas yang mungkin pernah kita rasa itu sudah tiada lagi. suara nya, gelak tawa nya.. sudah tiada. yang cuma tinggal desiran angin yang membawa seribu satu erti dan sebuah makam bagi mengingatinya yang pernah wujud dalam hidup kita.

awak, orang pernah berkata. kalau sayang, cubit-cubitkan. kalau sayang, tinggal-tinggalkan. jadi, awak tinggalkan saya ni, bererti awak sayangkan saya?

awak, ada suara yang bertanya. kenapa saya panggil buah hati saya, dengan panggilan awak saya? ke? memang saja-saja je untuk dalam blog or malu? hoho, tak..tak. kami memamang panggil awak saya pun. kat luar pun macam tu. macam lagi comel kot. geli lah nak ber'sayang', bby, B, papa, mama.. bukan ape, tah lah. rasa macam lagi ok kot. lagi selesa. awak, kita selalu kata, yang kita adalah buah hati, kita adalah kawan baik, kita adalah segalanya kan-kan? so, panggilan paling sesuai ialah awak dan saya.
so, ianya takda kaitan dengan apa pun. dulu lagi lah, siap nak panggil aku kau event dah taken. pelik kan? saya yang baik hati ni lah yang mengubahnya. macam kasar lah pulak. kalau setakat bercakap dengan kawan lelaki boleh lah. so, terjawablah soalan panggilan awak saya dalam blog dan di luar.

awak,
lepas sembahyang tadi, saya terlelap sekejap di tikar sembahyang. mungkin kepenatan menangis merindui awak. puas saya mengadu yang saya merindui awak sangat-sangat. itu je yang saya mampu buat. apabila saya celik mata tersedar dari terlelap saya nampak kelibat awak berjubah putih dan berserban lalu tersenyum ke arah saya. awak, saya tengok je awak. dan awak terus hilang. awak pegi mana? awak, saya nak ikut!tunggu saya! saya dah penat cakap saya rindu awak. saya dah penat kata saya nak jumpa awak. tak kan sekilas itu je yang saya dapat. dengan bingkas saya terus duduk dan menyebut "subhanallah" 
walaupun hanya seketika, terubat juga luka merinduai awak selama ini. terima kasih 'Ya Allah'.

masa saya nak bukak lappy saya ni, tiba-tiba terdengar dari telinga saya satu lagu. awak hantar dekat saya ke? awak yang nyanyi ke? thanx awak. tapi saya sedih dengar setia bait-bait kata itu..





Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini
Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya
Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa





awak, lagu ni untuk saya ke? kenapa sedih sangat? awak... =(

awak, saya pun nak ikut awak. saya nak juga tinggalkan bumi ini di usia muda. awak, lagu ni saya dedicate untuk awak pulak..boleh tak?





If I die young bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song
oh oh oh oh

Lord make me a rainbow, I’ll shine down on my mother
She’ll know I’m safe with you when she stands under my colors, oh and
Life ain’t always what you think it ought to be, no
ain’t even grey, but she buries her baby
The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time
If I die young bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song
The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time
And I’ll be wearing white when I come into your kingdom
I’m as green as the ring on my little cold finger
I’ve never known the lovin’ of a man
But it sure felt nice when he was holding my hand
There’s a boy here in town says he’ll love me forever
Who would have thought forever could be severed by
The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time
So put on your best boys and I’ll wear my pearls
What I never did is done
A penny for my thoughts, oh no I’ll sell them for a dollar
They’re worth so much more after I’m a goner
And maybe then you’ll hear the words I been singin’
Funny when you’re dead how people start listenin’
If I die young bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song
oh oh
The ballad of a dove
Go with peace and love
Gather up your tears, keep ‘em in your pocket
Save them for a time when your really gonna need ‘em oh
The sharp knife of a short life, well
I’ve had just enough time
So put on your best boys and I’ll wear my pearls









tapi, awak dah pergi dulu. macam mana ni??
 

 
awak,
dah lama saya simpan bende ni. sory x bg tao awak. masa awak meninggal tu.. hari saya balik kolej balik, ring saya hilang. emas yang saya tunjuk dekat awak tu. yang awak suka sangat tu. sorry, lambat bagi tao. jangan marah. saya mengadu kat adik awak siap nangis-nangis. saya tak perasan. awak amik ke? awak bawak pergi sekali ye? kalau ye, nanti kita jumpe, awak bagi tao saya ye. ye, kita akan jumpe nanti. kalau saya sanggup untuk tunggu awak 6 tahun awak ke mesir.. awak tak kan tak sanggup tunggu saya. awak, tunggu saya ye. jemput saya ke syurga. assalamualaikum awak.





(al-fatehah kepada ahmad zahinuddin)


 




Thursday, 1 December 2011

sudah tahun baru, bila nak carik pakwe baru?

salam,

lama tak update? bole lah.. sibuk kot..kelas sampai petang. nanti start malam pun ada kelas..
sebab apa saya update? yes!! tepat sekali. sebab saya dah tak tahan rindu awak. tau..tau je awak ni. :)

kejam celik..kejam celik kejap je dah masuk tahun baru..dah masuk bulan 12 pun.. kalau dah kawen, mahu dah ada anak sorang pun. rasa macam tak nak berganjak dari sweet 18 yang awak buat untuk saya. dah lama jugak saya kenal awak kan? since saya sick(six) teen years old.
life must go on.. dah lama awak tinggalkan saya. rindunya dekat awak. awak rindu saya tak? hari-hari nak tidur saya akan peluk baju busuk awak tu.. baju yang tak basuh awak bagi. tapi, dah hilang lah bau dia awak. 
awak, ingat tak dulu say kata apa? kalau baju tu dah takda bau awak, saya nak awak pakai baju tu dan lari 1 padang smpai baju tu kuyup basah dengan peluh awak. kalau tak, lari lagi. lepas tu awak senyum dan gelak-gelak. awak kata dekat saya mana boleh, nanti busuk sangat. huhu nak busuk tu.. boleh teman saya tidur. awak, you in need. saya nak awak lari pakai baju tu sampai kuyup please.

ni lah baju first saya jumpa awak. dan ni lah baju busuk awak tu.
(first capture on the first date.. muke nak comel je)



 

sekarang awak dah takda. awak dah tak mampu nak lari dan kuyupkan baju busuk awak tu dengan peluh awak. awak, hari tu saya jalan-jalan and saya terjumpa minyak wangi yang awak pakai tu. sama bau dia. nanti saya beli ye. saya spray kat baju awak tu. biar ada bau awak lagi. walaupun takda bau busuk peluh, dapat bau minyak wangi yang awak selalu pakai pun jadiklah. biarlah orang kata saya buang tebiat.

awak, saya sekarang dah sibuk sangat-sangat. penat sangat-sangat. dulu kalau awak ada, masa saya sibuk-sibuk macam ni, awak mesti merajuk, nangis (ok..mengada). sebab apa? ye.. sebab saya tak text awak, tak layan awak dan saya akan matikan phone. yes!! awak akan mengadu pada mama saya. (hish! mengada). dan mama akan call saya suruh on phone..and bla..bla..bla.. (comel je mengadu dekat mama saya) sekarang saya lagi sibuk, kalau lah awak ada. mesti mau meraung awak. Allah tu maha kuasa.

ha!! tapi..tapi..tapi..saya pulak nak meraung sekarang. sebab saya penat. penat yang ter amat sangat. dulu kalau awak ada, awak akan layan.. think macam mana nak hilngkan penat saya. buat lawak sampai saya lupa istillah penat kat skype. I NEED YOU AHMAD ZAHINUDDIN. sekarang penat, yang saya mampu menghadap yassin sedekah untuk awak supaya dapat hilng penat dan rindu, berdoa supaya awak jugak rindu saya sambil meraung. biar awak ingat saya je. saya tak nak share-share. and blogging macam ni. hilang jugak penat saya bila type-type. sebab blog = kita = permulaan = cinta = perkenalan = suka dan duka = rindu = anis dan zahin property. saya harap awak baca. saya tau, awak mesti baca blog saya walaupun awak dekat sana. awak kat stalker terhebat saya.

awak, saya nak mengadu.. huhuhuhuh... bla..bla..bla.. saya tak suka orang ni.. benci..benci..huhuhuh.. awak, please saya nak jumpa awak. tuhan, bagi saya jumpa sayang saya. saya rindu dia. saya nak luahkan stress saya dekat dia. dia je yang faham saya. dia je yang boleh baca hati saya. dapat jumpa dalam mimpi pun jadiklah. saya dah penat untuk mengumpul masalah ni. ya allah, ni dah jadik bebanan apabila masalah di kumpul. saya tak reti nak cerita dekat orang. kecuali encik buah hati saya ni. izinkan saya meminjamkan nya buat seketika.

awak, saya nak mengadu lagi..(asik nak mengadu je..biar lah.. blog ni bukan untuk anda. ni saya nak post supaya encik buah hati saya dapat membacanya.) awak, hari ni masuk bulan 12.. awak, lagi 10 hari birthday awak. awak! saya nak sambut birthday awak macam awak sambut birthday saya. kan awak pernah mintak dulu nak sambut birthday awak dengan saya dulu. saya kata boleh.. boleh lah awak. awak yang kata tak boleh. kenapa awak kata tak boleh? please tell me..why? awak dah tau ke, yang kita dah tak akan jumpa lagi? lagi 7 hari kita smbut anny kita.. huhu nak sambut dengan awak macam selalu.
awak, hari ni saya pakai baju raya.. baju yang sama dengan awak tu. tu tanda..hari ni masuk bulan 12.. bulan happy awak. sekarang dah tak happy dah.

awak, tengok tajuk tu..kejam kan? yes! sangat kejam. malam tadi tegah-tengah buat kerja. ada budak masuk bilik saya.. (mmber MGS) dia tanya saya.."tahun baru dah masuk, bila nak carik pakwe baru?" awak..saya mampu senyum dengan sinis je.. dalam hati ni meraung-raung dia kata macam tu. mulut ni rasa macam nak terkeluar.. "pernah makan kaki manusia tak?" tapi tak tercakap. sebab awak tak ajar saya cakap dengan orang kurang ajar macam tu.
awak, saya taken oleh ahmad zahinuddin lah...
awak, saya tak suka perempuan yang dulu saya cakap kat awak tu.. sekarang dia buat hal lagi.. entah-entah dia yang hack fb awak. awak!! saya nak jumpa awak!!! banyak benda mau cerita.. banyak benda mau mengadu..  =(



<3<3<3 zahin sayang anis sorang je


(Al-Fatehah to Ahmad Zahinuddin)



energy save

jenguk-jenguk