BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 22 November 2011

saya hanya mahukan apa yang awak nak

salam,

sorry dah lama tak update. orang dah mula bertanya, tak update blog lagi ke? bukan tak update, cuma takot nak update. saya tak boleh tengok orang sekeliling saya menangis atas sebab baca blog saya yang tah apa-apa ni.
maafkan saya jika penulisan saya sekadar managih air mata kamu semua.

kini, rutin sudah bermula..
perjalanan hidup saya, saya terpaksa tempuhi walau awak sudah tiada di sisi, walau awak tiada yang menyumbang samangat jati diri.
sem 2 sudah bermula, jika di ikutkan hati, susah untuk memulakan sem baru. detik-detik permulaan sem 1 saya dengan awak masih bermain macam ada real player atas kepala saya ni.
dulu, kita akan tukar-tukar jadual supaya saya tau, bila awak free dan awak tau bila saya free. hari paling best masa tu khamis.. sebab dua-dua terus free lepas pukul 1. time tu lah kita habiskan masa untuk tido, cerita-cerita. saya pegi basuh baju, awak pulak yang kira kan minit-minit dia.

awak, saya rindu awak. ini lah ayat yang akan terkeluar selepas sembahyang. apabila saya menadah doa untuk awak, dengan secara tidak langsung perkataan Ya Allah! aku rindu pada nya. moga dia juga merasakan apa yang aku rasakan. dan moga rindu ini kekal dan tiada kurangnya. benda ni bukan saya reka-reka. mulut ini secara tidak langsung awak. lidah ni dapat membaca hati yang tulus merindui awak.

awak, semalam saya pegi tengok bola lagi dengan su, diana and amira dekat cafe. best awak. tapi, kalau ada awak mesti lagi best.
bila saya nampak apek dekat tv tu..saya ingat awak. ingat tak, dulu kalau kita tengok bola sama-sama, saya akan kata fahmi tu awak. apek and apek. awak apek saya, fahmi apek malaysia.
awak slalu gelak-gelakkan saya, awak kata bila pulak awak masuk padang. fahmi tu tinggi, awak bakal tinggi. awak, malaysia menang lawan indon.. sudah patah sayap garuda.


ramai pulak..


with su and diana


bila malaysia dapat jaringkan gol..



senyuman menunggu msg awak yang penuh kesabaran


awak, hari ni saya buat satu benda yang jahat? jahat ke? tak kan? nakal sikit je.
tadi, masa lecture saya rindu sangat-sangat kat awak. sebab lecture last pukul 4-5 tu ngntuk gila. slalu awak lah yang akan bangunkan saya supaya saya tak ngntuk time tu. fikiran saya dekat awak je, yang dekat depan tu masuk lah jugak. tiba-tiba perut yang tak makan tengah hari ni berbunyik. saya tanya su, nak makan apa ye hari ni? lepas tu, saya tanya diri saya balik. awak dah makan ke? awak lapa tak? awak nak makan dengan saya macam dulu tak? awak nak buka dengan saya tak? saya ambil phone, saya terus type

nasi goreng paprik
(bunggkus- 5pm)(zahin)

ke no pakcik cafe

lepas tu, habis je lacture saya pegi cafe and order bnde yang sama tapi atas nama saya. saya tengok, terbungkus 2 nasi goreng paprik 1 atas nama zahin dan 1 lagi atas nama saya. saya terus ambil nasi yang atas nama saya dan bayar. dengan harapan, kejap lagi awak akan datang ambil nasi tu dan makan sama-sama. awak, jahat ke saya? maaf  pakcik cafe. saya rindu zahin saya sangat-sangat. saya takut kalau dia tak makan. awak, saya makan tadi dalam sebak. tatao kenapa. maafkan saya awak. awak mesti tak suka apa yang say buat ni kan? saya tao.

awak, awak ingat lagi tak? awak pernah cerita pada saya. awak kata, awak nak sangat-sangat kita satu Uni nanti. awak nak sangat saya pegi mesir dengan awak. belajar dengan awak.(mampu ke saya sehebat awak?). awak kata, nanti awak nak belikan saya makanan hari-hari dan bawak dekat 1 tempat. so, bila saya habis kuliah or apa-apa awak just call saya. makanan semua dah terhidang. awak, bestnya. ni lah kenangan saya dengan awak yang masih ada. awak, saya nak macam yang awak rancangkan tu boleh? awak, tadi saya dah belikan awak makanan.. awak pagi lah ambil kat cafe.
(air mata kerinduan mula menitis)

awak, benarkah ini dugaan? tapi, saya masih muda untuk menaggung semua ini.

awak, hari tu saya ada chat dengan kawan awak dekat mesir. saya tanya budak-budak mlaysia sihat? dia kata sihat. awak pun mesti sihatkan.

awak, ubat air mata saya ni cuma mulut yang sering berkata zahin saya ada, dia tengah belajar dekat mesir. dia sibuk. nanti dia dah tak sibuk, dia call lah. jangan risaukan dia, dia sihat.

awak, memang mulut buluh membuat ilusi. tapi, realiti nya tidak awak. zahin saya dah tak da. zahin saya dah meninggal pada 4 sep 2011.

Ya Allah!! pinjamkan ku ketabahan Sumayyah agar aku lebih kuat.




salam rindu buat mu..
al fatihah to ahmad zahinuddin

0 comments:

energy save

jenguk-jenguk