BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 13 November 2011

biarkan ia nya menitis

salam,

kepada pembaca blog saya ini,
thank kerana sudi membaca. ini lah segala rintihan yang saya rasa, saya tulis didalam blog. sekurang-kurang apa yang saya rasa ini saya dapat berkongsi dan saya dapat meluahkannya.

ada yang bertanya tentang kenapa tak tulis novel?
saya bukannya penulis yang hebat, sekadar menulis kecil kecilan di dalam blog sahaja. ini sekadar luahan blog kepada encik buah hati saya yang sudah kembali ke ramatullah. bermulanya kisah kami di blog, dan saya akan akhiri segalanya di blog. 

ada yang mengadu menangis dan sedih pabila membaca blog ini, apabila anda baca anda sedih, apabila saya menulis saya alami. jika, mengalir air mata dan terasa sebak di dada itu, apatah lagi saya yang merasakan nya. saya takut untuk menulis lagi. saya takut untuk membuat orang sekeliling saya sedih dan menangis. itulah rintihan saya.

mungkin kisah percintaan anda semua belainan, begitu juga saya yang masih muda lagi sudah di uji oleh Allah.

maafkan saya, dulu penulisan saya di blog agak kolot, saya cuba berubah daripada commnt yang diberi oleh pembaca. thank kerana sudi membaca.


------------------------------------------

salam, (al fatehah buat mu ahmad zahinuddin)



anda kena dengar dulu lagu ni.. macam ni lah yang saya rasa..
dah dengar baru baca..



awak, saya rindukan awak. awak rindukan saya tak? awak saya nak sangat tahu bagai mana awak dekat sana. hati ni meronta-ronta memuja bila pula giliran ku untuk ke sana bertemu awak? awak, pemilik darah AB yang tidak mempunyai antibody ni sering sakit awak. awak sendiri tahu keadaanya. wajib sakit itu lumrah bagi saya. dulu saya pernah berkata pada awak. saya selalu sakit, kalau saya pergi dulu, jaga lah diri awak dan jangan lupakan saya. awak, kenapa lain pula yang jadik nya? saya tak sekuat awak untuk menaggung ini semua.

awak, dulu siapa lagi yang akan paksa saya untuk makan ubt dan paksa saya jika saya terleka untuk makan?? kalau bukan awak ahmad zahinuddin.

masa begitu pantas, saya rasa baru semalam pemergian awak. mata yang di anugrahkan tuhan ini, sudah memahami keadaan hati di dalam ini. air mata yang dikeluarkan sudah puas untuk saya menahan. tak semudah itu awak. jika waktu ini boleh diputarkan semula, akan ku hiasi segala hari-hari awak dengan keindahan.




awak, bila balik cuti sem ni. saya puas menyibukkan diri agar masa yang terluang yang pernah dipenuhi oleh awak dahulu, tidak saya penuhkan dengan tangisan kerinduaan. awak, setiap langkah, setiap pergerakkan saya, awak sentiasa ada di dalam hati saya ini. awak, macam tu jugak saya pada awak di sana ke?

bila pegi jalan-jalan, yang terlintas dalam fikiran saya cuma, saya pernah pegi tempat ni dengan awak dan secara aotomatik kenangan saya dengan awak tu bermain sendiri.

awak, maafkan saya apabila saat saya menitiskan air mata ini lagi. air mata kerinduaan apabila saya terpaksa membaca dan trasfer segala SMS awak ke hp lain. awak, air mata kerinduaan ini mengalir awak. apabila saya membaca text..


'awak,saya dah. bila-bila bole call ckp la.' awak, bole tak saya nak text awak tu lagi.. sekarang jugak saya kata bole. 
'jgn tdo dulu, im wating' awak, 7 hari 7 mlm saya tak tido pon xpe..
'ok awak, lambat mcm mana pun saya tunggu.' awak, awak tunggu saya di syurga ke? apa yang saya buat lambat sgt ni? saya siap sekarang jugak.
'tak bole call?' awak, sekarang jugak bole cal.. lama-lama pun bole.
'nak cal' bole je awak, saya tengah rindu ni..
'awak tengah buat apa tu'.. saya tengah menangis rindukan awak. 'nak awak, tapi awak takda' awak, saya ada sekarang ni..semua untuk awak..
'sampai hati tak layan  saya'.. awak, saya bole layan awak sepenuh masa..
'Ya Allah. Knp ni? tolong la. nak nangis berapa bnyk lg? seksa la.'.. awak, tak usah menangis.. saya akan layan awak sepenuhnya. saya terseksa sekarang pabila rindu awak.
'saya merayu mintak awak angkat. nak cakap skit'.. awak, cal lah saya.. cakap lah banyak-banyak. saya tak akan bising awak membebel lagi. saya rindu awak membebel tu.
'sory awak, saya menangis. takda smgt nak buat apa-apa bila awak takda'..awak, saya pun menagis dan takda smgt bila awak dah takda buat selamanya ni.
'nak awak, on la phone'..awak, phone ni sentiasa on.. saya nak awak.

(bnyk lagi yang saya tak mampu nak tulis)

kalau lah masa ini boleh di putar semula, itu lah jawapan yang akan saya berikan untuk awak.



awak, terlepas juga sikit rindu saya pada awak apabila, intan (kawan) si pemilik title pelajar medic di mesir. awak, dia nak sgt saya ke sana. insyallah awak. saya akan ke sana dan capai cita-cita awak tu. tapi, semangat saya dah takda. bagaimana? nanti saya akan tinggalkan awak di malaysia.. saya taknak tinggalkan awak (ini ayat awak yang selalu awak cakap dekat saya dulu)

awak, mama cerita balik pada saya bahawa masa kemalangan tu..apa yang saya cerita dekat blog hari tu, salah. mama kata along x potong pun kereta tu. along bawak 80-100 km/j saja. kereta cina tu yang keluar dari simpang tanpa lampu terus langgar kereta awak. awak, secara logik akal.. awak tak mati awak. sebab ibu jari kaki awak je yang tersepit. yang lain ok. ayah awak kata, ayah ingat awak pengsan. awak, baru saya mulai kuat bila diberitahu sedemikian rupa. tu ajal. saya baru sedar yang itu bukan kematian biasa. tuhan memang betul-betul sayangkan awak. tapi saya sayang awak juga. bila tuhan kata jadi lah, maka jadilah..siapa sahaja yang bole membantah kata-kata maha agung tu awak?





saya bukan macm ni.. orang yang tiada hati dan perasaan je yang akan cakap macam ni.

awak, saya rindu awak..


2 comments:

EruzuLiyana said...

wah,sedih sgt2,,kuat eh sis~~
semoga anda diberi kekuatan..(:

.:AN!!sVerssionN:. said...

xyah lah sedih2, nnt anis takot nak tulis lagi.. hope fully.. anis xkuat mana.. still dlm trauma. mohon semngat pada arwah tu dapat dikembalikan.

energy save

jenguk-jenguk