BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 14 November 2011

yang di namakan kawan.. -alif fitri-

salam,

apa-apa pun kena hadap tuan besar dulu ye..
 (al-fatehah kepada ahmad zahinuddin)

kepada pembaca yang sudi membaca.. thanks a lot. topik hari ni topik yang takda untuk menagih air mata para pembaca. so, anda boleh simpan air mata anda untuk entry yang seterusnya.

apa guna berjanji, kalau tidak di tepati.
so, for first of all..
saya nak memperkenalkan model baru kita.. Kuala Pilah's next top model!! eh..tak..tak.. saya nak memperkenalkan seorang kawan baik saya. saya pernah buat entry macam ni.. tapi untuk akak angkat saya, now untuk kawan saya pulak. untuk awak? hari-hari saya tulis. malah, siap tulis dalam jurnal and hati ni lagi. jangan jeles ye. 1 entry je untuk dia.

now, lets story!
anda pernah ada kawan tak? ada kawan tak? ada tak?! hish!! mesti ada kan.so, macam tulah diri ini. ramai orang tak percaya pada friend for ever. sebab..sebab..sebab.. kawan ni, masa kita senang, memang ramai lah kan. tapi, masa kita susah.. masa friend in need!! fuh~~ sorang pun tak dapat di kesan. malahan boleh lagi di tanya, saya kenal anda ke? memang hangin lah kan kalau macam gitu gamaknya..

dia pun macam tu jugak -_-" eh..tak..tak.. dia tak macam tu. dia seorang kawan yang superb! He is cool man. (macam iklan cool box pulak). Memang cool, bila duduk sebelah dia. Sebab anda akan rasa cool takut kene lepuk.

so, saya kenal dia.. kenal ke? tao dia. since saya darjah 6. tu pun sebab sekelas. sumpah tak kenal dia. dia pengawas, jadi menonjol lah juga bila berbaju biru tu. dia seorang yang sangat pendiam. kalau bukan pengawas, agak nye tenggelam terus watak dia dalam kelas tu. wujud ke manusia ni? tah-tah dah lama wujud. saya je tatao kewujudannya.

dia admire saya.. sory bob pecah rahsia.. eh! tak..tak.. beb..hoho since saya darjah 5 lagi. Ha! kan dah kata. manusia ni wujud dah lama. saya je yang tatao. di sebabkan masa darjah 6 tu hormon ketinggian saya yang tidak menentu. kadang-kadang saya tinggi, kadang-kadang saya terbantut.. fine~ pendek. so..so.. saya pernah kena duduk sebelah manusia itu (jangan nak senyum sorang-sorang)

masa tu tatao lagi dia admire diri yang comot ni. masa duduk je, asal dengan mamat sebelah ni? pandang pelik je. asal dia takut semacam? muka saya  ada macam rimau nak sambar orang ke? aik? asal muka dia PINK? ish! tersengeh-sengeh macam kerang busuk pulak. baru menang lotri apekah?

saya, tak berapa nak rapat sangat dengan guys. paling-paling pun rapat dengan anak-anak cikgu (seangkatan) amsyar and hazim.
lagi pun, guys dalam kelas tu agak berpuak.

kalau saya tak silap lah, puak si alep ni izwan, faiz,lotfan, azreen(betul ke nama dia) yang pasti anak rahmat.

saya mula kenal dia bila habis UPSR. masa ni, puak alep ni mula buat puaka. saya lah mangsa puakanya.

(aktiviti puaka yang di ketuai Alif Fitri B. Kamil Rafizan)

- ada yang main massge (masa tu jahil lagi, layan je orang-orang tak kenal)

- beg diselongkar

- barang-barang dalam fail peribadi di curi

- minyak wangi (body shop) di main satu kelas

- gambar depan fail peribadi di curi

- slip pra UPSR di curi (masih di tangan alep)

- phone contac yang comel di conteng

puaka tak kerja mereka? yang kena puaka nya saya lah. sedih kot. rasa macam nak nangis je masa tu. tapi cool je. bila balik je rumah.. ha! ayah~~ (anak ayah lah kata kan)

dia ingat tulah cara yang terbaik untuk takel saya..n 1 more, dia rapat dengan mum.. sory lah..saya anak ayah. hehe and mum saya pun masih ingat dia sampai sekarang. i say man~~ -_-"

bila dah matang sekarang, benda tu dah jadi bahan ketawa kita orang.

dia seorang kawan yang baik. bila saya susah or senang, dia sentiasa ada. tapi saya tak! bila saya susah saya cari dia, bila saya senang saya lupakan dia.
jahat betul kawan anda ni. ni bukan kawan namanya.


inilah yang di namakan kawan. kawan yang membantu dikala susah dan senang kita. bukan kawan yang hanya ingin mengambil kesempatan. so, siapa nak kawan dengan dia? meh..meh.. acik jual sekilo rm6. hehe gurau je. makcik-makcik, ini lah calon hantu manantu yang terbaik. 

tapi, secool-cool dia ni. belum pernah lagi seorang wanita yang dapat membuka pintu hati dia yang puaka menawan. ada juga niat untuk menduga. tapi, saya tak sekejam itu.




tuan punya badan..


cuba lah, mungkin akan ada yang lebiha baik dari diri ini. kerana diri ini hanya layak di gelar seorang kawan.


terima kasih sebab jadi kawan saya.
dia lah manusia yang teman saya sekarang ni apabila saya belajar sampai lewat malam. dia lah manusia yang akan bagi saya nasihat dan galakkan apabila saya terasa kerdil. dia lah manusia yang mendengar segala luahan saya apabila arwah sudah tiada untuk mendengarnya.

saya masih ingat dan akan tetap ingat tentang peristiwa yang dia tidak mahu menjadi kawan saya. apabila arwah dan dia bertekak. arwah mulai tidak puas hati apabila awek dia dijaga oleh kawan lelaki dan kawan lelaki sangat mengambil berat tentang aweknya tatkala diri nya masih wujud dan bernafas. dia pernah mengajukan yang dia tak nak berkawan dengan saya. arwah berkata, macam kanak-kanak kerana menggunakan erti tak nak kawan. kawan tiada istillah tak nak kawan, kawan tiada isillah merajuk. biar lah ianya menjadi satu kenangan.

yang saya tahu, saya dah jumpa kawan sebenar saya. ini lah yang di namakan FRIEND FOR EVER. Kawan yang pernah kenal erti perit jerih saya. kawan since year 6 kot.. smpai sekarang.

dan pada masa dulu, saya pernah menghilangkan diri. tak hilang mana pun, kat msia tercinta juga. dia sanggup mencari saya balik. jumpa pulak.


sekali lagi, TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI KAWAN SAYA





-pemain kompang/ pengapit bila saya kawin nanati (saya akan kawin ke)
- Wedding planner saya (semua nak conqer, parah lah)

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk