BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 7 November 2011

salam sayang buat mu

salam..

maaf kepada pembaca, saya tak mencoret tentang hari raya.
sebab bagi saya, raya dah tiada makna buat saya. apa guna raya kalau duduk dekat hotel and home stay.. apa guna raya kalau makan oder-oder je.. apa guna raya kalau takda lemang dan ketupat. so, tahun ni, raya di rumah dan sembahyang raya dengan Timbln Perdana Menteri je ye..

sayang,
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada tuhan yang memberi saya kekuatan dan keupayaan untuk saya menjejakkan kaki melawat pusara mu buat kali yang ke-2.
Awak, hati ni berat nak melangkah masuk ke kawasan tanah perkuburan itu. tapi, saya cuba gagahkan juga. saya cuba melawan perasaan itu. demi awak. saya fikirkan kalau tidak, bila lagi? dah sampai, mesti! diri ni meronta-ronta ingin berjumpa awak. tapi awak di mana? kenapa awak di tanam? awak, tanah perkuburan tu.. bukan pasir pantai. anis, dont try to be like that. anis comel kan kuat. (ni yang selalu awak kata, nak lagi bole?)

awak, setapak demi setapak saya melangkah. kaki ni macam dipaku je pada jalan tu. awak, dari jauh saya dah nampak 'MAKAM TIGA BERSAUDARA' Ya Allah! Cantik nya! tapi, buat apa ke situ? ada apa? Kan nak jumpa awak, bukan nak pegi ke tanah perkuburan. Hati ni mula kecut kembali bila tangan mama cuba memeluk saya dari berlakang. Langkah saya semakin laju dan menerpa tepian pusara mu. Nama mu dan 3 beradik mu terukir di batu ninsan itu.
Ya Allah!! kuat kan hamba mu ini Ya Allah!! air mata ni sudah mula menjadi kolam, tinggal untuk pecah dan megalir dengan deras sahaja. Mulut ini buat-buat riuh bagi menutup kesedihan yang di hiris-hiris di hati ini.
Alangkah bagusnya aku mempunyai jam pemutar masa, akan ku habis kan saat-saat bersamanya dengan kenagan yang paling terindah agar dia tidak pernah menyesal bersama diri yang hina ini.

sekeping yassin saya sambut dari tanggan ibu. dengan tenang, saya duduk di hujung kaki along dan ayah duduk di hujung kaki awak sayang. dengan harapan kesemua pahala dan kelebihan yassin tu sampai kepada awak dan adik beradik awak. kami sekeluaraga duduk membaca. tatkala sedang membaca, badan ni mula menolak-nolak kepada pusara mu meminta untuk di pertemukan. apakan daya, harapan akan tetap menjadi harapan..

awak, saya mintak maaf sekali lagi. maafkan saya awak, pabila surah yassin ini keluar dari mulut saya, air mata ni mula mengalir dengan laju. Ya allah! hamba mu ini tidak kuat untuk menanggungnya. bantu lah hamba mu ini Ya Allah! mulut membaca tapi, ingatan ni berlegar-legar mengingat semula kenagan dan jasa-jasa awak yang tak akan pernah padam dalam kotak ingatan ini. air mata ni perlahan-lahan saya kesat supaya tidak menitik di atas pusara awak. saya tak nak awak sakit. saya tahu, saya menitiskan air mata macam tu pun awak dah sedih. inikan lagi di titiskan pada pusara awak. maafkan saya awak.

tangan yang menggegam sejuta harapan awak ni, mula menabur bunga-bunga dan air yassin yang di bawa di atas pusara awak. bunga putih itu, mula dipacak kan di setiap hujung kaki. 'kalau tak nak balik boleh tak? hati kecil mula bersuara' berat sunggu untuk diri ini menerima pemergian mu. Ahmad Zahinuddin, jasa mu di kenang. nama mu di julang. selalu menjadi buah mulut kami sekeluarga. apek tak akan hilang.
berat betul diri ini untuk keluar meniggalkan pusara itu. ini bermakna saya akan meniggalkan awak jugak. Ya Allah!! kuat kan hamba mu ini Ya Allah!..

mata ini tak lari dari melihat pusara mu itu. sehingga hilangnya kelibat pusara itu, baru kepala ini menoleh kepada tempat lain. si kecil mula bersuara. 'kenapa along menangis?' si mama membela 'orang yang tiada perasaan je yang tiada rasa sedih dan tidak menangis' jawapan yang penuh dan tiada perlu untuk di soal lagi.

kereta meluru ke rumah awak pulak. awak, kami pegi beraya ke rumah awak. ni yang awak minta kan? saya dah buat dah. ibu awak menuggu dan menyambut kami. Ya Allah! nikmatnya.
senyuman ibu dah menggambarkan segalanya. garang ayah awak yang dahulu pun dah tiada awak. ayah awak dah semakin pendiam. kenapa awak? awak, tu zaid..kawan saya masa awak tengah sembahyang. awak, tu zaid adik awak. kawan awak tengok tv. awak, tu zaid. adik yang awak suka kacau. awak, tu alyn. adik awak yang awak suka menyakat. kenapa ada 2 je? mana lagi 3? mana abang zakwan? mana apek saya? mana adik zarif?

awak, sebelum balik tu, ibu panggil saya. 'anis, ni barang yang zahin pesan' Ya Allah!! air mata ni nak turun laju-laju. tahan anis, tahan!! tangan ini, cuba mengapai. hati ini meronta-ronta ingin membuka beg kertas di tangan ibu itu. ibu mula meleretkan senyumannya. ibu bersuara, 'zahin sayangkan anis, semua barang-barang dia selamat. barang yang dia pesan pun elok lagi.' sehelai selendang merah di tangan ku. hati saya ni mula sebak. kenapa awak buat saya macam ni? fikiran ni mula berfikir. hari-hari terakhir awak dengan saya. awak terkedu pabila saya tidak memakai tudung. awak sedaya upaya menasihatkan saya. kenapa saya degil awak? hari-hari terakhir awak, saya tengah sibuk di luar. awak telefon dan hanya untuk bertanya selendang warna apa yang saya ingin kan? dengan nada yang nak taknak saya menjawab dengan tidak ikhlas. tak kesah pun. merah pun bole. awak carik je warna apa-apa baju nanti saya boleh cari. kenapa saya kejam macam tu awak? cukuplah dengan sehelai selendang itu akan membuat saya kekal memakai tudung. terima kasih awak.pandai buah hati saya carik untuk saya. cantik awak. (saya xpostkan gmbrnya, its zahin and anis properties) awak, nanti kat sana kita jumpa. saya tunjuk kat awak. saya akan pakai awak.

Ya Allah! kuat kan diri ini Ya Allah!!
awak, saya balik dengan penuh senyuman. senyuman yang bila dapat jumpa awak dulu. itulah senyumannya. kalau bole, saya nak pegi jumpa awak hari-hari biar saya dapat senyum macam tu kekal je. bole tak? kenapa jauh sangat?

awak, dimana pemilik tulang rusuk saya ni?


Al-fatehah buat mu Ahmad Zahinuddin



pilu rasa hati ini



air mata mula mengalir..tak sanggup untuk menghadapi


Ya ALLAH!! kuatkan hamba mu ini...




awak, ibu awak...

adik zaid!! sama besar dgn armin yg dajah 2 tu.. (friend)




(pic letak kejap je, khas utk kak mira)
alyn mao lari...



energy save

jenguk-jenguk