BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 22 November 2011

saya hanya mahukan apa yang awak nak

salam,

sorry dah lama tak update. orang dah mula bertanya, tak update blog lagi ke? bukan tak update, cuma takot nak update. saya tak boleh tengok orang sekeliling saya menangis atas sebab baca blog saya yang tah apa-apa ni.
maafkan saya jika penulisan saya sekadar managih air mata kamu semua.

kini, rutin sudah bermula..
perjalanan hidup saya, saya terpaksa tempuhi walau awak sudah tiada di sisi, walau awak tiada yang menyumbang samangat jati diri.
sem 2 sudah bermula, jika di ikutkan hati, susah untuk memulakan sem baru. detik-detik permulaan sem 1 saya dengan awak masih bermain macam ada real player atas kepala saya ni.
dulu, kita akan tukar-tukar jadual supaya saya tau, bila awak free dan awak tau bila saya free. hari paling best masa tu khamis.. sebab dua-dua terus free lepas pukul 1. time tu lah kita habiskan masa untuk tido, cerita-cerita. saya pegi basuh baju, awak pulak yang kira kan minit-minit dia.

awak, saya rindu awak. ini lah ayat yang akan terkeluar selepas sembahyang. apabila saya menadah doa untuk awak, dengan secara tidak langsung perkataan Ya Allah! aku rindu pada nya. moga dia juga merasakan apa yang aku rasakan. dan moga rindu ini kekal dan tiada kurangnya. benda ni bukan saya reka-reka. mulut ini secara tidak langsung awak. lidah ni dapat membaca hati yang tulus merindui awak.

awak, semalam saya pegi tengok bola lagi dengan su, diana and amira dekat cafe. best awak. tapi, kalau ada awak mesti lagi best.
bila saya nampak apek dekat tv tu..saya ingat awak. ingat tak, dulu kalau kita tengok bola sama-sama, saya akan kata fahmi tu awak. apek and apek. awak apek saya, fahmi apek malaysia.
awak slalu gelak-gelakkan saya, awak kata bila pulak awak masuk padang. fahmi tu tinggi, awak bakal tinggi. awak, malaysia menang lawan indon.. sudah patah sayap garuda.


ramai pulak..


with su and diana


bila malaysia dapat jaringkan gol..



senyuman menunggu msg awak yang penuh kesabaran


awak, hari ni saya buat satu benda yang jahat? jahat ke? tak kan? nakal sikit je.
tadi, masa lecture saya rindu sangat-sangat kat awak. sebab lecture last pukul 4-5 tu ngntuk gila. slalu awak lah yang akan bangunkan saya supaya saya tak ngntuk time tu. fikiran saya dekat awak je, yang dekat depan tu masuk lah jugak. tiba-tiba perut yang tak makan tengah hari ni berbunyik. saya tanya su, nak makan apa ye hari ni? lepas tu, saya tanya diri saya balik. awak dah makan ke? awak lapa tak? awak nak makan dengan saya macam dulu tak? awak nak buka dengan saya tak? saya ambil phone, saya terus type

nasi goreng paprik
(bunggkus- 5pm)(zahin)

ke no pakcik cafe

lepas tu, habis je lacture saya pegi cafe and order bnde yang sama tapi atas nama saya. saya tengok, terbungkus 2 nasi goreng paprik 1 atas nama zahin dan 1 lagi atas nama saya. saya terus ambil nasi yang atas nama saya dan bayar. dengan harapan, kejap lagi awak akan datang ambil nasi tu dan makan sama-sama. awak, jahat ke saya? maaf  pakcik cafe. saya rindu zahin saya sangat-sangat. saya takut kalau dia tak makan. awak, saya makan tadi dalam sebak. tatao kenapa. maafkan saya awak. awak mesti tak suka apa yang say buat ni kan? saya tao.

awak, awak ingat lagi tak? awak pernah cerita pada saya. awak kata, awak nak sangat-sangat kita satu Uni nanti. awak nak sangat saya pegi mesir dengan awak. belajar dengan awak.(mampu ke saya sehebat awak?). awak kata, nanti awak nak belikan saya makanan hari-hari dan bawak dekat 1 tempat. so, bila saya habis kuliah or apa-apa awak just call saya. makanan semua dah terhidang. awak, bestnya. ni lah kenangan saya dengan awak yang masih ada. awak, saya nak macam yang awak rancangkan tu boleh? awak, tadi saya dah belikan awak makanan.. awak pagi lah ambil kat cafe.
(air mata kerinduan mula menitis)

awak, benarkah ini dugaan? tapi, saya masih muda untuk menaggung semua ini.

awak, hari tu saya ada chat dengan kawan awak dekat mesir. saya tanya budak-budak mlaysia sihat? dia kata sihat. awak pun mesti sihatkan.

awak, ubat air mata saya ni cuma mulut yang sering berkata zahin saya ada, dia tengah belajar dekat mesir. dia sibuk. nanti dia dah tak sibuk, dia call lah. jangan risaukan dia, dia sihat.

awak, memang mulut buluh membuat ilusi. tapi, realiti nya tidak awak. zahin saya dah tak da. zahin saya dah meninggal pada 4 sep 2011.

Ya Allah!! pinjamkan ku ketabahan Sumayyah agar aku lebih kuat.




salam rindu buat mu..
al fatihah to ahmad zahinuddin

Monday, 14 November 2011

yang di namakan kawan.. -alif fitri-

salam,

apa-apa pun kena hadap tuan besar dulu ye..
 (al-fatehah kepada ahmad zahinuddin)

kepada pembaca yang sudi membaca.. thanks a lot. topik hari ni topik yang takda untuk menagih air mata para pembaca. so, anda boleh simpan air mata anda untuk entry yang seterusnya.

apa guna berjanji, kalau tidak di tepati.
so, for first of all..
saya nak memperkenalkan model baru kita.. Kuala Pilah's next top model!! eh..tak..tak.. saya nak memperkenalkan seorang kawan baik saya. saya pernah buat entry macam ni.. tapi untuk akak angkat saya, now untuk kawan saya pulak. untuk awak? hari-hari saya tulis. malah, siap tulis dalam jurnal and hati ni lagi. jangan jeles ye. 1 entry je untuk dia.

now, lets story!
anda pernah ada kawan tak? ada kawan tak? ada tak?! hish!! mesti ada kan.so, macam tulah diri ini. ramai orang tak percaya pada friend for ever. sebab..sebab..sebab.. kawan ni, masa kita senang, memang ramai lah kan. tapi, masa kita susah.. masa friend in need!! fuh~~ sorang pun tak dapat di kesan. malahan boleh lagi di tanya, saya kenal anda ke? memang hangin lah kan kalau macam gitu gamaknya..

dia pun macam tu jugak -_-" eh..tak..tak.. dia tak macam tu. dia seorang kawan yang superb! He is cool man. (macam iklan cool box pulak). Memang cool, bila duduk sebelah dia. Sebab anda akan rasa cool takut kene lepuk.

so, saya kenal dia.. kenal ke? tao dia. since saya darjah 6. tu pun sebab sekelas. sumpah tak kenal dia. dia pengawas, jadi menonjol lah juga bila berbaju biru tu. dia seorang yang sangat pendiam. kalau bukan pengawas, agak nye tenggelam terus watak dia dalam kelas tu. wujud ke manusia ni? tah-tah dah lama wujud. saya je tatao kewujudannya.

dia admire saya.. sory bob pecah rahsia.. eh! tak..tak.. beb..hoho since saya darjah 5 lagi. Ha! kan dah kata. manusia ni wujud dah lama. saya je yang tatao. di sebabkan masa darjah 6 tu hormon ketinggian saya yang tidak menentu. kadang-kadang saya tinggi, kadang-kadang saya terbantut.. fine~ pendek. so..so.. saya pernah kena duduk sebelah manusia itu (jangan nak senyum sorang-sorang)

masa tu tatao lagi dia admire diri yang comot ni. masa duduk je, asal dengan mamat sebelah ni? pandang pelik je. asal dia takut semacam? muka saya  ada macam rimau nak sambar orang ke? aik? asal muka dia PINK? ish! tersengeh-sengeh macam kerang busuk pulak. baru menang lotri apekah?

saya, tak berapa nak rapat sangat dengan guys. paling-paling pun rapat dengan anak-anak cikgu (seangkatan) amsyar and hazim.
lagi pun, guys dalam kelas tu agak berpuak.

kalau saya tak silap lah, puak si alep ni izwan, faiz,lotfan, azreen(betul ke nama dia) yang pasti anak rahmat.

saya mula kenal dia bila habis UPSR. masa ni, puak alep ni mula buat puaka. saya lah mangsa puakanya.

(aktiviti puaka yang di ketuai Alif Fitri B. Kamil Rafizan)

- ada yang main massge (masa tu jahil lagi, layan je orang-orang tak kenal)

- beg diselongkar

- barang-barang dalam fail peribadi di curi

- minyak wangi (body shop) di main satu kelas

- gambar depan fail peribadi di curi

- slip pra UPSR di curi (masih di tangan alep)

- phone contac yang comel di conteng

puaka tak kerja mereka? yang kena puaka nya saya lah. sedih kot. rasa macam nak nangis je masa tu. tapi cool je. bila balik je rumah.. ha! ayah~~ (anak ayah lah kata kan)

dia ingat tulah cara yang terbaik untuk takel saya..n 1 more, dia rapat dengan mum.. sory lah..saya anak ayah. hehe and mum saya pun masih ingat dia sampai sekarang. i say man~~ -_-"

bila dah matang sekarang, benda tu dah jadi bahan ketawa kita orang.

dia seorang kawan yang baik. bila saya susah or senang, dia sentiasa ada. tapi saya tak! bila saya susah saya cari dia, bila saya senang saya lupakan dia.
jahat betul kawan anda ni. ni bukan kawan namanya.


inilah yang di namakan kawan. kawan yang membantu dikala susah dan senang kita. bukan kawan yang hanya ingin mengambil kesempatan. so, siapa nak kawan dengan dia? meh..meh.. acik jual sekilo rm6. hehe gurau je. makcik-makcik, ini lah calon hantu manantu yang terbaik. 

tapi, secool-cool dia ni. belum pernah lagi seorang wanita yang dapat membuka pintu hati dia yang puaka menawan. ada juga niat untuk menduga. tapi, saya tak sekejam itu.




tuan punya badan..


cuba lah, mungkin akan ada yang lebiha baik dari diri ini. kerana diri ini hanya layak di gelar seorang kawan.


terima kasih sebab jadi kawan saya.
dia lah manusia yang teman saya sekarang ni apabila saya belajar sampai lewat malam. dia lah manusia yang akan bagi saya nasihat dan galakkan apabila saya terasa kerdil. dia lah manusia yang mendengar segala luahan saya apabila arwah sudah tiada untuk mendengarnya.

saya masih ingat dan akan tetap ingat tentang peristiwa yang dia tidak mahu menjadi kawan saya. apabila arwah dan dia bertekak. arwah mulai tidak puas hati apabila awek dia dijaga oleh kawan lelaki dan kawan lelaki sangat mengambil berat tentang aweknya tatkala diri nya masih wujud dan bernafas. dia pernah mengajukan yang dia tak nak berkawan dengan saya. arwah berkata, macam kanak-kanak kerana menggunakan erti tak nak kawan. kawan tiada istillah tak nak kawan, kawan tiada isillah merajuk. biar lah ianya menjadi satu kenangan.

yang saya tahu, saya dah jumpa kawan sebenar saya. ini lah yang di namakan FRIEND FOR EVER. Kawan yang pernah kenal erti perit jerih saya. kawan since year 6 kot.. smpai sekarang.

dan pada masa dulu, saya pernah menghilangkan diri. tak hilang mana pun, kat msia tercinta juga. dia sanggup mencari saya balik. jumpa pulak.


sekali lagi, TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI KAWAN SAYA





-pemain kompang/ pengapit bila saya kawin nanati (saya akan kawin ke)
- Wedding planner saya (semua nak conqer, parah lah)

Sunday, 13 November 2011

biarkan ia nya menitis

salam,

kepada pembaca blog saya ini,
thank kerana sudi membaca. ini lah segala rintihan yang saya rasa, saya tulis didalam blog. sekurang-kurang apa yang saya rasa ini saya dapat berkongsi dan saya dapat meluahkannya.

ada yang bertanya tentang kenapa tak tulis novel?
saya bukannya penulis yang hebat, sekadar menulis kecil kecilan di dalam blog sahaja. ini sekadar luahan blog kepada encik buah hati saya yang sudah kembali ke ramatullah. bermulanya kisah kami di blog, dan saya akan akhiri segalanya di blog. 

ada yang mengadu menangis dan sedih pabila membaca blog ini, apabila anda baca anda sedih, apabila saya menulis saya alami. jika, mengalir air mata dan terasa sebak di dada itu, apatah lagi saya yang merasakan nya. saya takut untuk menulis lagi. saya takut untuk membuat orang sekeliling saya sedih dan menangis. itulah rintihan saya.

mungkin kisah percintaan anda semua belainan, begitu juga saya yang masih muda lagi sudah di uji oleh Allah.

maafkan saya, dulu penulisan saya di blog agak kolot, saya cuba berubah daripada commnt yang diberi oleh pembaca. thank kerana sudi membaca.


------------------------------------------

salam, (al fatehah buat mu ahmad zahinuddin)



anda kena dengar dulu lagu ni.. macam ni lah yang saya rasa..
dah dengar baru baca..



awak, saya rindukan awak. awak rindukan saya tak? awak saya nak sangat tahu bagai mana awak dekat sana. hati ni meronta-ronta memuja bila pula giliran ku untuk ke sana bertemu awak? awak, pemilik darah AB yang tidak mempunyai antibody ni sering sakit awak. awak sendiri tahu keadaanya. wajib sakit itu lumrah bagi saya. dulu saya pernah berkata pada awak. saya selalu sakit, kalau saya pergi dulu, jaga lah diri awak dan jangan lupakan saya. awak, kenapa lain pula yang jadik nya? saya tak sekuat awak untuk menaggung ini semua.

awak, dulu siapa lagi yang akan paksa saya untuk makan ubt dan paksa saya jika saya terleka untuk makan?? kalau bukan awak ahmad zahinuddin.

masa begitu pantas, saya rasa baru semalam pemergian awak. mata yang di anugrahkan tuhan ini, sudah memahami keadaan hati di dalam ini. air mata yang dikeluarkan sudah puas untuk saya menahan. tak semudah itu awak. jika waktu ini boleh diputarkan semula, akan ku hiasi segala hari-hari awak dengan keindahan.




awak, bila balik cuti sem ni. saya puas menyibukkan diri agar masa yang terluang yang pernah dipenuhi oleh awak dahulu, tidak saya penuhkan dengan tangisan kerinduaan. awak, setiap langkah, setiap pergerakkan saya, awak sentiasa ada di dalam hati saya ini. awak, macam tu jugak saya pada awak di sana ke?

bila pegi jalan-jalan, yang terlintas dalam fikiran saya cuma, saya pernah pegi tempat ni dengan awak dan secara aotomatik kenangan saya dengan awak tu bermain sendiri.

awak, maafkan saya apabila saat saya menitiskan air mata ini lagi. air mata kerinduaan apabila saya terpaksa membaca dan trasfer segala SMS awak ke hp lain. awak, air mata kerinduaan ini mengalir awak. apabila saya membaca text..


'awak,saya dah. bila-bila bole call ckp la.' awak, bole tak saya nak text awak tu lagi.. sekarang jugak saya kata bole. 
'jgn tdo dulu, im wating' awak, 7 hari 7 mlm saya tak tido pon xpe..
'ok awak, lambat mcm mana pun saya tunggu.' awak, awak tunggu saya di syurga ke? apa yang saya buat lambat sgt ni? saya siap sekarang jugak.
'tak bole call?' awak, sekarang jugak bole cal.. lama-lama pun bole.
'nak cal' bole je awak, saya tengah rindu ni..
'awak tengah buat apa tu'.. saya tengah menangis rindukan awak. 'nak awak, tapi awak takda' awak, saya ada sekarang ni..semua untuk awak..
'sampai hati tak layan  saya'.. awak, saya bole layan awak sepenuh masa..
'Ya Allah. Knp ni? tolong la. nak nangis berapa bnyk lg? seksa la.'.. awak, tak usah menangis.. saya akan layan awak sepenuhnya. saya terseksa sekarang pabila rindu awak.
'saya merayu mintak awak angkat. nak cakap skit'.. awak, cal lah saya.. cakap lah banyak-banyak. saya tak akan bising awak membebel lagi. saya rindu awak membebel tu.
'sory awak, saya menangis. takda smgt nak buat apa-apa bila awak takda'..awak, saya pun menagis dan takda smgt bila awak dah takda buat selamanya ni.
'nak awak, on la phone'..awak, phone ni sentiasa on.. saya nak awak.

(bnyk lagi yang saya tak mampu nak tulis)

kalau lah masa ini boleh di putar semula, itu lah jawapan yang akan saya berikan untuk awak.



awak, terlepas juga sikit rindu saya pada awak apabila, intan (kawan) si pemilik title pelajar medic di mesir. awak, dia nak sgt saya ke sana. insyallah awak. saya akan ke sana dan capai cita-cita awak tu. tapi, semangat saya dah takda. bagaimana? nanti saya akan tinggalkan awak di malaysia.. saya taknak tinggalkan awak (ini ayat awak yang selalu awak cakap dekat saya dulu)

awak, mama cerita balik pada saya bahawa masa kemalangan tu..apa yang saya cerita dekat blog hari tu, salah. mama kata along x potong pun kereta tu. along bawak 80-100 km/j saja. kereta cina tu yang keluar dari simpang tanpa lampu terus langgar kereta awak. awak, secara logik akal.. awak tak mati awak. sebab ibu jari kaki awak je yang tersepit. yang lain ok. ayah awak kata, ayah ingat awak pengsan. awak, baru saya mulai kuat bila diberitahu sedemikian rupa. tu ajal. saya baru sedar yang itu bukan kematian biasa. tuhan memang betul-betul sayangkan awak. tapi saya sayang awak juga. bila tuhan kata jadi lah, maka jadilah..siapa sahaja yang bole membantah kata-kata maha agung tu awak?





saya bukan macm ni.. orang yang tiada hati dan perasaan je yang akan cakap macam ni.

awak, saya rindu awak..


Wednesday, 9 November 2011

jangan lah jelous

salam,

today, ill try to smile back. HERE! berjaya.. berjaya sekadar pura-pura nak buat apa?

hampir tiap hari, nama awak mesti menjadi pembuka bicara.
awak, kami tak boleh lupakan awak. apatah lagi saya ni awak.

awak, saya dah lama perasan benda ni. tapi, tak tahu lah orang lain. muka kita macam ada iras-iras. awak percaya tak?


awak pun nak gemuk macam saya?

tadi, keluar dengan mama.. ha!! kan dah buakak cerita pasal awak lagi. mama said, yang muka saya dengan awak ada iras-iras. mama tak nafikan.

alyn adik awak pun kata macam tu. kawan-kawan dia pun! she ask me, bila dia letak gambar kita kat meja dia. ramai yang puji kita sepadan. sama cantik dan sama padan (perasan n kembang jap saya).
hmm, ramai jugak kawan-kawan alyn minat dekat awak. nak jelous siket bole?

orang kata, kalau muka ada iras-iras makna nya ada jodoh. jodoh nya panjang.

awak, muka kita dah iras. mana jodoh kita tu? kenapa jodoh kita tak panjang? kenapa awak? kenapa berhenti di tengah jalan sahaja?
jawab lah.. (anis, ni qada dan qadar. ni takdir. jodoh dan kematian semua di tangan tuhan. kita tak boleh dengar orang kata)

awak, tadi saya dengan mama pegi satu tempat. tempat tu adalah tempat last kita keluar berdua. tempat yang kita pegi beli baju ibu awak. awak belikan saya barang-barang nak masuk matrik.
awak ingat tak? sampai je dalam tempat tu, saya senyum sorang-sorang. dah macam orang gila kejap. saya teringat semua kenangan kita di situ.
tempat awak park kereta, awak main-main. siap buat tekejut-tejeut lagi kat saya. macam budak-budak je. cubit karang. awak ingat tak lagi? awak, kenangan tu, ingatan itu masih segar dan akan tetap segar.


(al-fatehah buat mu Ahmad Zahinuddin)

di tag oleh Kak Mira ku sayang

salam,
sory, maybe hari ini kene post 2 entry. 1 for kak mira and 1 more about my sweet heart. Lets, mejawab tag ape bende tah..maklumlah orang frst kne tag..

Rules of the game :
1. You must post this rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. 
   And create eleven new question for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their pages and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back.
11 thing about my self:
(bnyak nye...)
1. Nama diberi Amalina Raihanis binti Mohamed Norazaman yang bermaksud lanjut usia dan teman yang setia.
2. anak sulung dari 4 beradik.
3. mempunyai masalah kurang berat badan dan chubby di pipi.. -_-"
4. seorang yang cuba untuk menjadi kuat apabila kematian buah hati.. (trauma lagi)
5. pelajar matrikulasi GOPENG!! kami bangge menjadi rakyat Doreyann~~
6. seorang yang cuba menyambung cita-cita kekasih hatinya untuk menjadi doktr..
7. yang ada lesen kereta and motor (kak mira! mark ni ok.hahaha)
8. berpegang pada moto, The winner never quit, The quitter never win
9. Budak yang pemalas dan degil nak makan ubat sampai kene marah baru nak makan ubat..
10. Budak wajib sakit tiap bulan
11. SAYA SEORANG BUDAK YANG COMEL.


soalan yang kene jawab..

1. 5 benda yang wajib korang bawak kalau hangout
-Phone (of course!!)
-Dompet yang ada duit
-gambar buah hati..walaupn orgnya dah tiada
-lip balm
-perfume/ cologne

2. Korang sayang kawan-kawan tak? Kenapa?

Mestilah. saya ni seorang yang penyayang tau..haha perasan. Sebab mereka adalah segalanya. lagi-lagi duduk dekat kolej, famly jauh.. nak call 24jam memang tak lah kan. so, kawan-kawan lah tempat luahan bila encik buah hati dah tiada


3. Describe sikit about kawan baik korang. Siapa nama dia?

seorang yang sangat care dan penyayang tetang diri ini dan adik beradiknya. walau pun pernah kene marah dengan encik buah hati dulu. sangat penyabar. seorang yang pandai. seorang yang setia. Seorang yang sangat romatik dan pernah menyanyikan lagu twikle away pada saya. nama? BOB (bukan nama sebenar)

4. Kenangan terindah yang korang pernah lalui

Merayap berdua dengan encik buah hati sambil encik buah hati buat lawak sepontan..

5.  kalau korang cuma ada duit seringgit, apa yang korang akan buat dengan duit tu?

ada seringgit? beli benih sayur.. tanam sayur.. dapat sayur, jual!! baru dapat lebih dari seringgit.

6. binatang yang korang suka?

binatang? ok.. agak geli. paling suka swan. dia umpama sepasang kekasih yang sangat romatik.

7. kalau di beri peluang, korang nak pergi mana? kenapa? (dalam dunia ni je)

nak ke Mesir. Nak sambung cita-cita encik buah hati dan cita-cita dia untuk pegi ke  sana.

8. korang paling suka zaman kanak2 or sekarang? kenapa?

sekarang. dapat berfikir dengan lebih waras. dapat menguragkan beban ibu bapa (kot).

9. hadiah paling korang suka?

bear dari encik buah hati, jurnal dari mama dan bantal busuk dari nenek.

10. Korang rasa Mira macam mana? (jujur)

kak Mira seorang yang sangat kuat. Seorang yang tabah. comel.. tapi, saya lagi comel

11. agak2 apa nasihat korang untuk mira?

nasihat untuk kak mira kita, be a strong women! adik tao, akak lagi kuat dari adik. pick it up, move forward. Think positive, stay positive.

saya mao tag...
- Kak nadia
- Intan Nur Amirah
- Syiqin Hadi
- Shahira
- kak Najihah
- Amalia Rahaina
- Mama saya
- Eza
- kak Rehana
- Wawa
- nurul atiqah

Kepada yang tak sengaja di tag.. sila lah jawab..
1. 3 perkara yang dihajat kan, tapi belum tercapai
2. 5 sebab korang buat blog
3. moto hidup anda
4. 5 jenis lelaki yang anda tak suka
6. jika diberi jam pemutar masa, anda nak putar waktu bila dan kenapa?
7. 10 benda yang paling anda sayang
8. 10 kehebatan anda
9. perkara yang anda paling menyesal anda lakukan dan kenapa.
10. cerita serba sedikit tentang peng 'tag' yang anda tahu.
11. nasihat dan kata-kata akhir untuk peng 'tag'
terima kasih~~~~

(no. 5 nye xda..so, 10 soaln je.. di tembak oleh kak jeeha.. so, 10 je ye.. senang kire~~)

Monday, 7 November 2011

salam sayang buat mu

salam..

maaf kepada pembaca, saya tak mencoret tentang hari raya.
sebab bagi saya, raya dah tiada makna buat saya. apa guna raya kalau duduk dekat hotel and home stay.. apa guna raya kalau makan oder-oder je.. apa guna raya kalau takda lemang dan ketupat. so, tahun ni, raya di rumah dan sembahyang raya dengan Timbln Perdana Menteri je ye..

sayang,
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada tuhan yang memberi saya kekuatan dan keupayaan untuk saya menjejakkan kaki melawat pusara mu buat kali yang ke-2.
Awak, hati ni berat nak melangkah masuk ke kawasan tanah perkuburan itu. tapi, saya cuba gagahkan juga. saya cuba melawan perasaan itu. demi awak. saya fikirkan kalau tidak, bila lagi? dah sampai, mesti! diri ni meronta-ronta ingin berjumpa awak. tapi awak di mana? kenapa awak di tanam? awak, tanah perkuburan tu.. bukan pasir pantai. anis, dont try to be like that. anis comel kan kuat. (ni yang selalu awak kata, nak lagi bole?)

awak, setapak demi setapak saya melangkah. kaki ni macam dipaku je pada jalan tu. awak, dari jauh saya dah nampak 'MAKAM TIGA BERSAUDARA' Ya Allah! Cantik nya! tapi, buat apa ke situ? ada apa? Kan nak jumpa awak, bukan nak pegi ke tanah perkuburan. Hati ni mula kecut kembali bila tangan mama cuba memeluk saya dari berlakang. Langkah saya semakin laju dan menerpa tepian pusara mu. Nama mu dan 3 beradik mu terukir di batu ninsan itu.
Ya Allah!! kuat kan hamba mu ini Ya Allah!! air mata ni sudah mula menjadi kolam, tinggal untuk pecah dan megalir dengan deras sahaja. Mulut ini buat-buat riuh bagi menutup kesedihan yang di hiris-hiris di hati ini.
Alangkah bagusnya aku mempunyai jam pemutar masa, akan ku habis kan saat-saat bersamanya dengan kenagan yang paling terindah agar dia tidak pernah menyesal bersama diri yang hina ini.

sekeping yassin saya sambut dari tanggan ibu. dengan tenang, saya duduk di hujung kaki along dan ayah duduk di hujung kaki awak sayang. dengan harapan kesemua pahala dan kelebihan yassin tu sampai kepada awak dan adik beradik awak. kami sekeluaraga duduk membaca. tatkala sedang membaca, badan ni mula menolak-nolak kepada pusara mu meminta untuk di pertemukan. apakan daya, harapan akan tetap menjadi harapan..

awak, saya mintak maaf sekali lagi. maafkan saya awak, pabila surah yassin ini keluar dari mulut saya, air mata ni mula mengalir dengan laju. Ya allah! hamba mu ini tidak kuat untuk menanggungnya. bantu lah hamba mu ini Ya Allah! mulut membaca tapi, ingatan ni berlegar-legar mengingat semula kenagan dan jasa-jasa awak yang tak akan pernah padam dalam kotak ingatan ini. air mata ni perlahan-lahan saya kesat supaya tidak menitik di atas pusara awak. saya tak nak awak sakit. saya tahu, saya menitiskan air mata macam tu pun awak dah sedih. inikan lagi di titiskan pada pusara awak. maafkan saya awak.

tangan yang menggegam sejuta harapan awak ni, mula menabur bunga-bunga dan air yassin yang di bawa di atas pusara awak. bunga putih itu, mula dipacak kan di setiap hujung kaki. 'kalau tak nak balik boleh tak? hati kecil mula bersuara' berat sunggu untuk diri ini menerima pemergian mu. Ahmad Zahinuddin, jasa mu di kenang. nama mu di julang. selalu menjadi buah mulut kami sekeluarga. apek tak akan hilang.
berat betul diri ini untuk keluar meniggalkan pusara itu. ini bermakna saya akan meniggalkan awak jugak. Ya Allah!! kuat kan hamba mu ini Ya Allah!..

mata ini tak lari dari melihat pusara mu itu. sehingga hilangnya kelibat pusara itu, baru kepala ini menoleh kepada tempat lain. si kecil mula bersuara. 'kenapa along menangis?' si mama membela 'orang yang tiada perasaan je yang tiada rasa sedih dan tidak menangis' jawapan yang penuh dan tiada perlu untuk di soal lagi.

kereta meluru ke rumah awak pulak. awak, kami pegi beraya ke rumah awak. ni yang awak minta kan? saya dah buat dah. ibu awak menuggu dan menyambut kami. Ya Allah! nikmatnya.
senyuman ibu dah menggambarkan segalanya. garang ayah awak yang dahulu pun dah tiada awak. ayah awak dah semakin pendiam. kenapa awak? awak, tu zaid..kawan saya masa awak tengah sembahyang. awak, tu zaid adik awak. kawan awak tengok tv. awak, tu zaid. adik yang awak suka kacau. awak, tu alyn. adik awak yang awak suka menyakat. kenapa ada 2 je? mana lagi 3? mana abang zakwan? mana apek saya? mana adik zarif?

awak, sebelum balik tu, ibu panggil saya. 'anis, ni barang yang zahin pesan' Ya Allah!! air mata ni nak turun laju-laju. tahan anis, tahan!! tangan ini, cuba mengapai. hati ini meronta-ronta ingin membuka beg kertas di tangan ibu itu. ibu mula meleretkan senyumannya. ibu bersuara, 'zahin sayangkan anis, semua barang-barang dia selamat. barang yang dia pesan pun elok lagi.' sehelai selendang merah di tangan ku. hati saya ni mula sebak. kenapa awak buat saya macam ni? fikiran ni mula berfikir. hari-hari terakhir awak dengan saya. awak terkedu pabila saya tidak memakai tudung. awak sedaya upaya menasihatkan saya. kenapa saya degil awak? hari-hari terakhir awak, saya tengah sibuk di luar. awak telefon dan hanya untuk bertanya selendang warna apa yang saya ingin kan? dengan nada yang nak taknak saya menjawab dengan tidak ikhlas. tak kesah pun. merah pun bole. awak carik je warna apa-apa baju nanti saya boleh cari. kenapa saya kejam macam tu awak? cukuplah dengan sehelai selendang itu akan membuat saya kekal memakai tudung. terima kasih awak.pandai buah hati saya carik untuk saya. cantik awak. (saya xpostkan gmbrnya, its zahin and anis properties) awak, nanti kat sana kita jumpa. saya tunjuk kat awak. saya akan pakai awak.

Ya Allah! kuat kan diri ini Ya Allah!!
awak, saya balik dengan penuh senyuman. senyuman yang bila dapat jumpa awak dulu. itulah senyumannya. kalau bole, saya nak pegi jumpa awak hari-hari biar saya dapat senyum macam tu kekal je. bole tak? kenapa jauh sangat?

awak, dimana pemilik tulang rusuk saya ni?


Al-fatehah buat mu Ahmad Zahinuddin



pilu rasa hati ini



air mata mula mengalir..tak sanggup untuk menghadapi


Ya ALLAH!! kuatkan hamba mu ini...




awak, ibu awak...

adik zaid!! sama besar dgn armin yg dajah 2 tu.. (friend)




(pic letak kejap je, khas utk kak mira)
alyn mao lari...



Saturday, 5 November 2011

sanggupkah aku?

salam..

Ya Allah!! cepatnya masa berlalu..
2 bulan dah awak tiada di sisi saya..

Awak.. esok nak raya lagi.. Esok raya Aidil Adha..
Saya tak sanggup nak raya lagi.. 4 hari selepas hari raya lah awak tinggalkan saya..
lepas ni siapa pulak nak tinggalkan saya? tolng jangan!!
awak, saya tak sanggup nak dengar takbir.. hari-hari biasa pun, air mata ni dah bocur. ni nak hadapi raya semua..

awak, esok insyallah saya datang raya rumah awak lepas sembahyang. tu kan yang awak pernah mintak pada saya? saya tunaikan awak.. awak bila lagi? hari tu janji nak datang beraya di rumah saya. mana janji awak sayang?

sayang, insyallah esok saya datang ke pusara awak. awak, mampu ke saya awak? saya tak sanggup nak tengok pusara awak. saya nak tengok awak. bukan pusara awak. awak, awak kat mana? awak tak nak jumpa saya ke? awak, saya rindu awak. saya nak jumpa awak.
awak, bangun lah. saya rindu awak..
sayang, doakan saya kuat awak. saya rindu awak, saya nak jumpa awak. doakan saya kuat untuk jumpa awak ye sayang. awak, doakan saya tak menitiskan air mata di atas pusara mu sayang. saya tak nak awak sakit.

Ya Allah!! kuatkan hamba mu ini Ya Allah!! diri ini tak sanggu nak hadapi dengan dugaan mu Ya Allah!

sayang! saya tak sanggup!!
-_-,    ;(



tengok! kad awak always kat dada saya.. belakang saya.
awak, key chain tu ada lagi.. 'In my mind'..  awak, 'You are always' mana? awak bawak sekali ke?
alyn kata, dah da kat hp awak. tmpat tu je yang pecah. key chain nye pon dah takda. thanx dear..


ok! comel! hehe (awak cakap)

Friday, 4 November 2011

sayang, dah dua bulan dah..

salam

(al-fatihah kepada Ahmad Zahinuddin Bin Patah Raji)


Sayang, dah dua bulan awak tinggalkan saya dan kami semua. saya rasa bukan 2 bulan lah awak..dah macam dua tahun saya tak dapat cakap dengan awak, skype dengan awak, jumpa awak.. awak, awak rasa tak apa yang saya rasakan sekarang ni? awak rasa tak?
awak, saya rindu awak.. rindu sangat-sangat..

awak, dulu kalau saya cakap saya rindu awak. awak akan balas, yang awak pun rindu saya jugak. sekarang saya cakap saya rindu awak sampai habis air liur saya pun, saya dah tak akan dapat dengar suara awak langsung. dulu, ada lagi pengubat rindu ni.. kalau rindu, kita akan buat-buat gaduh supaya saya always dapat dengar awak pujuk saya, kita akan skype, call, txt, jumpe. tu lah pengubat rindu kita. tu semua tinggal kenangan awak. saya dah takda sapa-sapa dah..

kemana hilangnya pemilik tulang rusuk ini sayang?

sayang, roomate saya dah mangli dah. sepanjang awak takda. saya cuma menutup kesedihan dengan senyuman sahaja. ketawa yang dibuat-buat. semuanya tak ikhlas. saya tak nak menyusahkan orang. saya tak nak orang sekeliling saya sedih, sebab saya. biarlah saya rasa sorang-sorang. tiap hari, lepas saya sembahyang magrib. saya akan baca yassin.. lepas baca yassin, saya akan nangis sepuas hati saya. kadang-kadang sampai terbaring-baring dekat sejadah saya menangis. saya rasa, dengan cara tu je saya dapat luahkan rindu saya, sedih saya. sebab, time tu saya paling dekat dengan tuhan, dan saya tahu.. awak ada di samping tuhan.

sayang, hati ni meronta-ronta, menjerit-jerit supaya saya dapat lepaskan rindu saya ni. supaya saya dapat jumpa awak lagi.
orang sekeliling saya cukup marah bila saya kata, saya nak mati sekarang. saya rindu awak. awak, tolong lah dengar luahan hati kecil saya ni, saya rindu awak.

sayang, tadi saya pegi seremban dengan mama n mekna. saya tak sanggup nak tengok orang excident. saya takut. saya trauma awak.
tadi, saya kelaur dari toilt, ada lelaki tu tanya saya. 'muke sedih je, kenapa?' saya cuma senyum je.
nampak sangat ke saya tengah sedih awak? awak, dia tak tahu awak, hati ni maraung-raung.

(mengadu pada sayang saya)
sayang, saya baru lepas exam. exam susah. SUSAH!!.. kalau awak dengar saya kata susah macam ni, awak mesti kata.. exam tu tak susah, cuma saya je malas belajar and saya tatao nak jawab.
hmmm.. please, i need my spirt back.

sayang, saya baru sampai rumah semalam. Alhamdulillah selamat. Dulu, sampai je KL sentral, saya akan call awak dulu. Semalam, terbuat macam tu jugak. tapi, takda orang angkat. kenapa awak tak angkat? saya lupa, yang awak dah takda.
saya ingat, saya tak nak balik awak. saya takut, saya akan nangis je balik nanti. tapi, apakan daya. 2 minggu cuti sem. lama tu awak!! mahu saya nangis hari-hari.

sayang, dulu awak lah paling excited bila saya balik. awak orang paling berkobar. macam-macam plan awak dah buat. merayap aja. saya balik je, awak mesti datang rumah saya and kita pegi jalan-jalan. nak macam tu lagi bole? hmm..sekarang dah tak da. dah tak da orang yang excited bila saya balik. dah tak da orang yang nak tunggu saya balik.

sayang, dalam bas semalam saya lapar and bosan. pada siapa yang pelu saya mengadu? siapa yang perlu teman saya? sayang saya dah tak da...
masuk je rumah semalam, saya terdiam. naik bilik je, air mata saya dah berlinang. rumah ni terlampau penuh dengan kenangan awak buat.

hari ni je, saya penuhkan masa saya dengan kemas rumah semua. esok tatao macam mana. hmmmm... tolong!!! saya rindu nak skype dengan awak!!

awak, tadi saya skype dengan adik awak yang cantik tu. dia guna account awak. saya bagi dia password awak semua.
mekna kata muka dia macam awak. tak!! sayang saya lagi comel.
lepas jugak rindu saya. dah lama saya tak tengok zahin.ahmad is online. dapat jugak saya tengok tadi. awak, saya siap sembang lagi dengan ibu awak. best.. awak jeles ke? jangan lah macam tu, nanti kita jumpa, kita sembang dengan ibu awak ye.


2 bulan umpama 2 tahun..2 dekat..2 abad.. bukan 2 jam mahu pun 2 minit dan 2 saat.


anis rindu zahin sangat-sangat

comel je.. buaikan untuk saya.. nak lagi!!!

energy save

jenguk-jenguk