BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 8 February 2009

Ingat Daku dalam Doa mu




Kesedihan telah membekukan diri ku ini. Andai aku memiliki pemikiran yang pandai, hendak sahaja untuk mengikut jejak langkah mereka ke menara gading. Tetapi, apa kan daya..aku hanya mampu berdiri dan mencari ilmu di sekolah lama. Pada minggu yang lalu, aku telah digemparkan dengan pemberi tahuan tentang pertukaran 3 rakan baik ku ke sekolah berasrama yang lebih baik daripada sekolah ceruk ku ini. Dan mereka semua dalam kedukaan dan dilema yang menelubungi hidup mereka buat sementara. Mereka berat untuk meniggalkan sekolah lama. kerana, sekolah lama lah yang membuatkan mereka berjaya dan sekolah lama juga lah menyatukan pekenalan kami. Selepas sesi kaunseling, mereka membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan kejayaan mereka. Mereka ingin menyerlahkan lagi kebijaksanaan mereka. Aq teringat pada kami di tingkatan 3. Mereka semua diam, pemalu, tidak bergaul dengan perempuan dan fokus dalam pelajara. Namun, aku tidak..aq seorang yang kecoh di dalam kelas, bergaul lelaki perempuan (ada batasan) dan kurang fokus dalam pelajaran. Sekarang, dengan usaha gigih mereka, mereka mampu ke asrama penuh. Aku masih di takuk yang lama dan menunggu hari silih berganti. Aku sudah tidak mampu menangis dah menahan pemergian mereka lagi. Aku sayangkan mereka. Mereka lah tempat aku mengadu nasib dan mereka lah tempat aku merujuk. Aku sudah menganggapkan mereka seperti kakak, abang dan adik aku sendiri. Zaty, Mir0l, Amir..kau lah sahabat aku. Jika aku sedih, kau turut merasakan kisedihannya. Jika aku gembira, kau turut rasa gembira. Kini, siapakah yang mampu menjadi pengganti kepada hamba-hamba Allah ini?? Aku teringat sms akhir yang diberikan oleh Amir, " Aku tak akan lupa kan kau. Kau lah sahabat aku. Sekiranaya kau tiada, aku tidak berani untuk berbicara bersama perempuan apatah lagi berkongsi pendapat. Tapi, kau telah mengubah semuanya. Semenjak kau hadir, aku dan Mir0l tidak kekok lagi untuk bergaul dengan perempuan, malahan aku telah melihat perubahan yang Mir0l hadapi selepas kau hadir dalam hidup kami'' Air mata ku mula mengalir, membasahi pipi. Aku tidak mampu menghalang pemergian mereka lagi. Aku mampu mendokan kejayaan mereka sahaja. Sekarang, aku masih terumbang ambing dan menunggu pelampung untuk menyokong ku. Selamat tinggal rakan-rakan ku. Ingat daku dalam doa mu. Ku rindu tawa mesra mu. Ku harap, kita akan bersua lagi..Alhamdulillah Mirol, masih setia di sekolah lama. Hanya dia yang mampu menemani ku.

energy save

jenguk-jenguk