BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 4 November 2011

sayang, dah dua bulan dah..

salam

(al-fatihah kepada Ahmad Zahinuddin Bin Patah Raji)


Sayang, dah dua bulan awak tinggalkan saya dan kami semua. saya rasa bukan 2 bulan lah awak..dah macam dua tahun saya tak dapat cakap dengan awak, skype dengan awak, jumpa awak.. awak, awak rasa tak apa yang saya rasakan sekarang ni? awak rasa tak?
awak, saya rindu awak.. rindu sangat-sangat..

awak, dulu kalau saya cakap saya rindu awak. awak akan balas, yang awak pun rindu saya jugak. sekarang saya cakap saya rindu awak sampai habis air liur saya pun, saya dah tak akan dapat dengar suara awak langsung. dulu, ada lagi pengubat rindu ni.. kalau rindu, kita akan buat-buat gaduh supaya saya always dapat dengar awak pujuk saya, kita akan skype, call, txt, jumpe. tu lah pengubat rindu kita. tu semua tinggal kenangan awak. saya dah takda sapa-sapa dah..

kemana hilangnya pemilik tulang rusuk ini sayang?

sayang, roomate saya dah mangli dah. sepanjang awak takda. saya cuma menutup kesedihan dengan senyuman sahaja. ketawa yang dibuat-buat. semuanya tak ikhlas. saya tak nak menyusahkan orang. saya tak nak orang sekeliling saya sedih, sebab saya. biarlah saya rasa sorang-sorang. tiap hari, lepas saya sembahyang magrib. saya akan baca yassin.. lepas baca yassin, saya akan nangis sepuas hati saya. kadang-kadang sampai terbaring-baring dekat sejadah saya menangis. saya rasa, dengan cara tu je saya dapat luahkan rindu saya, sedih saya. sebab, time tu saya paling dekat dengan tuhan, dan saya tahu.. awak ada di samping tuhan.

sayang, hati ni meronta-ronta, menjerit-jerit supaya saya dapat lepaskan rindu saya ni. supaya saya dapat jumpa awak lagi.
orang sekeliling saya cukup marah bila saya kata, saya nak mati sekarang. saya rindu awak. awak, tolong lah dengar luahan hati kecil saya ni, saya rindu awak.

sayang, tadi saya pegi seremban dengan mama n mekna. saya tak sanggup nak tengok orang excident. saya takut. saya trauma awak.
tadi, saya kelaur dari toilt, ada lelaki tu tanya saya. 'muke sedih je, kenapa?' saya cuma senyum je.
nampak sangat ke saya tengah sedih awak? awak, dia tak tahu awak, hati ni maraung-raung.

(mengadu pada sayang saya)
sayang, saya baru lepas exam. exam susah. SUSAH!!.. kalau awak dengar saya kata susah macam ni, awak mesti kata.. exam tu tak susah, cuma saya je malas belajar and saya tatao nak jawab.
hmmm.. please, i need my spirt back.

sayang, saya baru sampai rumah semalam. Alhamdulillah selamat. Dulu, sampai je KL sentral, saya akan call awak dulu. Semalam, terbuat macam tu jugak. tapi, takda orang angkat. kenapa awak tak angkat? saya lupa, yang awak dah takda.
saya ingat, saya tak nak balik awak. saya takut, saya akan nangis je balik nanti. tapi, apakan daya. 2 minggu cuti sem. lama tu awak!! mahu saya nangis hari-hari.

sayang, dulu awak lah paling excited bila saya balik. awak orang paling berkobar. macam-macam plan awak dah buat. merayap aja. saya balik je, awak mesti datang rumah saya and kita pegi jalan-jalan. nak macam tu lagi bole? hmm..sekarang dah tak da. dah tak da orang yang excited bila saya balik. dah tak da orang yang nak tunggu saya balik.

sayang, dalam bas semalam saya lapar and bosan. pada siapa yang pelu saya mengadu? siapa yang perlu teman saya? sayang saya dah tak da...
masuk je rumah semalam, saya terdiam. naik bilik je, air mata saya dah berlinang. rumah ni terlampau penuh dengan kenangan awak buat.

hari ni je, saya penuhkan masa saya dengan kemas rumah semua. esok tatao macam mana. hmmmm... tolong!!! saya rindu nak skype dengan awak!!

awak, tadi saya skype dengan adik awak yang cantik tu. dia guna account awak. saya bagi dia password awak semua.
mekna kata muka dia macam awak. tak!! sayang saya lagi comel.
lepas jugak rindu saya. dah lama saya tak tengok zahin.ahmad is online. dapat jugak saya tengok tadi. awak, saya siap sembang lagi dengan ibu awak. best.. awak jeles ke? jangan lah macam tu, nanti kita jumpa, kita sembang dengan ibu awak ye.


2 bulan umpama 2 tahun..2 dekat..2 abad.. bukan 2 jam mahu pun 2 minit dan 2 saat.


anis rindu zahin sangat-sangat

comel je.. buaikan untuk saya.. nak lagi!!!

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk