BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 4 September 2009

Kawan, bukan mudah untuk dicari..

keheningan pagi yang amat menyegarkan tatkala angin yg sejuk menghembus di pipi ku. Awal pagi lagi aku sudahpun sibuk untuk menyiapkan nama-nama pelajar untuk dinaikkan sebagai berjawatan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. ckg amat gembira dgn tugas yg sudah pun aku selesaikan..ttp, oganisasi belum lagi di atur dn di calitkan pada kertas..belum da lagi tangan2 yg hendak berpihak dan belum lagi pakaiaan rasmi di bina di badan ku. pelbagai kem demi kem kami tempuhi bersama. betapa onak duri kami ranjau bersama mengapa kami beberapa org dipulaukkan. adakah disebabkan aku mereka memperlakukan sebegini rupa? apa salah aku dan apa dosa aku terhadap kamu semua? adakah aku yg bersalah apabila mesyuarat sahaja aku yg berckp. sekire aku tidk melemparkan suaraku ini, siapa lagi? mereka? mereka senyap sepi dan seperti lembu dicucuk hidung apabila mesyuarat berlngsng. pabila dibelkg aku, mula mengutuk aku, mencaci aku dan hina aku seperti anjing kurap yang mencari belas kasihan. pedihnya hati tidak terasa..mereka menggap aku seperti membuat keputusan sendiri..walhal, beribu kali sudah ku bincang dan bertanya. aku inginkan kita bersama wahai kawan. berbicang dan mengendalikan dgn sebaik mungkinnya. tp, mengapa yg lain jdik nya? bila yg kerja tak siap dan tidak sempurna, yg kena marah nya aku..bukan mereka yg tak menyiapkan itu. mereka hnya mentertawakan aku di kemudian hari. alah bisa tegah biasa..maafkan aku ckg, ak yg telah salah pilih org untuk jwtn2 ini. maafkan aku ckg..ada dikalangan mereka yg twarkan diri merka kpd ckg... tiap mlm aku memikikan kes ini. malah, tiada penghujungnya..hendk saja aku menarik diri dlm bidang ini, memikirkan ckg percaya pada aku dan aku kasihan melihat ckg jika tiada aku membantunya dlm hal ini.

Sunday, 8 February 2009

Ingat Daku dalam Doa mu




Kesedihan telah membekukan diri ku ini. Andai aku memiliki pemikiran yang pandai, hendak sahaja untuk mengikut jejak langkah mereka ke menara gading. Tetapi, apa kan daya..aku hanya mampu berdiri dan mencari ilmu di sekolah lama. Pada minggu yang lalu, aku telah digemparkan dengan pemberi tahuan tentang pertukaran 3 rakan baik ku ke sekolah berasrama yang lebih baik daripada sekolah ceruk ku ini. Dan mereka semua dalam kedukaan dan dilema yang menelubungi hidup mereka buat sementara. Mereka berat untuk meniggalkan sekolah lama. kerana, sekolah lama lah yang membuatkan mereka berjaya dan sekolah lama juga lah menyatukan pekenalan kami. Selepas sesi kaunseling, mereka membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan kejayaan mereka. Mereka ingin menyerlahkan lagi kebijaksanaan mereka. Aq teringat pada kami di tingkatan 3. Mereka semua diam, pemalu, tidak bergaul dengan perempuan dan fokus dalam pelajara. Namun, aku tidak..aq seorang yang kecoh di dalam kelas, bergaul lelaki perempuan (ada batasan) dan kurang fokus dalam pelajaran. Sekarang, dengan usaha gigih mereka, mereka mampu ke asrama penuh. Aku masih di takuk yang lama dan menunggu hari silih berganti. Aku sudah tidak mampu menangis dah menahan pemergian mereka lagi. Aku sayangkan mereka. Mereka lah tempat aku mengadu nasib dan mereka lah tempat aku merujuk. Aku sudah menganggapkan mereka seperti kakak, abang dan adik aku sendiri. Zaty, Mir0l, Amir..kau lah sahabat aku. Jika aku sedih, kau turut merasakan kisedihannya. Jika aku gembira, kau turut rasa gembira. Kini, siapakah yang mampu menjadi pengganti kepada hamba-hamba Allah ini?? Aku teringat sms akhir yang diberikan oleh Amir, " Aku tak akan lupa kan kau. Kau lah sahabat aku. Sekiranaya kau tiada, aku tidak berani untuk berbicara bersama perempuan apatah lagi berkongsi pendapat. Tapi, kau telah mengubah semuanya. Semenjak kau hadir, aku dan Mir0l tidak kekok lagi untuk bergaul dengan perempuan, malahan aku telah melihat perubahan yang Mir0l hadapi selepas kau hadir dalam hidup kami'' Air mata ku mula mengalir, membasahi pipi. Aku tidak mampu menghalang pemergian mereka lagi. Aku mampu mendokan kejayaan mereka sahaja. Sekarang, aku masih terumbang ambing dan menunggu pelampung untuk menyokong ku. Selamat tinggal rakan-rakan ku. Ingat daku dalam doa mu. Ku rindu tawa mesra mu. Ku harap, kita akan bersua lagi..Alhamdulillah Mirol, masih setia di sekolah lama. Hanya dia yang mampu menemani ku.

energy save

jenguk-jenguk